FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Melatih anak berpuasa Ramadan

2 posters

Go down

Melatih anak berpuasa Ramadan Empty Melatih anak berpuasa Ramadan

Post by Aurum Thu 11 Sep 2008, 10:16 am

Oleh NAZMI AIDARUS

Melatih anak berpuasa Ramadan Budak+mwp

ORANG kita seringkali mengungkapkan pepatah, �melentur buluh biarlah daripada rebungnya� bagi menggambarkan keberkesanan pendidikan kanak-kanak. Pentarbiahan yang berjaya terhadap generasi muda sememangnya perlu dimulakan dari peringkat kecil lagi.


Pepatah tersebut menjadi kata-kata semangat dan perangsang yang berkesan kepada ibu bapa, para pendidik dan masyarakat dalam menyemarakkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konsisten dengan harapan dapat membina belia yang berpendidikan dan berakhlak mulia.


Pengajaran tentang solat lima waktu kepada kanak-kanak secara bersungguh- sungguh hendaklah bermula apabila mereka berusia tujuh tahun, begitu juga puasa pada bulan Ramadan sepatutnya juga dilatih pada usia ini.


Ibadat puasa walaupun secara praktikalnya amat sukar untuk mereka tunaikan tetapi realitinya ramai dalam kalangan mereka yang berjaya menghabiskannya sehingga ke penghujung Ramadan. Sebab itu, ramai ibu bapa yang berusaha mengasuh anak-anak berpuasa dan mendorong mereka supaya meneruskannya sehingga sebulan.


Cara sebegini diamalkan oleh generasi para sahabat terdahulu dalam mentarbiah anak-anak mereka supaya menghidupkan amalan Islam dalam kehidupan mereka bermula dari seawal usia agar mereka kekal kental hingga ke usia dewasa, seperti kata pujangga Arab, �pembentukan anak semasa kecilnya umpama memahat di atas batu.�
Seorang ibu pada zaman Nabi SAW yang bernama Ar-Rubayyie binti Mu�awwiz memberitahu: Ketika bulan puasa, anak-anak kecil kami turut sama dididik berpuasa.


Apabila ke masjid (untuk menunaikan sembahyang fardu) bersama mereka, kami menyiapkan untuk mereka permainan (yang diperbuat) daripada benang. Apabila salah seorang mereka menangis kerana lapar (berpuasa) kami berikannya permainan tersebut (supaya dia leka bermain) sehinggalah ke waktu berbuka (puasa). (riwayat Bukhari dan Muslim)


Umumnya, pendidikan puasa kepada kanak-kanak dilakukan secara beransur-ansur mengikut kemampuan kesihatan dan ketahanan diri mereka bermula dari usia tujuh hingga 10 tahun.


Mereka sebenarnya didedahkan dengan ibadat puasa melalui pemerhatian dan pengamatan sendiri daripada suasana sekeliling kehidupan rumah mereka, jiran tetangga dan persekitaran tempat belajar.


Terkadang timbul semangat dan keghairahan dalam diri mereka untuk turut sama menghidupkan amalan berpuasa bersama keluarga.


Justeru, amatlah wajar ibu bapa terus membimbing dan mendorong mereka supaya meneruskan cita-cita mereka untuk berpuasa mengikut kehendak dan kekuatan sendiri sama ada dapat bertahan selama beberapa jam atau menghabiskannya sepanjang satu hari, dan begitulah seterusnya.


Pertambahan sifat ketabahan hati dan kesabaran diri dalam menahan lapar dan dahaga menyemarakkan lagi kekuatan dalaman bagi mempraktikkan amalan keagamaan yang berpaksikan pengabdian diri kepada Allah.


Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat bersabar lalu meminta untuk berbuka puasa, ibu bapa hendaklah membenarkannya dan meraikan kemahuannya. Perkara sebegini amat perlu diberi perhatian sewajarnya agar ia dapat terus menggalakkan anak tersebut menyambung lagi puasa untuk esok hari.


Biasa terjadi, anak-anak akan bosan dan enggan meneruskan puasa pada hari kedua apabila permintaannya untuk berbuka pada hari pertama tidak dipersetujui oleh ibu bapa. Mereka lantas menganggap ibadat puasa itu tidak lain melainkan �menyusahkan diri� dan membebankan.


Perlu juga difahami bahawa kanak-kanak yang menjalani ibadat puasa apabila terasa lapar dan dahaga, mereka diberi dua pilihan iaitu berbuka kerana tidak tahan menanggung lapar dan dahaga (yang menjadikan ibu bapa merasa tenteram dengan keadaan kesihatannya) , atau dia cuba meneruskan puasanya dan menunjukkan kesungguhannya dalam beribadat kepada Allah SWT (maka ibu bapa lebih terasa aman dan tenteram dengan pengorbanan anak tersebut).


Menghargai


Kerana itu, alangkah baik jika ibu bapa dapat menyediakan hadiah atau saguhati bagi menghargai kesungguhan anak-anak dalam melakukan sebarang ibadah kepada Allah terutama solat dan puasa di samping membekalkan kata-kata semangat dan panduan buat mereka.


Biasa terjadi di negara kita, bulan puasa jatuh pada hari-hari persekolahan. Maka bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa hendaklah mereka diberikan kelonggaran untuk berpuasa pada tempoh waktu persekolahan dan berbuka apabila sampai ke rumah pada waktu tengah hari (petang), ataupun sebaliknya berpuasa hanya di rumah setelah pulang dari sekolah.


Ibu bapa berperanan penting dalam memahamkan anak-anak tentang roh berpuasa dengan memberikan penjelasan bahawa ibadat puasa adalah kefarduan dan tanggungjawab seorang muslim, bukanlah bertujuan menyusahkan mereka.


Bahkan ia dapat menanam sifat prihatin terhadap kesusahan dan penderitaan yang senantiasa ditanggung oleh mereka yang tidak berkemampuan.


Puasa melatih diri supaya bersabar dan menanggung kejerihan hidup dalam suasana ketaatan dan keimanan kepada prinsip qada dan qadar.


Ibadat puasa bermaksud menyekat kejahatan percakapan lidah dan anggota tubuh daripada menyakiti orang lain, mengawal pandangan pancaindera daripada disebarkan kepada perkara yang diharamkan Allah.


Bulan Ramadan adalah anugerah Allah yang amat bernilai, kerana itu ia tidak sewajarnya dipersia-siakan dengan perlakuan yang menyanggahi ketentuan hukum-hakam syariat.


Alangkah baik jika ibu bapa menginsafi bahawa kejayaan hakiki adalah di negeri akhirat, di mana setiap orang beriman dan beramal soleh bakal ditempatkan di syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.


Sewajarnya kita mendidik diri dan keluarga mempersiapkan sebaik-baik bekalan untuk ke sana sebelum waktunya dan mengawasi diri daripada melanggari titah perintah Allah.


lNAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Terengganu - utusan
Aurum
Aurum
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Melatih anak berpuasa Ramadan Sabah_10
Jawatan : Pemburu Nyamuk U29
Gender : Male
Jumlah Post : 23
Umur : 44
Tarikh Register : 30/04/2008
Reputation : 0
Points : 6055

Character sheet
Mutiara Kata saya: Be ALerT!

Back to top Go down

Melatih anak berpuasa Ramadan Empty Re: Melatih anak berpuasa Ramadan

Post by tam Thu 30 Oct 2008, 5:23 am

REALITI MANUSIA ZAMAN SEKARANG......

PARA IBUBAPA AKAN MERASA SEDIH DAN KECEWA APABILA MELIHAT
ANAK2 MEREKA TIDAK LULUS EXAM @ GAGAL MEMASUKI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI....TAPI

MEREKA TIDAK SEDIKIT PON MERASA SEDIH DAN KECEWA APABILA MELIHAT ANAK2 MEREKA TIDAK @ MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum