FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehamilan terancang kesihatan reproduktif

2 posters

Go down

Kehamilan terancang kesihatan reproduktif Empty Kehamilan terancang kesihatan reproduktif

Post by Fieza Wed 31 Dec 2008, 1:07 pm

Kehamilan terancang kesihatan reproduktif


Kehamilan terancang kesihatan reproduktif Kn_01.1
Keluarga dapat merancang bilangan dan menetukan jarak kelahiran anak dengan mengguna pencegah kehamilan.


PENCEGAH kehamilan atau kontrasepsi ialah satu proses menghalang
persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan
telur. Kontrasepsi kini semakin menjadi trend masyarakat untuk
merancang keluarga. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada keluarga
dan komuniti untuk membina kesihatan reproduktif.
Kesihatan reproduktif adalah keadaan sihat dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan hanya kerana tiada penyakit dalam semua perkara
yang berkaitan dengan sistem reproduktif, fungsi dan prosesnya.
Malaysia kini mempunyai seramai 14.05 juta penduduk wanita di mana
7.59 juta terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 49 tahun dan
sepertiga jumlah penduduk Malaysia berumur 10 hingga 24 tahun.
Dalam hal ini, perancang keluarga penting kerana dapat menyelamatkan
kira-kira 175,000 wanita setiap tahun, mengurangkan sebanyak 2.7 juta
kematian bayi, mengurangkan kematian 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur
lima tahun, serta satu pertiga daripada kematian yang berkaitan
kehamilan dan kelahiran dapat dielakkan. Namun, masyarakat tidak boleh
memandang negatif tentang penggunaan kontrasepsi.
Walaupun ia dapat mengurangkan gejala sosial komuniti namun ia
sebenarnya memberi kesan positif terhadap pembangunan keluarga.
Pencegah kehamilan dapat memberi kebaikan kepada wanita, pasangan,
anak-anak dan komuniti.
Jika anda tidak menggunakan apa-apa agen atau alat bagi tujuan
berkenaan, adakah anda menimbangkan untuk menggunakannya selepas ini?
Sudah tentu, penggunaan kontraseptif menjanjikan keputusan yang
lebih baik jika dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengamalkan
sebarang kaedah.
Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Harlina Halizah
Siraj, kehamilan yang diingini dapat membina keluarga serta komuniti
yang sejahtera.
“Sekarang terdapat pelbagai pilihan pencegah kehamilan dan digunakan
mengikut kesesuaian serta pilihan wanita,” katanya dalam sidang media
anjuran Weber Shandwick di Wisma LYL, Petaling Jaya, Selangor baru-baru
ini.
Tambahnya, pemilihan kaedah pencegah kehamilan yang terbaik
bergantung kepada beberapa faktor seperti kepercayaan, tahap kesihatan
wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan
suami isteri untuk mendapatkan anak.
“Ia mungkin berubah dari semasa ke semasa sama ada mengikut
kesesuaian cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri
keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.
Namun, apa yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten,” jelasnya.
Bagi tujuan ini juga, mana-mana pasangan suami isteri yang ingin
merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan boleh mendapatkan
khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di
hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.
Dr. Harlina memberitahu, keadaan keluarga masyarakat hari ini juga mempengaruhi trend penggunaan pencegah kehamilan.
“ Keadaan keluarga masa kini terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Kebanyakan wanita dan lelaki hari ini berpendidikan tinggi,
lewat kahwin dan mempunyai saiz keluarga yang kecil. Di samping itu,
peningkatan penceraian keluarga serta poligami juga berlaku selain
daripada aktiviti seksual remaja yang semakin meningkat,” tambahnya.
Sementara itu, pencegah kehamilan juga dapat membendung masalah pembuangan bayi yang semakin menular di kalangan masyarakat.
“Kandungan yang tidak diingini menjadi faktor pembuangan bayi. Oleh
itu, kehamilan perlu dirancang dan diingini. Maka pasangan akan
merancang dengan baik sehingga tempoh kelahiran kelak,” jelasnya.
Selain daripada kaedah lazim untuk mengelak kehamilan seperti
mengelakkan daripada melakukan persetubuhan, azal (di mana, suami
mencabut zakar dari faraj sebelum pengeluaran air mani (ejakulasi).
Kaedah ini dikatakan diamalkan sejak zaman dahulu kala lagi), kaedah
semula jadi (pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus
memastikan tempoh kesuburan wanita dan kondom, terdapat banyak lagi
pencegah kehamilan yang lebih efektif dan mudah.
Dr. Harlina memberitahu, pencegah kehamilan yang ideal ialah yang
selamat, efektif, yang dapat diterima masyarakat, tidak mahal, mudah
melindungi daripada masalah kesihatan yang lain seperti kanser
ginekologi.
“Antara yang terbaru tentang pencegahan kehamilan ialah kontrasepsi
terkini dapat membangunkan keturunan baru, diperluaskan secara lisan,
pengenalan pilihan dan kajian tentang hormon lelaki dan pencegah
kehamilan,” jelasnya.
Secara lazimnya, keluarga akan lebih biasa dengan penggunaan pil
pencegah kehamilan atau Combined Oral Contraceptive Pills (COCs)
Ia merupakan kombinasi estrogen yang terdiri daripada ethinyl estradiol (EE) dan estradiol (E2).
Pil-pil mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.
Malah, pil kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial.
Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang
merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung
“Terbaru dan masih dalam kajian ialah NOMAC-E2 iaitu estrogen
semulajadi yang pertama mengandungi COC. Ia merupakan inovasi pertama
dalam kandungan hormon sejak pengenalan pil pencegah kehamilan sejak
tahun 60-an lagi,” jelasnya.
Terdapat juga pil perancang yang mudah iaitu lanjutan dos COCs yang kebiasaannya digunakan ketika menunaikan haji.
“Ia digunakan dalam tempoh tiga bulan dan berfungsi dalam purata 91
hari. Cara pengambilan, aktif pil (warna merah samar) akan diambil
sembilan hari untuk 84 hari, diikuti tujuh hari untuk pil berwarna
putih dan selebihnya menghabiskan pil yang tidak aktif.
Kitaran haid akan berlaku setiap tiga bulan iaitu secara puratanya, empat kali setahun,” jelasnya.
Dr. Harlina menambah, selain pengambilan pil, ramai wanita yang memilih saluran lain.
“Ini dikatakan lebih selamat kerana ia tidak melalui sistem badan
dan hati. Kaedah seperti suntikan, tampal, IUCD, gelang faraj, implan
dan pil perancang lelaki. Pengambilannya bergantung kepada pilihan
keluarga,” jelasnya.
Kesimpulannya, pembangunan baru teknologi pencegah kehamilan masing
diteruskan untuk membina komuniti dunia yang sihat dan sejahtera.
“Lebih langkah yang lebih efektif diperlukan untuk mendidik golongan
wanita, suami dan keluarga mereka tentang kesedaran serta kepentingan
pencegah kehamilan,” jelasnya.
Alternatif Pencegah Kehamilan
Gabungan suntikan dan hormon pencegah kehamilan.
* Dilakukan setiap bulan pada hari ke-28 hingga 30 hari.
* Mengandungi lima miligram estradiol cypionate dan 25 miligram medroxyprogesterone acetate
* Jika sesuai untuk wanita, seseorang itu kurang hadir haid atau tidak mengalaminya langsung.
Jenis tampalan iaitu tompok transdermal
* Ia merupakan kombinasi estrogen dan progestin yang memberi tindak balas terhadap kulit secara perlahan.
* Kaedah ini belum lagi digunakan di Malaysia.
* Cara ini lebih mudah dan dianggap sebahagian daripada kulit (bagi golongan Islam yang ingin mandi hadas besar).
* Penggunaan secara mingguan iaitu untuk tempoh tiga minggu dan satu minggu lagi tampalan dibuka
* Tidak efektif untuk wanita yang melebihi berat 90 kilogram
Gelang faraj
* Inovasi pencegah kehamilan ini semakin popular dan lebih daripada sejuta wanita menggunakannya di Eropah.
* Wanita akan memasukkan ke dalam faraj sendiri ia mudah digunakan kerana boleh digunakan sekali sebulan.
* Mengandungi tahap kombinasi hormon pencegah kehamilan yang rendah.
* Bagi wanita yang ingin merancang keluarga, kaedah ini mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi.
* Gelang faraj juga merupakan kawalan kitaran haid yang cemerlang.
Kebaikan penggunaan gelang faraj
* Ia mudah, selesa dan, ringkas dan selamat.
* Posisi yang tepat bukan menjadi perkara yang penting untuk memastikan dia lebih efektif.
* Gelang tersebut merupakan rahsia dan tiada sesiapa yang mengetahui
seorang wanita akan menggunakannya dan lelaki juga tidak perasan atau
merasainya ketika melakukan hubungan seks.
l Kaedah ini juga tidak memerlukan khidmat nasihat doktor.
l Ia juga boleh digunakan secara tetap atau dalam tempoh yang pendek
l Ketika melakukan seks, wanita tidak perlu berasa takut dan boleh melakukannya secara spontan.
Namun, dalam ada itu terdapat kesan buruk akibat penggunaan gelang
faraj antaranya sakit kepala, berat badan bertambah atau sebaliknya,
loya, perubahan perasaan, lelehan faraj dan jangkitan faraj.
Antara penyebab kenapa penggunaan gelang faraj kurang berkesan ialah
wanita menggunakannya lebih tiga minggu, ia berada di luar faraj (tidak
berada tepat di rahim) sebelum menggunakannya, gelang faraj terdedah
dengan cahaya matahari dan suhu yang tinggi
Implan
* Implan merupakan hormon progestin sintetik terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis).
* Terkini wanita hanya menggunakan dua kapsul kecil.
* Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas.
* Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun.
* Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1
peratus (1 dalam 1,000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang
dalam tahun yang pertama.
Intrauterine Contraceptive Devices (IUCD)
* Alat anjal berbentuk ‘T' ini dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin.
Hormon kontraseptif lelaki (MHC)
* Masih dalam tempoh percubaan.
* MHC digunakan untuk menghalang pembentukan sperma dan kaedah ini amat sukar kerana ia boleh menghilangkan sifat kelakian.
* Sebagai tambahan, lelaki perlu mengambil hormon lain untuk mengekalkan sifat lelaki
* MHC akan diambil melalui suntikan sekali setiap lapan minggu.utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kehamilan terancang kesihatan reproduktif Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kehamilan terancang kesihatan reproduktif Empty Re: Kehamilan terancang kesihatan reproduktif

Post by ZA_70 Sun 11 Jan 2009, 11:22 am

bukan smua kaedah di atas bole didapati di klinik2 kesihatan...
terutama inplan, iucd...malah mcm inplan tu hanya boleh didapti d hospital aje...dan lg harganya mahal sangat...tak sesuai utk klien yg berpendapatan rendah guna...espeacialy di kwsn orang asli...kami hanya menggunakan inj depo saja...ini lebih berkesan... Wink Wink
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kehamilan terancang kesihatan reproduktif Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum