FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berkongsi idea lawak..

+3
fasha_wanna
syah
rieyna168
7 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Sat 28 Mar 2009, 1:12 am

Harimau Yg Beriman

""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng
sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang
dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang
sedang lena tidur.



Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu
tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke
atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini
bukanlah berita buruk ok. Ada
lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia
dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah
dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia
ini ..
Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini ..
jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah!
Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2
di hadapan lelaki tadi.Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman
dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU
tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina
azzabbannar. Amin! "
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by syah Sat 28 Mar 2009, 6:14 pm

amin...
syah
syah
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
Gender : Male
Jumlah Post : 94
Umur : 42
Tarikh Register : 23/11/2007
Reputation : 3
Points : 6294

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://www.dapatwang.com/?id=more_info

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by fasha_wanna Sat 28 Mar 2009, 9:54 pm

hahaha..
dia s a gud one..
taubat la org tuu..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Sat 28 Mar 2009, 11:11 pm

ekeke..sapa soh xsmbhyg jemat kan fasha..hehe..
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by Mohd.Azlan Sat 28 Mar 2009, 11:38 pm

he.he.he....lawak
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6571

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Sat 28 Mar 2009, 11:46 pm

Ni kisah lawak gak..hikhik..






Assalamualaikum.Nama saya Mohd
Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah
universiti di negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman
saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan
iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan
saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama
sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar)
di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa
Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini
hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya
Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi
oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan
dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu
tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian
di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk
datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu
perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya
sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan tangis).Tatsuo-kun baru saja
keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan
memanggil namanya.


Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan
Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang
berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah
di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang
la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan
sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan
anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang
didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan
dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan
daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya
mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan
kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah
kerana membuat lawak dengan muka serius.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by syah Sun 29 Mar 2009, 8:33 pm

kuang3.....
syah
syah
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
Gender : Male
Jumlah Post : 94
Umur : 42
Tarikh Register : 23/11/2007
Reputation : 3
Points : 6294

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://www.dapatwang.com/?id=more_info

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Tue 07 Apr 2009, 11:36 am

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang
terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti
yang menunjukkan mayat didalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang.
Disebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah
diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar
Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.


FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu

Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu
telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa
kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya
ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar
surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290
pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana
dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke
penerimanya.


FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah
hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya disalah
satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi
mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh
pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New
York

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh
namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa
bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah
lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang
sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut
dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika
pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk
dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last
sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa
bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan,
sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia
terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran
Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon
kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat
telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja
je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 11:54 am

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2.
Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220
km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4.
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan .Italy., jurugambar dikenali
sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5.
Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah
sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada
sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini
kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan
tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih
boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda
gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita
tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12.
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan
mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga
boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi
ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 11:55 am

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 11:55 am

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk
anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.

Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).

Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernam Samad dan memberikan arahan..

Pak Agus: Samad, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).

Samad: No problem uncle.
Esoknya
Samad pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor
diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri.
Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Samad terlanggar lubang
dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang
dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk
melihat keadaan Samad. Tetapi Samad tidak apa-apa, malah ketawa
terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Samad..

Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?

Samad: Ha.. ha... ha...!

Pemuda: Bang, kenapa bang?

Samad: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 11:57 am

seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya pada diri kepada
pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri
sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdri dan berkata, " Nama saya Abu bin ALi. Saya nak jadi Pilot, boleh bawa kapal terbang besar".

"bagus Abu. Terima Kasih. Siapa lagi?" Tanya guru.

Seorang
pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata," Nama saya
Siti binti Amin. Kalau besar nanti, siti nak jadi suri rumah tangga dan
mempunyai anak-anak yang comel."

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

Seman
berdiri dan berkata, " Saya Seman bin Leman. Bila besar nanti saya
bercita-cita untuk membantu Siti mencapai cita-citanya....!!!"
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by anakpintar Wed 29 Apr 2009, 10:30 am

Bahasa Menunjukkan Bangsa

Lihatlah perubahan dalam percakapan melayu hari ini..
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang.

1.
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb!

2.
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? B**i punyer budak!

3
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba.. akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
(C) Beb....wa takmu jiwa-jiwa sama lu...tapi wa suah cint rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan.

4
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6.
Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran...
maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jgn memain dgn aku hah!

7.
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siol!

8.
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
(B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
(C) Oi! What cork are u talking about?...say poply ahh!
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6567

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by anakpintar Wed 29 Apr 2009, 10:54 am

Pernah naik harley?!

dua orang pemuda sedang asyik naik kereta,tiba2 sebuah motor harley davidson memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak,"aloo..bro!korang pernah naik harley ke belum?"dan kemudian meluncur laju.

"hampeh mamat tu!baru naik harley dah sombong!kita kejar!"kata pemuda yang memandu."jom!"balas temannya.

mereka memecut dan berhasil memintas harley.tak lama kemudian,harley tersebut berhasil memintas lagi,dan penunggangnya berteriak,"bro!korang penah naik harley tak?"dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda itu.

"ampeh!berlagak....eksiden baru padan muka!"jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

rupanya di suatu selekoh tajam,harley tersebut memang kemalangan dan penunggangnya dihempap motor.setelah tahu yang terlibat itu ialah harley yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

"bro..korang pernah naik harley tak ehh...?"kata penunggang harley sambil menahan sakit.

"hoh!kau ni dah eksiden macam nipun masih nak berlagak lagi ya?apa yang kau nak haa?"kata salah seorang pemuda itu.

lalu penunggang harley itu pun menjawab,"maksud aku,aku nak tanya kalau korang pernah naik harley...boleh la bagitau ku kat mana BREK moto nih!"
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6567

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by anakpintar Wed 29 Apr 2009, 12:00 pm

Konsep 'Kita'

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6567

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Wed 29 Apr 2009, 1:57 pm

gelak sakan gelak sakan bro AP..
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Wed 29 Apr 2009, 4:38 pm

Seorang anggota polis pergi ke rumah mayat untuk memeriksa punca kematian yang berlaku kepada tiga lelaki. Setelah melihat ketiga-tiga
mayat itu, anggota polis tersebut menjadi hairan lalu bertanya kepada penjaga rumah mayat tersebut.

Polis : " Saya tidak pernah melihat kes begini...pelik sungguh. Mengapa ketiga-tiga mayat itu tersenyum?"

Penjaga : " Lelaki pertama itu mati kerana serangan ahmar ketika sedang bersanding atas pelamin. Lelaki kedua meninggal terkena serangan
jantung selepas menang loteri sebanyak RM2 juta. Manakala lelaki ketiga mati kerana dipanah petir."

Polis : " Habis tu, kenapa dia tersenyum?"

Penjaga : " Masa tu dia ingat ada orang ambil gambar dia..!! Razz


Last edited by rieyna168 on Wed 29 Apr 2009, 4:40 pm; edited 1 time in total
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by rieyna168 Wed 29 Apr 2009, 4:39 pm

Di sebuah pejabat, terdapat seorang kerani yang selalu lambat masuk ke pejabat sehingga bos dia marah dan bengang. Lalu si bos tadi memanggil
kerani tersebut.

"Tiga hari yang lalu, kamu datang lambat.Alasan, kereta rosak. Dua hari lalu juga dengan alasan ketinggalan bas.Kelmarin juga lambat sebab jalan sesak. Hari ini apa alasan kamu?"

"Saya takut kereta saya rosak lagi, takut ketinggalan bas dan takut jalan sesak. Akhirnya saya ambil keputusan berjalan kaki saja bos...!!huhuhu...
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by sweetcouple Tue 30 Jun 2009, 2:06 pm

Tajuk:- Malam yang dingin

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil...... sepasang suami isteriyang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....
Si isteri bersuara,"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan sayabila kita nak tido."
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tanganisterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu,
si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanyadan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.Selepas beberapa saat,
si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontarselimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"
Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi ...la ni"
HAHAHAHHA...................... Berkongsi idea lawak.. Laugh
p/s:- lawak ni 18sx..just sekadar gurauan..tiada kaitan yang hidup dan yang mati... Berkongsi idea lawak.. Wink


Last edited by sweetcouple on Fri 03 Jul 2009, 2:22 pm; edited 1 time in total
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by sweetcouple Tue 30 Jun 2009, 2:07 pm

tajuk:-tambah soghang lagi..

satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung,tapi
cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluargatersebut. Maka
si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.
Merekapun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut.
Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang
paling kecil berkata...
Anak: Abah, umi... Awang tau dohguane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi.baru jadik 'LAPANG'...!!!
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by sweetcouple Tue 30 Jun 2009, 2:11 pm

tajuk:- lawak bersalin
empat orang ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.Kegelisahan jelas di riak muka mereka.... Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
"Tahniah! isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua.""kembar dua?kebetulan pula,saya keje kat menara berkembar Petronas ,"kata lelaki yang pertama dengan riangnye.

Beberape mnit kmudian ,jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,"Isteri tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.Tahniah!'"Apa?Kembar tiga?Saye bekerja dengan 3D corperation,kata laki yang kedua.

Setengah jam kemudian,seorang jururawat memberitahu kepade lelaki ketiga,"Tahniah!Isteri tuan selamat .tuan dikurniakan anak kembar empat"kate jururawat itu dengan tenang. "kemba empat?Sungguh saya x menduga kejadian ini,saye pula bekerja di Four Season Hotel,"kata lelaki ketiga dengan gembira .

Lelaki yg keempat pula mudar-mandir kegelisahan.Ketiga-tiga lelaki tadi berase hairan melihat keadaan lelaki keempat itu.Mereka bertanya,"Apakah yg merunsingkan awk?" Dengan perasaan gelisah dia menjwab,"Saye bekerja di Seven Eleven." hehehe....Berkongsi idea lawak.. Laugh
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by sweetcouple Tue 30 Jun 2009, 2:14 pm

tajuk:- tukang kebun

seorang tukang kebun yang tidak tahu berbahasa inggeris telah digigit tebuan.dia masuk ke bilik bilik tuan nye utk mencari ubat.
TUAN : my god! what do you want
PEKERJA : saya di gigit tebuan, tuan.
TUAN : what did you say?
PEKERJA : bukan masuk pasir, digigit tebuan.
TUAN : go, go, and get out from here!
PEKERJA : bukan tarian a go go, tuan , saya digigit tebuan tuan.
TUAN : shut up
PEKERJA : bukan sedap, tuan, sakit!
hehehe...Berkongsi idea lawak.. Biggrin
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by sweetcouple Tue 30 Jun 2009, 2:16 pm

tajuk:- papa dan mama dibilik
Di suatu pagi selepas subuh, seorang anak lelaki keluar dari biliknya

dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, di mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah.
Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik," neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan

pergi bermain.
Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam.

Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi nenek perhatikan kamu ketawa saja?!" tanya

neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit,

tapi saya bagi gam Super Glue..." p/s:- sekadar gurauan...Berkongsi idea lawak.. Laugh
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by fasha_wanna Fri 03 Jul 2009, 1:47 pm

sweetcouple wrote:tajuk:- lawak bersalin
empat orang ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.Kegelisahan jelas di riak muka mereka.... Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
"Tahniah! isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua.""kembar dua?kebetulan pula,saya keje kat menara berkembar Petronas ,"kata lelaki yang pertama dengan riangnye.

Beberape mnit kmudian ,jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,"Isteri tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.Tahniah!'"Apa?Kembar tiga?Saye bekerja dengan 3D corperation,kata laki yang kedua.

Setengah jam kemudian,seorang jururawat memberitahu kepade lelaki ketiga,"Tahniah!Isteri tuan selamat .tuan dikurniakan anak kembar empat"kate jururawat itu dengan tenang. "kemba empat?Sungguh saya x menduga kejadian ini,saye pula bekerja di Four Season Hotel,"kata lelaki ketiga dengan gembira .

Lelaki yg keempat pula mudar-mandir kegelisahan.Ketiga-tiga lelaki tadi berase hairan melihat keadaan lelaki keempat itu.Mereka bertanya,"Apakah yg merunsingkan awk?" Dengan perasaan gelisah dia menjwab,"Saye bekerja di Seven Eleven." hehehe....Berkongsi idea lawak.. Laugh

hehehe..

yg lelaki ke empat tu dpt 7 or 11 ank?
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by fasha_wanna Fri 03 Jul 2009, 1:52 pm

sweetcouple wrote:Tajuk:- Malam yang dingin
Di suatu malam yang dingin, di dalamsebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil...... sepasang suami isteriyang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapiisterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....Si isteri bersuara,"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan sayabila kita nak tido."Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tanganisterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanyadan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontarselimutnya dan bangun dari katil tu.Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi ...la ni" HAHAHAHHA...................... Berkongsi idea lawak.. Laugh
p/s:- lawak ni 18sx..just sekadar gurauan..tiada kaitan yang hidup dan yang mati... Berkongsi idea lawak.. Wink


gg??

snsitif nihh..

hahaha...
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi idea lawak.. Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Berkongsi idea lawak.. Empty Re: Berkongsi idea lawak..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum