Bersediakah anda dipanggil ayah?
4 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
Bersediakah anda dipanggil ayah?
Bersediakah anda dipanggil ayah?
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
CEMAS, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah
perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah.
Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan
peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung
alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan
sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan.
Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan
isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam
pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat
diteruskan dan diperkembangkan.
Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu
memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada
takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang
bakal menyerikan kehidupan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan
keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa
juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan
demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan
yang betul.
Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi
gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi
oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan
pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus
mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan
datang mempunyai jati diri yang tinggi.
Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti
kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan
banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.
Perubahan hormon
Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa
turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi.
Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri
begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan
sebegitu.
Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya.
Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami
kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang
sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan
sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian.
Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.
Senaman
Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan
anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama
pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman
keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda
menjadi sihat pada masa hadapan.
Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering
dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu
dan ayah yang menanti kelahiran pertama.
Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam
menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya
melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi
sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani
situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.
Kesan rokok
Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti.
Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama
ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya
upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang
merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu
merokok di rumah anda.
Persediaan mental
Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan
di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala
yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi
maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan
bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan.
Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin
bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan
sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang
tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada.
Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia
keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi
yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan
menjejaskan keharmonian keluarga.
Proses pembesaran
Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam
terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran.
Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi
seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara
berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza
berbanding pada zaman anda remaja dahulu.
Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah
kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut
berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).
Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama
tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting
untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini.
Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan
keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk
persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga.
Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan
dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.
Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan
kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan.
Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan
implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak.
Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa
bagi menambah pendapatan.
Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk
orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru
melahirkan cahaya mata.
Wang atau kasih sayang!
Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh
membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama
tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih
sayang!
Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga.
Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang
akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi
anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga
bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan
anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda
mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.
Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan
aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab,
membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan.
Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan.
Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang
mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan
apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya
mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.
Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya.
Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan
suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan
suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus
mempunyai makna yang baik.
Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan
nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama,
maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si
comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.
dicetak dari utusan online
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
BAKAL bapa perlu hadir di kelas-kelas antenatal menemani isteri bagi menambah pengetahuan mengenai keibubapaan dan penjagaan bayi. |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Bersediakah anda dipanggil ayah?
best tau jadi bapa.......pertama kita ni suami yg berjaya serta subur......kekekekeeee.e......kedua kita dapat zuriat yag baik & sihat....ketiga tentulah sayang kan isteri tu memang high potensi puny production......lastly dimurahkan rezeki,,,,,,
Re: Bersediakah anda dipanggil ayah?
TERBAIK!!!!
Huzaimi- AHLI SENIOR
- Jawatan : Tabib Jalanan - Huzaimi.com
Gender :
Jumlah Post : 87
Umur : 67
Tarikh Register : 05/01/2009
Reputation : 4
Points : 5913
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Bersediakah anda dipanggil ayah?
sebenarnya.....tuagas ayah bukan buat anak ikut sedap jer.......bukan cari duit dgn tekun kerja.......bukan mewahkan keluarga.......tapi tanggung jawab dia memang berat, besar, banyak, senang, memudahkan, malah yg paling utama..... ayah ini juga merupakan seorang imam besar, bukan dalam solat sahaja.......tetapi semua aspek kehidupan beragama, berakhlak, bersosial, pendidikan, kesihatan, jihad, politik, pentadbiran, rezeki.......semuanya dalam 1......islam.......
Re: Bersediakah anda dipanggil ayah?
"benar ALLAH swt telah mengurniakan rezeki dan rahmatnya yg melimpah ruah ke atas kamu, ytetapi adakah kamu benar2 mensyukuri setiap nikmat yg diberikan".........
ader pernah berkata........kejayaan keluarga itu bukan kerana hartanya yg banyak, kekayaan yg besar, kereta mewah, senang lenang.......tetapi kejayaan ibu dan bapa nya, apabila mereka berjaya membawa anak2 mendirikan solat setiap subuh sehingga isyaknya.......

Similar topics
» situasi Ketua jabatan di tempat anda bekerja? pernah anda dihina, dimaki?
» TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM
» Peg sains nie klu bab teori mmg terror abih la...tp klu bab
» adakah anda tahu bidang tugas anda???
» APA TINDAKAN ANDA JIKA PERMOHONAN ANDA DITOLAK?
» TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM
» Peg sains nie klu bab teori mmg terror abih la...tp klu bab
» adakah anda tahu bidang tugas anda???
» APA TINDAKAN ANDA JIKA PERMOHONAN ANDA DITOLAK?
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak