10 cadangan praktikal untuk bapa
2 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
10 cadangan praktikal untuk bapa
10 cadangan praktikal untuk bapa
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
SEBAHAGIAN besar daripada kita mungkin biasa
dengan senario di mana anak-anak lebih rapat dan mesra dengan ibu
mereka berbanding bapa.
Keadaan ini berlaku kerana terdapat segelintir daripada kita yang
memandang ringan terhadap tugas dan tanggung jawab seorang lelaki
terhadap bayinya.
Sedangkan, peranan seorang bapa dalam kehidupan anak sebenarnya sama besar dengan peranan seorang ibu.
Untuk mengelak perkara itu berlaku, ibu bapa mungkin boleh mengambil panduan 10 cadangan di bawah untuk memudahkan dialog antara bapa dengan anaknya.
1. Ibu perlu memberi bapa ruang
interaksi dengan bayi sejak peringkat awal kelahiran lagi. Bapa boleh turut sama dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin, memandikannbayi, membawanya bersiar-siar, memberinya minum susu dan sebagainya.
Segala perbuatan itu harus diiringi kata-kata lembut dan senyuman
kepada bayi.
2. Permainan penting dalam interaksi
bapa dengan anak yang sedang membesar. Tidak seperti ibu, bapa lebih
terdorong mengadakan permainan bertenaga dan sukar dijangka yang
menyeronokkan anak-anak. Ibu pula tidak seharusnya menghalang permainan
seumpama itu hanya kerana kaedahnya sedikit berbeza dengan lazimnya.
3. Berkomunikasi dengan anak di tempat-tempat awam seperti zoo atau taman riadah.
4. Bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak kecil akan menjadi figura penting dalam dunia anaknya.
Pada mulanya, kelakuan bapa akan menjadi model kepada anak untuk
membentuk tingkah lakunya sendiri kelak. Lebihkan dialog dan interaksi
untuk pembangunan mental anak yang sihat.
5. Golongan dewasa yang menjaga anak
kecil perlu menjaga tingkah laku sendiri. Kadangkala ibu bapa
berpendapat bahawa sebarang kawalan terhadap perbuatan anak-anak akan
membantutkan kreativiti dan kebergantungan terhadap diri sendiri.
Sebahagian lagi yakin bahawa anak kecil perlu menjaga kelakuannya
dalam setiap perkara seperti orang dewasa sehingga mengawal dan
mengehadkan tingkah laku mereka.
Arahan ibu bapa tidak seharusnya melangkaui logik akal sebaliknya
perlu menumpukan pada keselamatan, kebergantungan diri dan aktiviti
kreatif.
6. Adalah penting untuk menunjukkan
anak-anak mengenai tuntutan munasabah agar mereka faham apa yang
diharapkan daripada mereka dan cuba tekankan berulang kali.
7. Elak menggunakan kekerasan atau
ugutan tanpa justifikasi terhadap perilaku anak-anak. Ia dikhuatiri
akan membentuk sikap ganas dalam diri anak dari segi perwatakan,
berniat jahat, kejam dan degil.
8. Kutukan, kecaman dan larangan
perlu digunakan dengan berhati-hati. Celaan terhadap aspek personaliti
anak langsung tidak boleh diterima sebaliknya tujukan kepada perbuatan
yang dilakukannya.
Contohnya, jangan berkata 'kamu jahat' sebaliknya katakan 'perbuatan
itu jahat'. Selepas menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dilarang,
adalah penting untuk menunjukkan anak contoh yang positif.
9. Puji kejayaan anak. Jika sesuatu
itu mustahil untuk anak, bantu dia menangani kesukaran, beri sokongan
dan biarkan dia merasai kejayaan sendiri. Tidak perlu memuji anak untuk
kegagalan mereka kerana ia boleh mewujudkan perasaan rendah diri.
Harapan terhadap pencapaian anak perlu sesuai dengan keputusan yang
dicapainya.
10. Paling penting sekali, sayangi anak sebaik-baiknya dan jangan biarkan dia lupa mengenai kasih sayang itu.
dicetak dari utusan online
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Bapa juga perlu terbabit secara langsung dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin dan memberi susu. - Gambar hiasan |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: 10 cadangan praktikal untuk bapa
baguslah fieza...info yang menarik...TQ
rozila- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : SRN
Gender :
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6368
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....
Similar topics
» RUANGAN UNTUK MEMBERI CADANGAN YANG TERBAIK UNTUK PPKP DAN KESATUAN
» Cadangan untuk kad keahlian
» Ibu Bapa Masih Kurang Arif Mengenai Keperluan Nutrisi Untuk Anak
» Tmpt prakt yg best
» Petua untuk elak stress, sihat, ceria dan segar untuk paramedik
» Cadangan untuk kad keahlian
» Ibu Bapa Masih Kurang Arif Mengenai Keperluan Nutrisi Untuk Anak
» Tmpt prakt yg best
» Petua untuk elak stress, sihat, ceria dan segar untuk paramedik
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak