MENGAPA TIDAK ADA PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN DIADAKAN?
+3
dhiyamirza
akoizer
mohdrashid
7 posters
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: MENGAPA TIDAK ADA PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN DIADAKAN?
SELAMAT TAHUN BARU 2011 :
Perkhidmatan PPF telah berlangsung selama 50 tahun di Malaysia. Pihak kerajaan telah memberikan beberapa insentif kepada PPF sepanjang 50 tahun tersebut. Insentif dan kemudahan tersebut adalah secara kebetulan ataupun atas usaha PPF sendiri melaui ppfm / kesatuan, tiada siapa yang tahu. Tetapi pada masa dahulu elaun pelatih PPF memang kurang sedikit daripada elaun lain-lain paramedik, tetapi kini semuanya adalah sama sahaja. Juga pada tahun 1990, PPF telah berusaha agar PPF di berikan status diploma melalui satu kursus di Melaka, Cuma pada tahun 2003 barulah usaha tersebut berjaya, sedangkan lain-lain paramedik telah mendapat status diploma sejak 1992.
Usaha terkini PPF ialah mendapatkan Bayaran Insentif Perhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 10% dari gaji pokok. Usaha awal telah di buat, tetapi masih belum menampakkan hasilnya. Berbagai persoalan yang timbul iaitu, apakah PPF benar-benar kritikal dan siapakah pihak yang bertanggungjawab bagi menyatakan PPF adalah kritikal. Tentunya pihak tersebut bukan lah Menteri Kesihatan, sebab beliau memang tidak tahu tugas sebenar PPF, dan hanya mendapat maklumat dari pihak yang menjaga PPF. Dari segi bahasanya , memang PPF kritikal, tetapi ianya adalah jawatan yang kritikal yang tidak layak mendapat BIPK.
Semasa BIPK mula-mula diberi kepada jururawat, tugas menghantar pesakit dari wad ke lain-lain unit di hospital adalah tugas jururawat. Alasan mereka amat mudah sekali iaitu, jika pesakit berhenti pernafasan, merekalah yang akan memberikan CPR kepada pesakit. Pada 2011 keadaan telah berubah, jika pesakit memerlukan rujukan, hanya PPK sahaja yang mengkhantarnya, sedangkan jururawat masih berhak dapat BIPK 15% dari gaji pokok mereka.
Setiap tahun terdapat perubahan yang amat ketara di dalam sistem pemberian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan asas rakyat Malaysia. Ianya boleh di lihat semasa pembentangan budget tahunan oleh Menteri Kewangan setiap tahun. Juga ianya juga terlibat semasa pembentangan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia. Ada jawatan yang di jumudkan, ada jawatan yang di naik taraf dan terdapat juga laluan kerjaya baru bagi kakitangan kerajaan. Yang paling menonjol di KKM ialah laluan kerjaya baru Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
Bagi PPF rasanya eloklah tumpukan kepada pemberian BIPK. PPF perlu menyediakan satu kertas kerja yang terkini bagi membuka mata pihak atasan dalam pemberian BIPK ini. Kertas kerja yang dahulu perlu di perbaiki dengan fakta-fakta baru dan justifikasi yang kukuh dan munasabah serta di sokong oleh pihak yang berkenaan.
Jika dilihat dari segi perkhidmatan farmasi, adalah amat wajar pemberian BIPK kepada PF di panjangkan kepada PPF. Setiap lima tahun baru perubahan akan berlaku dan PPF ada masa selama 60 bulan bagi menjayakannya.
SENARAI PERKHIDMATAN KRITIKAL JPA ( 10 OKTOBER 2007 )
1. Arkitek
2. Arkitek Laut
3. Jururawat
4. Jurutera
5. Jurutera Laut
6. Juruterbang / Pemeriksa Juruterbang
7. Juruukur Bahan
8. Malim
9. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA dan MATRADE)
10. Pegawai Farmasi
11. Pegawai Laut
12. Pegawai Penyelidik
13. Pegawai Pergigian
14. Pegawai Perikanan (disiplin kejuruteraan)
15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (disiplin kejuruteraan)
16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (disiplin kejuruteraan)
17. Pegawai Pertanian (disiplin kejuruteraan)
18. Pegawai Perubatan
19. Pegawai Undang-Undang
20. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
21. Pemeriksa Kapal Terbang;
22. Pemeriksa Kilang dan Jentera;
23. Pengajar (disiplin kejururawatan);
24. Penjaga Jentera Letrik;
25. Penolong Jurutera Laut;
26. Penolong Pegawai Laut;
27. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera;
28. Pensyarah Pergigian;
29. Pensyarah Perubatan;
30. Pensyarah UiTM (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi) dan
31. Pensyarah Universiti (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi)
KRITERIA PERKHIDMATAN KRITIKAL ( JPA ) :
a. peranan dan sumbangan perkhidmatan kearah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah di beri keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara.
b. kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi ke atas factor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan , kadar pusingan ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan.
c. Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan
d. Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.
Pandangan dan cadangan di atas adalah hanya dari sudut akademik / ilmiah dan perlu juga di lihat dari segi akademik / ilmiah.
Tamat : 3 Februari 2011.

nori- SUPER DUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802
Re: MENGAPA TIDAK ADA PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN DIADAKAN?
FORUM PPF 30 SEPT 2011
Salam Satu Malaysia.
Persidangan PPF peringkat Negeri 2011 telah berlangsung di beberapa negeri dan Persidangan Peringkat Kebangsaan Kali ke 5 oleh persatuan juga telah di jayakan. Persidangan juga ada di jayakan semasa AGM. Ramai juga PPF yang hadir.
Lompang yang masih belum di isi ialah Mesyuarat Saintifik PPF. Ianya sedang giat di usahakan, sebelum 2011 melabuhkan tirainya. Keutamaan ialah menganjurkannya dan kehadiran adalah secara komitmen yang tinggi dari PPF.
Markah mycpd bagi PPF telah berjaya di laksanakan dan beberapa penambahbaikan telah dirancang bagi memajukannya. Persidangan dan Pembentangan Saintifik PPF sedang di usahakan. 20 mata mycpd akan diberikan kepada PPF yang hadir dan 1 markah bagi PPF yang membentangkan pencapaian pembentangan saintifik PPF.
Input kepada PPF pada 27 Mei 2011 di Hotel Tower Regency, Ipoh :
Dr Salmah binti Bariah, Bhg Amalan & Perkembangan BPF, KKM
En Azman bin Yahya, Timbalan Pengarah Lembaga Farmasi M’sia
Dato’ Dr Hj Ahmad Razin bin Dato’ Hj Ahmad Mahir, Pengarah JKN, Perak.
Tn Hj Rohaiyen bin Yahya, TPKN (Farmasi) , JKN Perak.
Dr Hj Abu Bakar bin Abdullah, Pengarah Pusat Pengajian Psikologi & Kaunseling ,
Kolej Universiti Insaniah.
Dr Usha Devi Eramand, Peg Perubatan UD54, KK Greentown, Ipoh, Perak.
Pn Cynthia Priya Darshid, Peg Farmasi U48, KK Greentown, Ipoh, Perak.
Prof Saad Othman, Professor Fakulti Farmasi, USM, Pulau Pinang.
Mr V Elangovan, Pengarah Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak.
Mdm V Pusparani, Pesyarah PNC International College.
Input kepada PPF pada 23 Julai 2011 di Hotel Emperor, Melaka :
Pn Wardati Mazlan Kepli, Clinical Pharmacist, Hospital Melaka.
Pn Sarina binti Zulkarnain, Timb. Pengarah, Bhg Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.
Dr Kamaruzaman bin Salleh, Timb. Pengarah, Pusat Penyelidikan Produk Baru,
Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan, BPF, KKM.
Antara subjek yang akan di ketengahkansemasa mesyuarat saintifik PPF ialah :-
BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN – ytracis
Deskripsi : Menerangkan betapa tingginya beban tugas yang terpaksa di tanggung oleh PPF semasa bertugas setiap masa. Peningkatan berlaku bermula dari tahun PPF mula di wujudkan sehinggalah ke hari ini. Di tambah pula dengan kehadiran PF di kaunter, ianya pasti menambahkan kejituan tugasan PPF.
TPN, TDM, CDR – topup, afiq82
Deskripsi : Tugasan PPF di unit berkenaan memang tidak dapat di elakkan. Ini kerana tugas penyediaan peralatan semasa pra-proses adalah sama penting dengan tugasan in-proses yang di jalankan oleh PF.
DISPENSING SEPARATION – afiq82
Deskripsi : Pengasingan tugasan menulis preskripsi oleh doctor dan tugasan mendispen, oleh Ahli Farmasi / PPF adalah amat perlu kerana para doctor boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perawatan pesakit dan Ahli Farmasi /PPF boleh menumpukan kepada tugasan mendispen.
TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF –gurles
Deskripsi : PPF yang masih baru bertugas mengalami kejutan budaya kerja kerana mereka keliru apakah tugas-tugas sebenar PPF. Pada keadaan mereka, amat sukar untuk memahami dan membezakan tugas hakiki dan tugas yang di arahkan oleh pegawai atasan.
BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF –jaya18, cheloski
Deskripsi : PPF kurang mahir dalam penggunaan ICT. Keadaan ni berlaku kerana semasa di kolej, tiada pendedahan dalam ICT dan apabila bertugas, 100 % masa mereka di gunakan untuk tugasan di dispensary.
SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK – cheloski
Deskripsi : Pada ketika ini amat kurang PPF terlibat dalam projek inovasi, KMK, ISO dan lain-lain. Selalunya setiap kajian / projek itu pasti akan menyumbang kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
2 YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. – cheloski
Deskripsi : PPF perlu seiring dengan lain-lain paramedic dalam usaha menambah ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Penambahan ilmu akan membuka ruang dan peluang kepada PPF dalam meningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF. Semuanya bermula dengan penambahan ilmu pengetahuan terhadap warga PPF .
BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA- jaya18
Deskripsi : PPF telah mula memberikan perkhidmatan di negara ini sejak 1952. Perkembangan bidang kefarmasian yang amat pesat telah menyebabkan terdapat ruang-ruang dan bidang-bidang baharu yang perlu di terokai. Pada masa ini amat sukar untuk membezakan perkhidmatan PPF lama dan PPF baharu kerana, semuanya adalah sama sahaja. Perubahan besar terhadap imej masih belum berlaku.
MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA – jaya18
Deskripsi : Silaratulrohim sesama PPF perlu di tingkatkan lagi bagi menjiwai semangat berpasukan dan menyelesaikan segala masaalah sesama PPF. Pada masa ini ikatan tersebut amat longgar dan rapuh. Banyak kebaikan yang PPF akan terima apabila ikatan ukhwah ini berjaya di perkukuhkan.
PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH –aini
Deskripsi : Pada masa ini banyak IPTA / IPTS menganjurkan program PJJ. Ruang bagi PPF memperolehi ijazah adalah terbuka luas. Terdapat PPF yang masih sayangkan profesion ini, walaupun telah menggengam segulung ijazah. PPF berijazah ini boleh menyumbang terhadap perkhidmatan farmasi dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap bidang tugas dan mengimplementasikan segala yang telah di pelajari di universiti.
UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF – awan_biru85
Deskripsi : Perkembangan dalam bidang perubatan, menyebabkan terdapat bahan kimia / substans yang pada masa dahulunya di anggap sebagai toksid, kini telah di gunakan sebagai ubat-ubatan. Perkembangan ini memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya. PPF terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana bertugas di jabatan farmasi.
PPF SEMAKIN SEDIKIT – sherry
Deskripsi : Secara sedar atau tidak sedar, bilangan PPF semakin hari semakin berkurangan. Kolej PPF hanya mampu menampong bilangan PPF yang bersara sahaja. Telah banyak diperkatakan tentang ini oleh doctor dan Ahli Farmasi. Tetapi pandangan dari PPF sendiri amat berkurangan.
FARMAKOKINETIK – imzal82
Deskripsi : Farmakokinetik adalah dari dua perkataan asas iaitu Farma bermaksud farmaseutikal dan Kinetik bermaksud pergerakan. Secara amnya bidang ini ialah pergerakan dan pertukaran bentuk setiap ubat-ubatan yang di ambil. Selaras dengan perkembangan bidang kefarmasian , bidang ini telah di perkembangkan bagi tujuan mendapatkan suasana perawatan yang sempurna dan berkesan.
SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF – yasmin
Deskripsi : Tugasan PPF adalah berhadapan dengan orang ramai setiap masa . Pada masa dahulu kemahiran soft skill ini adalah di pandang ringan. Dengan meningkatnya tahap pendidikan penduduk dan pelanggan yang mendapatkan ubat di farmasi, kemahiran ini adalah di anggap penting bagi mencapai kepuasan pelanggan yang tinggi.
MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI – yasmin
Deskripsi : Bidang kefarmasian sentiasa berkembang dan setiap hari akan ada sesuatu pembaharuan yang di cipta dan tercipta. Suasana, harapan dan kehendak pembangunan negara memerlukan lebih ramai Ahli Farmasi memberikan perkhidmatan. PPF juga perlu menyahut saranan ini dengan menyambungkan pelajaran di dalam bidang kefarmasian.
LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI – atokpencen
Deskripsi : PPF pada mulanya di kenali sebagai Pembancuh Ubat. Kemudian bertukar nama kepada Pembantu Farmasi dan akhir sekali bertukar nama kepada Penolong Pegawai Farmasi. Perubahan seterusnya ialah semua Penolong Pegawai Farmasi akan bertukar menjadi Ahli Farmasi. Laluannya amat sukar, tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapainya.
SENARAI TUGAS PPF – liza
Deskripsi : Senarai tugas PPF adalah di tetapkan semasa menubuhkan kolej Pembancuh Ubat di Pulau Pinang pada tahun 1952. Sebab itulah program Diploma Farmasi amat sukar untuk di laksanakan pada 1993. Selepas itu, barulah tercipta senarai tugas dan tanggungjawab PPF di KKM dan Diploma Farmasi pun menjadi kenyataan . Apa pun dengan tersiarnya senarai tugas generik PPF, perkara ini telah menjadi lebih mudah. Tetapi bagi pihak PPF sendiri, masih belum mampu menghasilkan satu senarai tugas PPF yang terkini, kerana tugas generik tersebut , tidak menyentuh langsung PPF yang bertugas di BIRO..
TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF – babeywanyda
Deskripsi : Segala tugas dan tanggungjawab PPF memang ada di senaraikan. Persoalan mulai timbul apabila ramai PPF yang masih baru berkhidmat , tidak dapat membezakan antara tugas dan tanggungjawab hakiki. Juga ramai PPF yang baru ini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.
JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN – sudahbagus
Deskripsi : Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia ( PPFM ) dan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat ( KKPFKMB ) telah lama wujud bagi menjaga kebajikan dan keharmonian PPF. Masih terdapat ramai PPF yang belum menyertai PPFM / KKPFKMB dengan alasan yang tersendiri.Ini juga akan menghalang PPFM dan KKPFKMB dalam menjalankan tugas mereka.
YANG BERACUN DI SEKELILING KITA – kainkapan
Deskripsi : Pusat Racun Negara ( PRN ) terletak di USM Pulau Pinang. Tak ramai rakyat Malaysia yang boleh mendapatkan maklumat dari sana. Bilangan PPF yang seramai 3500 orang, boleh membantu menerangkan aspek racun kepada rakyat. Malaysia.
UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA – akoizer
Deskripsi : Terdapat ubat sedia ada secara individu ‘ individual pack ‘ . Ini menunjukkan terdapat penambahbaikan terhadap perkhidmatan farmasi KKM. PPF sentiasa menyokong usaha-usaha murni pihak KKM. Tetapi terdapat beberapa komplikasinya secara sedar dan tidak sedar. PPF sebagai warga yang mengendalikan produk berkenaan, tentu ada banyak perkara yang boleh di kongsi bersama.
PPF DAH RAMAI MASUK KK – nustrule
Deskripsi : Perkhidmatan Farmasi di KKM boleh di bahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Perkhidmatan Farmasi Hospital dan Perkhidmatan Farmasi Kesihatan Awam. Pada masa ini telah ramai Ahli Farmasi di Hospital dan akibatnya, lebih ramai PPF di Kesihatan Awam. Tentu ada sesuatu kebaikannya, maka berduyun-duyun PPF berhijrah ke Kesihatan Awam. Pro dank on perkara ini boleh di kongsi bersama.
PERSATUAN PPF – yangdipertua
Deskripsi : PPFM telah lama wujud bagi menjaga kepentingan dan kemajuan PPF. Kewujudan nya masih belum di rasai oleh ramai PPF. Segala tindakan dan perjalanan PPFM adalah berpandukan perlembagaan.
POS BASIK PPF – hius2007
Deskripsi : Perkembangan terkini dalam bidang kefarmasian memerlukan PPF menghadiri kursus pos basik yang lebih spesifik dan teknikal bagi membantu Ahli Farmasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen.
HALATUJU PPF – hius2007
Deskripsi : Pembangunan Negara adalah di tetapkan setiap 5 tahun dan di kenali sebagai Rancangan Malaysis ( RM ) . Pada tahun hadapan 2010 , Rancangan Malaysia Ke 10 (RM 10) akan di lancarkan. PPF perlu menetapkan sendiri perkembangan dan halatuju bagi tempoh masa lima tahun yang akan datang. Ini adalah bagi mengelakkan PPF ketinggalan sekali lagi.
APA SUDAH JADI NASIB PPF – mamatwins
Deskripsi : Sebenarnya nasib PPF adalah di tentukan oleh PPF sendiri, kerana peribahasa Inggeris mengatakan ‘ you fail to plan, you plan to fail ‘ . Nasib bergantung kepada dua keadaan iaitu Ketetapan dan Pelaksanaan ( Qada’ dan Qadar ) . PPF Cuma boleh ubah Pelaksanaan sahaja kerana apa yang telah di tetapkan, memang tidak akan berubah.
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI – zaha
Deskripsi : Sepanjang masa PPF sudah terluka kerana sejak kewujudan jawatan ini, bermacam halangan dan kekangan telah di terima. Begitu juga apabila terdapat apa-apa perubahan / peningkatan kerjaya dan pengumuman oleh Kerajaan, maka PPF merasakan diri mereka terluka. Jika PPF boleh mengenalpasti apakah kekurangan PPF berbanding dengan lain-lain paramedic, maka kelebihannya pula boleh di perincikan.
PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF – kamalbaharin
Deskripsi : Perkara ini memang terdapat pada lain-lain bidang kerjaya.Tujuan piagam ini ialah bagi menjaga dan mengawal profesion ini ke landasan yang betul. Juga sebagai badan perundingan dan panduan kepada kerajaan bagi membincangkan apa-apa tentang dasar-dasar perubahan dan penambahbaikan.
JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI – arifhti
Deskripsi : PPF sendiri perlu ada keyakinan terhadap diri sendiri. Keupayaan PPFM / KKPFKMB perlu di perkasakan. Penerimaan keduanya terhadap golongan PPF perlu menyeluruh. Segala pembaharuan dan perancangan perlu teratur dan jelas agar penerimaanya dapat di jayakan oleh semua PPF. PPF perlu mengatur diri sendiri.
5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN – ahmadmohgudang
Deskripsi : Keduanya mempunyai aura yang amat baik. Pelaksanaannya perlu mempunyai perancangan yang teliti dan penerimaannya daripada akar umbi PPF dapat di terima semua dan bimbingan perlu di galakkan kepada yang ingin mencapainya.
PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN – amru_asyraf
Deskripsi : Keperluan PPF di bidang ini adalah perlu di perjelaskan. Keperluannya adalah meliputi tugasan yang mencabar dan perancangan yang amat teliti. Keadaan akan berubah mengikut masa. Peranan PPF dalam merancang pembangunan pada masa hadapan amat di galakkan dan akan menyumbang kepada perkhidmatan yang baik untuk Negara. Kejayaan adalah inisiatif PPF sendiri dan penerimaan pihak atasan.
MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF – mohdrashid
Deskripsi : Jurang antara dua profesyen yang berbeza ini memang ada. PPF merasakan jurang ini perlu di rapatkan demi kebaikan semua. Pihak Pegawai juga perlu mengimbangi antara tugasan dan kehendak aspek perundangan agar ianya selari . PPF perlu mencari bidang-bidang yang ingin di rapatkan jurangnya dan sekaligus membawa kepada penerimaan masyarakat dan lain-lain agar tiada kekangan dalam pelaksanaannya
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF – mohdrashid
Deskripsi : Dunia ICT mempunyai masa hadapan yang amat cerah. PPF juga ingin bersama mengecapi perkembangan arus perdana . Penggunaan ICT adalah tidak dapat di elakkan lagi kerana tuntutan persekitaran yang amat mendesak.
PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN – mohdrashid
Deskripsi : PPF merasakan adalah amat perlu bagi semua PPF berkumpul dan menyuarakan segala pendapat dan cadangan ke peringkat yang lebih tinggi. Asam garam dan latar belakang tugasan PPF seluruh Negara adalah amat berbeza antara satu sama lain. Persidangan akan dapat menambah kualiti perkhidmatan dengan bertukar-tukar fikiran, meneroka bidang-bidang baru dan peningkatan motivasi PPF.
SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF – mohdrashid
Deskripsi : Akibat tugasan yang amat mendesak dan kekurangan peluang, PPF perlu mencari kaedah baru bagi mencapai hasrat dan harapan.
TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF – mohdrashid
Deskripsi : Pembaziran masa adalah satu kerugian terhadap sesetiap individu dan Negara. Dengan dapat menjimatkan masa, banyak kebaikan akan diperolehi. PPF akan menyumbang tenaga dan idea dalam proses ini. Kejayaannya adalah harapan seluruh PPF dan akan menyumbang kepada kemajuan Negara.
PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN – mohdrashid
Deskripsi : Pada masa ini tiada PPF yang secara khusus bertugas di unit penguatkuasaan farmasi. PPF memang berhasrat untuk menyumbang usaha dan tenaga di unit ini bagi mencapai slogan PPF. Kebaikan dan keburukannya akan membuka mata pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Jika kebaikannya melebihi segala dari berbagai sudut, rasanya tiada masaalah PPF untuk berkhidmat di sini.
NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK – mohdrashid
Deskripsi : Nama komersil memang sudah komersil dan mempunyai tanda perdagangan berdaftar. Media cetak dan elektronik akan menyumbang terhadap kejayaan sesuatu nama komersil. PPF mempunyai pandangan sendiri tentang isu ini. Yang baik adalah yang paling mudah dan di fahami oleh segenap lapisan masyarakat. PPF boleh menyumbang terhadap isu ini.
PENGALAMAN MENDISPEN YANG BOLEH
MENJADI PANDUAN DAN TAULADAN – mohdrashid
Deskripsi : Mendispen ubat adalah pengalaman yang amat berharga bagi PPF. Terdapat juga ramai bekas PPF mencurahkan ilmu dan menjadi pensyarah. Dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman, PPF berharap proses kerja mendispen akan menjadi lebih mudah dan efektif.
PERLUKAH PPF ADA UNIFORM – mohdrashid
Deskripsi : Sejak profesion PPB bermula, memang uniform telah di perkenalkan. Pada suatu masa, uniform PPF adalah sama dengan Attandan. Selepas perubahan ke warna dan potongan yang terkini, persoalan uniform masih belum terjawab. Pandangan dan sokongan dari warga PPF amat di perlukan bagi menyokong perubahan tersebut.
ELAUN KRITIKAL –faizal@33
Deskripsi : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ) telah di perkenalkan sejak 1993 dan golongan jururawat telah memulakan langkah sebagai penerima pertama. Kini setelah 16 tahun berlalu, PPF juga merasakan mereka juga patut menerima BIPK.
ABM 8 PPF – faizal@33
Deskripsi : Permohonan jawatan baru adalah satu proses berterusan. Ianya dilakukan semasa menyediakan anggaran belanja mengurus dan mengunakan borang ABM 8. Permohonan perlulah di hantar dua tahun lebih awal. PPF masih kurang melibatkan diri dalam proses ini dan akibatnya penambahan jawatan asas dan jawatan kenaikan pangkat PPF adalah amat berkurangan berbanding dengan lain-lain paramedic.
RISIKO UBAT – rahitse
Deskripsi : Setiap ubat yang di makan dan digunakan oleh masyarakat di Malaysia, memang mempunyai kesan sampingan. Kewajaran penggunaannya dan nasihat penggunaan yang rasional adalah amat perlu. Penglibatan PPF dalam proses ini akan menambah kadar penyembuhan dan mengurangkan risiko ubat-ubatan.
SPUB – dhiyamirza
Deskripsi : SPUB telah diperkenalkan sejak 2003 dan ianya bermula dengan kertas konsep dan cadangan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Selepas ianya di laksanakan di beberapa fasiliti terpilih dan di dapati amat memuaskan, ianya telah di perkenalkan ke seluruh negara. Pro dan kontranya tetap ada, dan wajarlah PPF membincangkanisu ini kerana mereka adalah barisan hadapan dalam memngendalikan SPUB ini.
Setiap perkara, perlulah mengandungi tajuk tajuk kecil seperti berikut, dan lain-lain yang relevan, semasa pembentangan.
• Pendahuluan
• Kronologi Masaalah
• Permohonan PPF
• Latarbelakang Masaalah
• Alasan Permohonan
• Lain-Lain Alasan
• Data-Data Sokongan
• Penutup
Semua PPF yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam di dalam perkara-perkara tersebut, perlulah menyediakan pembentangan bagi tujuan menjayakan mesyuarat saintifik PPF.
Tarikh, masa, tempat akan di maklumkan kemudian.
ANTARA PERKEMBANGAN TERKINI PPF:
Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Lebih Banyak Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36/U38/U40 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF Yang Bertugas Di cytotoksid
Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 – U40
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF Dalam Akta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Farmasi Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8
Pendaftaran Keahlian PPF Persatuan / Kesatuan Secara On Line
Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif PPF Persatuan / Kesatuan
Tugas Penyelian PPF dan Format
Penyediaan Bilik Kepada PPF Gred Tertinggi
Local Preseptor PPF
Extended & Expanded Role PPF
Top-up Degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
One off biasiswa Ijazah Untuk Calon Pengajar KSKB
Pengwujudan Gelaran Jawatan Ketua PPF
Cadangan ’ Time Base Promotion ’ Untuk Semua PPF
Cadangan Cuti Bersalin / Cuti Sakit Untuk Anak Ke 6 Dan Seterusnya
Penyatuan PPF Dalam Satu Perjuangan / Aktiviti
Mengembalikan Kegemilangan Perjuangan PPF Persatuan / Kesatuan
Elaun Kritikal BIPK PPF
Menjana Pendapatan Sendiri Seperti Memiliki Bangunan Sendiri
Mengadakan Mesyuarat PPF Peringkat Negeri
Mengwujudkan Laman Web PPF
Memberi Cenderahati Kepada Setiap PPF Yang Hadir AGM Kesatuan
PPF tidak perlu menoleh kebelakang lagi, kerana perjalanan di hadapan akan mengharungi beberapa ranjau yang berduri dan berbisa. Ianya akan menjadi mudah apabila semua Ahli Majlis, Exco, Wakil Negeri, Wakil Hospital, Wakil PKD, Biro Keahlian, Biro Kewangan, Biro Multimedia dan Biro Pendidikan PPF berganding bahu dan bergabung tenaga dalam mengapai segala cabaran mendatang.
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.
Tamat : 30 Sept 2011

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
Selamat Bertugas Kepada Semua PPF
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.
Sepatutnya persidangan PPF perlu diadakan setiap minggu iaitu sebanyak 54 kali setahun. Ianya adalah Peringkat PTJ, Peringkat Daerah, Peringkat Zon, Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Banyak kebaikkannya jika menghadirinya dan pada 1 Mac 2014 akan ada satu kursus bagi PPF. Boleh hadir jika ada kelapangan dan mata cpd pasti akan dapat serta diberikan peluang bagi membentangkan kertas kerja dan dapat mata tambahan mycpd sebagai pembentang kertas kerja.
Salam, semua di jemput hadir ke Kursus International Humanatarian Law-IHL pada 1 Mac 2014 (Sabtu) 9.00 pagi – 1.00 petang di Bilik CME Klinik Kesihatan Bota Kiri, 32600 Bota, Perak. Hubungi Urusetia 0129680929 8.00 pagi – 5.00 ptg (5.00 ptg – 8.00 pagi sms ) , EX SMDARY 1977/1981 , VAD46, PPF, PRA, PBSM, KSPPA, dll, tq, by, wassalam.
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.
Tamat : 27 Feb 2014

Similar topics
» MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
» MENGAPA TIDAK BOLEH MENUIP MAKANAN DAN MINUMAN
» 20,000 Pelatih Di Institusi Latihan Kem. Kesihatan Nikmati Kenaikan Elaun | Peringkat Diploma RM1,166.58 & Peringkat Sijil RM835
» PERSIDANGAN PPF ON LINE 2009
» Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak