FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jangan bawa anak kecil lawat hospital

Go down

Jangan bawa anak kecil lawat hospital Empty Jangan bawa anak kecil lawat hospital

Post by Fieza Tue 01 Sep 2009, 6:21 pm

Jangan bawa anak kecil lawat hospital

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM


Jangan bawa anak kecil lawat hospital Kn_01.1

tidak selamat membawa anak kecil melawat hospital ketika wabak H1N1 sedang melanda.


SEBUAH hospital awam baru-baru ini mengedarkan beratus-ratus risalah
mengingatkan orang ramai supaya jangan membawa anak kecil mereka semasa
melawat saudara-mara atau rakan yang sakit di hospital.

Ini berikutan perkembangan terkini terhadap penularan wabak H1N1 di negara ini.
Walaupun tanpa kehadiran wabak H1N1, memang telah sedia ada
peraturan yang tidak membenarkan pelawat membawa bersama mereka
kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah bila berkunjung ke wad-wad
di hospital, kata seorang pegawai kejururawatan kanan di hospital itu.
"Ibu bapa macam tak kisah bila kita mengingatkan mereka supaya
jangan membawa anak kecil bila nak masuk melawat di wad. Saya selalu
mengingatkan ibu-ibu yang bayi dan anak mereka adalah terlalu kecil
untuk melawat hospital," kata beliau kepada Bernama.

Pegawai itu berkata, ada ibu bapa yang menuruti nasihat tetapi ada
juga yang menanggap remeh peringatan yang diberi jururawat dan juga
pengawal keselamatan.

Ada juga yang menjawab secara sinis: "Kami tahulah..." dan terus menuju ke wad bersama anak-anak kecil mereka.

"Memang tidak selamat bagi anak kecil melawat hospital. Tidak
selamat bagi mereka dan juga tidak selamat bagi pesakit," tambah beliau.
Senang dijangkiti
Anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik senang dijangkiti penyakit.
"Bila kita bercakap tentang penyakit kronik, ini meliputi pesakit
yang ada kencing manis, kegagalan buah pinggang, asma dan pelbagai
masalah pernafasan serta juga beberapa masalah yang lain," kata seorang
pakar penyakit respiratori, Dr. K. Regesh.

Kata beliau, bagi pesakit seperti ini dan juga anak-anak kecil,
sistem ketahanan badan mereka rendah dan tidak sekuat orang dewasa yang
sihat dan mereka ini lebih senang dijangkiti penyakit, bukan saja H1N1,
tetapi juga penyakit berjangkit yang lain.

"Di hospital terdapat banyak kuman-kuman yang lebih berbahaya jika
dibandingkan dengan tempat lain. Oleh itu harap jangan membawa anak
kecil anda masuk wad walaupun hanya untuk bertanya khabar kepada
pesakit.
"Kalau anda terpaksa juga melawat hospital bersama anak anda,
bawalah bersama orang lain atau pembantu rumah yang boleh menunggu
bersama anak kecil anda di bilik menunggu," katanya.

Bagi ibu bapa yang baru pulang dari hospital atau tempat kerja, Dr.
Regesh memberikan nasihat ini: "Bila pulang daripada melawat keluarga
atau kawan yang sakit di hospital, mandilah dulu dan tukar kepada
pakaian yang bersih sebelum mendekati anak anda.

"Begitu juga bagi mereka yang baru balik dari kerja, bersihkan badan
dulu dan tukar kepada pakaian lain sebelum menyentuh anak anda."
Langkah pencegahan kendiri

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyeru orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan sendiri untuk
mencegah wabak H1N1 daripada menular.

Antara langkah-langkah ini ialah memakai topeng surgikal apabila
demam atau batuk dan juga bersin serta membasuh tangan dengan lebih
kerap menggunakan sabun dan air.

Kalau anda demam dan sakit tekak, pergilah ke hospital berdekatan
dan jangan keluar rumah atau menghampiri anggota keluarga anda.
Anda juga dinasihati tidak mengunjungi tempat awam atau lokasi yang ramai orang.


DICETAK DARI UTUSAN MELAYU ONLINE
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jangan bawa anak kecil lawat hospital Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum