aku anak merdeka
Page 1 of 1
aku anak merdeka
JANGAN LUPA PADA BUMI YANG DIPIJAK, [/size] LANGIT YANG PATUT DIJUNJUNG.
semua pembaca yang dirahmati Allah...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat-Nya, 31 Ogos pada tahun ini dapat dirasai lagi.
Tarikh keramat yang menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu ketika itu, berhimpun untuk melihat sendiri tanah air tercinta bebas selamanya daripada cengkaman penjajah durjana. Perasaan mereka semua ketika itu sama sahaja. Terlalu gembira, sayu dan bangga! Ada yang tidak tidur semalaman untuk menunggu upacara perasmian hari kemerdekaan yang disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman pada keesokannya. Itulah kata-kata ibuku.
Ibuku seorang yang patriotik. Setinggi mana tahap patriotiknya, tidaklah aku tahu. Dia amat menyanjungi perjuangan UMNO sepanjang tempoh hidupnya dari 1950 hinggalah sekarang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi pemimpin yang luar biasa di mata dan hatinya. Kini darah semangat ibuku mengalir dalam tubuh dan sanubariku. Ini bukan soal mengundi atau memihak pada parti yang mana satu tetapi perasaan cintakan bangsa dan tanah air itu sendiri!
I was moved to write again. Ketika itu aku sedang rancak berbual dengan adikku yang menghabiskan cuti sekolahnya di sini kerana dia telah berpindah sekolah dan menyambung persekolahannya di sekolah Kak Ngahku mengajar. Kak Ngah seorang guru Biologi dan Sains-seorang yang bersemangat, penyayang, sentiasa berfikiran positif dan bersifat ala kadar sahaja. Tidak kurang Alongku, seorang jururawat klinikal di Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak. Dia seorang yang tegas, berani, mengambil berat, dan menjadi contoh dan ikutan adik-adik melalui semangatnya sebagai anak yang sulung.
Adikku meluahkan rasa takutnya untuk berdepan dengan Peperiksaan Percubaan SPM pada minggu hadapan. Apa yang ditakutinya adalah subjek Sejarah! Dia bimbang tidak dapat mencapai semua A dalam keseluruhan mata pelajarannnya kerana subjek Sejarah! Ini bukan perkara main-main. Dia tidak sukakan subjek sejarah bukan sejarah itu sendiri. Iyalah tu! Itulah yang selalu anak-anak muda hari ini omongkan apabila ditanya. Mengapa subjek sejarah perlu disalahkan? Sangat sukar? Payah untuk diingati atau membosankan? Apa jua jawapan hanya diri kita yang tahu. Kenapa tidak ramai yang sukakan subjek malang ini? Malangkah sejarah? Atau kita yang malang kerana tidak memahami dan sering ketinggalan dengan berita terdahulu dan terkini barangkali.
Mengapa sukar untuk belajar sesuatu yang membongkar misteri di sebalik keturunan kita dan perkara-perkara terdahulu? Tahukah mengapa anak-anak muda sekarang banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang negatif dan tidak sihat? Mereka lupa pada Tuhan, pada asal usul dan bumi yang dipijak saban hari. Mereka terlalu mengagungkan dan menyanjung segala yang asing namun terbaik bagi mereka, walau keruh warnanya. Kita masih belum merdeka sepenuhnya jika masih berfikiran cetek dan hanya bersikap acuh tak acuh sahaja. Kita bukan dabat tetapi manusia yang ada sifat ingin tahu kerana dikurniakan akal fikiran oleh yang Maha Kuasa. Biarlah sifat ingin tahu itu menjurus kepada perkara yang baik dan bukan yang merosakkan bangsa, nyawa dan harta benda.
Kita merupakan anak-anak merdeka kerana diberi peluang oleh Allah untuk menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang kini bebas dari penjajahan. Orang-orang terdahulu mengatakan bahawa mereka meminjam tanah air ini daripada generasi kita. Sebab itulah mereka mahu memulangkannya semula dalam keadaan yang baik dan terjamin. Mereka sanggup berjuang bermati-matian menentang penjajah dan musuh-musuh negara sehingga terpisah nyawa daripada badan. Bagaimanakah kita? Perlukah menerima semula dan menghancurkannya? Di manakah sifat timbang rasa kita?
Dalam apa jua bentuk penghargaan yang kita berikan kepada mereka yang telah tiada, adakah hadiah yang paling hebat dapat menggantikan nyawa yang telah hilang, menemukan semula hubungan yang terpisah dan menghilangkan segala kesakitan dan keperitan mereka? Tidak mungkin berlaku perkara sedemikian.
Berbaktilah kepada bangsa dan negara. Walau sekecil zarah, pengorbanan dan jasa kita tetap dilihat-Nya. Taburlah jasa dengan keikhlasan dan bukan kekerasan. Bersatupadulah demi anak-anak dan cucu cicit kita yang bakal menerima sumbangan kita dan meneruskannya sehingga tiba hari kiamat. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu berasa malu kerana hidup dengan sia-sia selama bertahun-tahun.
Kepada wanita, jangan takut dilambung ombak. Persiapkan diri sebelum tengkujuh. Tanamkan kekuatan dan kesabaran dalam diri. Moga-moga perjuangan hidup anda dilindungi Allah S.W.T. Kita mampu mendaki tinggi, menyeberangi lautan yang luas dan sejuk, mengintai dan menggali keanehan dunia, dan membongkar kemampuan manusia. Kita wanita serba boleh.
Aku bangga menjadi seorang jururawat. Walau dipandang rendah atau setinggi mana pun kerjaya ini, kerana keluarga dan bangsa aku bina semangat untuk menyalurkan khidmat dan layanan penyayang kepada masyarakat. Aku mempunyai impian untuk mengubah kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan supaya menjadi lebih cemerlang dan bertimbang rasa. Bukan tidak cukup efektif usaha yang telah dilakukan kerajaan tetapi hati yang murni dan rasa lebih bertangungjawab perlu dicambah dalam diri setiap kakitangan itu sendiri. Ayahku seorang pesara tentera, bekas pejuang negara. Walau tidak banyak yang kutahu tentang perjuangannya, namun aku tahu bukan mudah hidup di zamannya menentang bandits.
Kita bebas bersuara tetapi biarlah apa yang kita suarakan dapat didengari semua dan bermanfaat. Jangan hanya sibuk mengutuk, mengata dan membabi buta
menuduh orang lain sesuka hati. Dalam banyak perkataan yang baik, kenapalah kata-kata carutan yang dimuntahkan? Nauzubillah.
Selamat Menyambut bulan kemerdekaan yang ke-52! Salam Al-Mubarak dan Selamat Bertugas kepada semua jururawat baru (pengambilan Julai 2006) yang bakal melaporkan diri pada 14 September 2009 di hospital masing-masing. Kekal cantik dan bergaya, sentiasa ceria & rasional...
LEEN
On 1st Sept, 2009 at 13:31:09

Norhaslina- AHLI JUNIOR
- Jawatan : MAKNA pertner, Puteri UMNO, Penulis sambilan, Fulltime Blogger
Gender :
Jumlah Post : 28
Umur : 37
Tarikh Register : 14/04/2008
Reputation : 6
Points : 6081
Character sheet
Mutiara Kata saya: bangkit dr lena yg pjg, sdar dr kesilapan lalu!
Similar topics
» SALAM MERDEKA!!!!!
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak