FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Vaksin pandemik 2010 (Kosmo)

Go down

Vaksin pandemik 2010 (Kosmo) Empty Vaksin pandemik 2010 (Kosmo)

Post by Fieza Mon 21 Dec 2009, 8:09 pm

Vaksin pandemik 2010

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Vaksin pandemik 2010 (Kosmo) Ke_01.1

KALAU bukan kerana penularan wabak H1N1 di Mexico yang menimbulkan
rangkaian kekecohan global pada awal tahun 2009, tiada siapa membuka
mata tentang evolusi virus selesema baru yang boleh mengancam manusia.

Selesema pandemik ini merebak sama seperti selesema bermusim, namun
manusia masih belum mempunyai perisai imuniti terhadapnya. Sehingga
hari ini di Malaysia, vaksin yang paling ideal untuk mencegah H1N1
belum boleh didapatkan secara menyeluruh.

Jika ada pun, ia masih ‘eksklusif’ demi kepentingan petugas barisan
hadapan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Mereka yang dimaksudkan
itu ialah golongan pekerja perubatan di hospital dan kem kuarantin
serta para petugas di pintu masuk negara misalnya di lapangan terbang.

Namun pada masa yang sama, keresahan awam dirasakan meningkat dalam
diam. Semua orang mula bertanyakan tentang vaksin yang efektif untuk
meningkatkan daya ketahanan mereka terhadap jangkitan selesema, baik
ketika musim epidemik ataupun apabila ia sudah bertukar menjadi
pandemik.

“Selesema pandemik bukan sahaja boleh menyebabkan beberapa gelombang
jangkitan, malah mampu menular di kawasan geografi yang besar dan
berlanjutan sehingga setahun atau dua tahun.

“Ketika dalam tempoh itu juga, pelbagai jenis selesema cenderung
untuk merebak dengan pantas,” kata Profesor Datin Dr. Ilina Isahak dari
Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Imunologi, Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Meramal pandemik

Tambah beliau, walaupun kebanyakan mereka yang dijangkiti mampu
sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu tanpa rawatan perubatan, hal
yang sama tidak menyebelahi golongan bayi, kanak-kanak, warga emas dan
mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

“Virus merebak dengan mudah daripada seseorang yang dijangkiti
selesema kepada seseorang yang lain melalui titisan cecair atau
partikel halus yang terlepas semasa batuk dan bersin. Maka, setiap
orang perlu berwaspada.

“Kemelaratan simptom-simptom selesema boleh dialami dua hari sebelum
dijangkiti sehingga lima hari selepas dijangkiti virus. Bagi
kanak-kanak, ia boleh berlanjut sehingga 10 hari.

“Ia juga mungkin bermula dengan demam biasa, tetapi berakhir dengan
pneumonia, strok, serangan jantung dan kematian,” pesan beliau.
Mengimbas sejarah selesema pandemik abad ke-20 dan ke-21, bermula
dengan Flu Sepanyol (1918) hingga ke selesema burung H5N1 (1997), Ilina
mendedahkan hakikat bahawa dunia perubatan tidak dapat menduga dan
benar-benar bersedia dengan kemunculan pandemik.

Walau bagaimanapun, penemuan dan penghasilan vaksin yang selamat dan
efektif dalam tempoh enam bulan selepas kedatangan pandemik sudah
dianggap satu pencapaian hebat.

Konsultan Kesihatan Awam dan Pengarah Kajian dan Pembangunan
Klinikal dan Hal Ehwal Kesihatan, Farmaseutikal GlaxoSmithKline, Dr.
Teoh Yee Leong pula berkata, vaksin tidak dapat dihasilkan lebih awal
dan secara pelbagai untuk menghadapi ancaman virus yang berbeza kerana
dua sebab.

Pertama adalah cabaran komersial. Setiap penghasilan ubat-ubatan dan
vaksin bukan saja melibatkan mekanisme kajian dan pembangunan, malah ia
adalah satu percaturan kos, baik di kalangan pengguna, institusi
perubatan mahupun firma farmaseutikal.

“Sebab kedua ialah segala yang diusahakan makmal perubatan adalah
bergantung kepada ramalan kedatangan sesuatu ancaman virus. Maka, ia
tidak pernah tepat.

“Misalnya, ketika ramai menjangka kedatangan gelombang kedua
selesema burung seperti yang pernah menakutkan orang ramai suatu masa
dahulu, tiba-tiba virus selesema K***zir (H1N1) pula yang muncul,” ujar
Yee Leong.

Sejak pertama kali H1N1 dilaporkan sembilan dekad lalu, ‘kemunculan
semula’ di Mexico itu merupakan generasi keempat virus tersebut.
Pandemik H1N1 2009 yang dikhuatiri impaknya ini adalah kombinasi
selesema manusia, K***zir dan burung.

Bagi menghadapi ancaman itu, setiap orang perlu mendapatkan
vaksinasi yang terkini. Ia bukan sahaja perlu dilakukan ketika
seseorang hendak melancong ke luar negara kerana hakikat ancaman
tersebut juga boleh tercetus di dalam negara.
Vaksin pandemik 2010 (Kosmo) Ke_01.2
SELAIN kanak-kanak, warga emas dan
mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik amat berisiko tinggi
jika dijangkiti selesema. Konsultasi doktor perlu didapatkan untuk
memahami kesan ubatan dan vaksin.



Kesan sampingan

Sudah banyak kajian membuktikan bahawa vaksin pandemik adalah selamat untuk diambil, sama seperti vaksin selesema bermusim.

Kesan sampingan yang dialami bagi sesetengah orang setakat ini
dilaporkan menyerupai mereka yang pernah disuntik dengan vaksin
selesema biasa.

“Lebih daripada seorang dalam 10 rekod yang menerima dos vaksin akan
mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, keletihan, demam,
mialgia (sakit otot), kulit kemerahan dan kebengkakan.

“Lazim juga terjadi, seseorang akan mengalami kegatalan di sekitar
tempat suntikan, dan juga simptom seakan-akan demam seperti berpeluh,
kebengkakan kelenjar di leher, ketiak serta kelengkang,” ujar Yee Leong.

Semua itu disebabkan reaksi biologi tubuh terhadap suntikan sebelum
antibodi dihasilkan. Hanya apabila tubuh sudah serasi dengan vaksin,
barulah seseorang itu lebih selamat dan bersedia dalam persekitaran
yang diancam jangkitan virus selesema.

Mengulas tentang tabiat mengambil suntikan beberapa hari sebelum
berangkat ke luar negara yang dikhuatiri berisiko tinggi, Yee Leong
menasihatkan agar suntikan vaksin diambil lebih awal,
sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.

“Mulai awal tahun hadapan, vaksinasi yang kita tunggu-tunggu boleh
diperolehi. Kalau sekarang ini vaksin tersebut bersifat monovalen,
suntikan vaksin bagi selesema bermusim pada tahun depan akan disatukan
dengan pencegahan terhadap selesema H3N2, virus B dan selesema pandemik
H1N1,” jelas Ilina.

Vaksin pandemik 2010 (Kosmo) Ke_01.3
PEMAKAIAN topeng mulut dan hidung
menjadi amalan yang popular semasa H1N1 menular di negara ini hingga
menyebabkan kes kematian.



Beliau menegaskan, nilai sebenar vaksinasi terletak pada
kemampuannya menghindar jangkitan yang tidak terhitung jenisnya.
Justeru, vaksinasi yang digunakan bersama ubat-ubatan antivirus adalah
kaedah terbaik untuk mengurangkan kes-kes korban H1N1.

Tambah beliau: “Vaksin bertindak untuk mengekang manusia daripada terkena jangkitan, manakala antivirus bertujuan untuk merawat.

“Selain mendapatkan vaksinasi tahunan dan yang terkini, jangan pula
melupakan langkah-langkah pencegahan dan etika penjagaan kesihatan
asas.

“Teruskanlah mempraktikkan amalan membasuh tangan dengan kerap,
mengelakkan diri daripada berada di tempat yang dikunjungi ramai orang,
serta menjaga tertib batuk dan bersin seperti yang disyorkan.”
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Vaksin pandemik 2010 (Kosmo) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum