Meningokokus : Vaksin halal meningokokus (Kosmo)

Vaksin halal meningokokus
DZULKIFLI ABDUL RAZAK (lima dari
kanan) dan Francisco Dominguez Alvarez (enamdari kanan) pada majlis
menandatangani memorandum perjanjian untuk membangunkan vaksin halal
penyakit meningokokus di Kedutaan Besar Malaysia di Havana baru-baru
ini.
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) melalui jaringan strategiknya dengan
Institut Finlay dari Cuba mencipta sejarah dalam bidang pengajian
tinggi apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membangunkan
vaksin halal pertama bagi penyakit meningokokus yang dikenali sebagai tetravalent meningococcal ACW135Y vaccine.
Perkara itu diputuskan menerusi majlis menandatangan memorandum
perjanjian oleh kedua-dua pihak di Kedutaan Besar Malaysia di Havana,
Cuba pada satu majlis yang turut disaksikan oleh Ketua Penasihat
Saintifik Majlis Negara Republik Cuba, Dr. Fidel Castro Diaz-Balart dan
Duta Besar Malaysia ke Republik Cuba, Yean Yoke Heng.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor USM, Prof. Tan
Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Institut Finlay, Francisco
Dominguez Alvarez.
Melalui perjanjian tersebut, Sanggar Sains, anak syarikat sepenuhnya
milik USM, akan berperanan dalam mengkomersialkan vaksin tersebut.
Kerjasama seumpama itu merupakan detik paling bersejarah buat
kedua-dua pihak khususnya dalam menyelesaikan kemelut kesihatan ekoran
penularan penyakit meningokokus yang banyak melanda rakyat di
negara-negara membangun dan mundur.
Dzulkifli dalam satu kenyataan berkata, kerjasama di antara USM
dengan Institut Finlay bermula sejak lapan tahun lalu dan sepanjang
berkolaborasi, kedua-dua pihak telah membangunkan pelbagai jenis
penyelidikan, antaranya berkenaan penyakit turbekulosis.
Katanya, penyelidikan turbekulosis yang terdahulu telah memberi
pelbagai manfaat khususnya dari aspek pertukaran kepakaran, staf dan
para pelajar di antara USM dan institusi pengajian tinggi Cuba itu.
"Perkembangan baru ini yang melibatkan cabang penyelidikan lain
nyata menjadi satu lagi inisiatif kita dalam membangunkan nasib
golongan bottom billion, sekali gus meletakkan nama Malaysia sebagai antara pengeluar vaksin halal terkemuka di pentas global,'' katanya.
Sementara itu, Francisco Dominguez pula berkata, kerjasama yang
sekian lama terjalin itu akan sentiasa diteruskan dan kedua-dua pihak
akan meneroka peluang-peluang penyelidikan baru demi manfaat masyarakat
di negara-negara membangun dan mundur.
"Visi dan matlamat di antara USM dengan Institut Finlay tidak jauh
berbeza iaitu untuk mencari penyelesaian efektif dan boleh diakses
penduduk negara-negara miskin yang amat memerlukan bantuan dan
sokongan," jelas beliau.
Tambah beliau, selain mencari penyelesaian, kerjasama itu juga dapat
mengembalikan kegemilangan teknologi dan tamadun Islam sebaris dengan
penghasilan yang dicipta oleh barat.
Penyakit meningokokus adalah penyakit jangkitan bakteria serius yang disebabkan oleh sejenis bakteria dikenali sebagai Neisseria meningitidis.
Ia menjadi penyumbang utama kepada jangkitan bakteria meningitis
kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang berumur dalam lingkungan dua
tahun hingga 18 tahun yang jika tidak menerima kaedah rawatan sempurna
boleh membawa kepada maut.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Vaksin pandemik 2010 (Kosmo)
» tiada mlt ke disini
» Belum Ada Rancangan Untuk Perkenal Suntikan Vaksin Rotavirus - Liow
» Infanrix Hexa: Vaksin 6 dalam 1
» H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak