FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mitos menderma darah

Go down

Mitos menderma darah Empty Mitos menderma darah

Post by Fieza Wed 10 Mar 2010, 3:09 pm

Mitos menderma darah


Mitos menderma darah Ru_03.1

MENDERMA darah tiada hubung kaitnya dengan pertambahan berat badan. - Gambar hiasan


BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.

Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan. Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.

"Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya.

Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.

"Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.

Mitos menderma darah Ru_03.2

PROSES menderma darah adalahsesuatu yang selamat kerana penderma perlu mengisi borang soal selidik
berhubung status kesihatan mereka. - Gambar hiasan



Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah. Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.

"Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari," katanya.

PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.

PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.

"Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.

"Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.

Bukan punca gemuk

"Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.
Mitos menderma darah Ru_03.3
JANGKA hayat darah agak terhad iaitu 42 hari, manakala platelet darah hanya lima hari.


Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan
mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik
yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang,
kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan,
sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan
berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor
lain.

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia
berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau
kurangnya aktiviti riadah seseorang itu," katanya.


Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

"Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. - Bernama

Sumber: Kosmo
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Mitos menderma darah Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum