Gangguan aliran darah
Page 1 of 1
Gangguan aliran darah
TAHUKAH anda bahawa 50 peratus daripada 10,000 kes amputasi
(pemotongan) kaki yang dilakukan ke atas pesakit kencing manis setiap
tahun boleh dielak?
Penyakit vaskular pinggiran adalah penyakit yang
membabitkan gangguan aliran darah di kaki. Seperti penyakit
kardiovaskular yang lain, ia disebabkan proses arteriosklerosis, iaitu
kejadian plak ateroma yang terdiri daripada kolesterol dan sel-sel
radang di dinding salur darah. Lama kelamaan plak berkenaan membesar
dan menyebabkan penyempitan salur darah.
Penyempitan ini boleh berlaku di salur darah koronari. Jika ia
bertambah teruk, otot jantung tidak akan mendapat darah dan oksigen
yang cukup. Ini boleh mengakibatkan berlakunya angina (sakit di dada)
atau serangan jantung. Jika penyumbatan salur darah berlaku di otak,
strok atau angin ahmar akan terjadi.
Apa gejala dan tanda penyakit vaskular pinggiran?
Apabila
pengaliran darah ke kaki berkurangan, otot kaki tidak akan mendapat
oksigen dan nutrien secukupnya. Keadaan sedemikian dipanggil iskemia
dan boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian kaki.
Iskemia
selalunya dialami semasa berjalan dan hilang selepas berehat beberapa
minit. Gejala begini dikenali klaudikasi. Jika proses iskemia ini
menjadi teruk, jarak seseorang itu berjalan sebelum sakit di kaki
bermula akan menjadi lebih pendek.
Malah, jika penyakit vaskular pinggiran itu menjadi lebih parah,
pesakit akan mengalami gejala seperti kebas, sejuk atau sakit
berpanjangan ketika berehat. Jika ada luka atau ulser pada kaki, ia
tidak sembuh atau mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Ketandusan darah ini menyebabkan tisu ibu jari kaki dan keseluruhan
kaki rosak; dan keadaan ini dipanggil ganggren. Jika dibiarkan
berterusan pesakit berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius
sehingga boleh membawa maut.
Pada tahap ini, doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyarankan supaya kaki pesakit terbabit dipotong.
Bolehkah keadaan ini boleh dielak? Apakah rawatan yang ada?
Faktor
risiko untuk mendapat penyakit arteri pinggiran ialah menghidap kencing
manis, mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kolesterol berlebihan
dan merokok. Kewujudan faktor ini perlu dikenal pasti melalui
pemeriksaan kesihatan berkala dan sekiranya ada, langkah-langkah wajar
harus diambil untuk menanganinya.
Paras glukosa darah perlu
dikawal dengan rapi untuk mengelak komplikasi diabetes. Jika merokok
haruslah berhenti segera, amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta
kerap bersenam untuk mengawal hipertensi, kolesterol berlebihan dan
diabetes.
Rawatan khusus
Rawatan yang khusus kepada penyakit vaskular pinggiran terbahagi kepada tiga iaitu:

Ubat

Pembedahan graf pintasan arteri

Angioplasti
Ubat-ubatan
Ia bertindak untuk:

Mencairkan darah (contohnya aspirin dan clopidogrel)

Mengawal paras kolesterol

Ubat khusus untuk penyakit yang berkaitan (contohnya kencing manis dan tekanan darah tinggi)

Ubat tahan sakit, jika ada
Pembedahan graf pintasan arteri
Pembedahan
membabitkan penyambungan antara dua tempat pada arteri yang bermasalah
dengan memintas bahagian yang tersumbat menggunakan graf sintetik atau
graf semula jadi seperti vena (salur darah) kaki.
Ini kaedah
terbaik untuk arteri yang tersumbat sepenuhnya (100 peratus), terutama
jika bahagian yang bermasalah itu panjang. Jika banyak bahagian pada
arteri itu tersumbat atau arteri femoral (iaitu arteri di bahagian
peha) yang terbabit, maka pembedahan adalah kaedah yang terbaik.
Angioplasti
Seperti
angioplasti koronari, penyempitan salur darah di kaki boleh dirawati
dengan menggunakan kaedah angioplasti belon. Ruang dalam pembuluh darah
yang sempit itu boleh dibuka luas dengan meletakkan belon dan
meniupkannya selama beberapa saat.
Jika perlu, satu gegelung
besi yang dipanggil stent boleh dimasukkan ke dalam pembuluh darah
berkenaan untuk memberi hasil angioplasti yang lebih baik.
Angioplasti didapati setanding atau lebih baik berbanding dengan
pembedahan jika penyumbatan itu terjadi di arteri iliak, iaitu pembuluh
darah yang menyambungkan aorta dan arteri femoral di peha.
Ia
juga adalah kaedah yang berkesan sekiranya pesakit itu mempunyai
masalah perubatan yang lain seperti penyakit jantung koronari atau
strok yang meletakkan pesakit dalam kategori berisiko tinggi untuk
menjalani pembedahan.
Ini juga kaedah yang berkesan untuk membantu menyelamatkan kaki daripada dipotong bagi kes iskemia anggota kritikal.
Apakah langkah seterusnya?
Amalkan gaya hidup sihat dengan sering bersenam, menjaga berat badan, tidak merokok dan mengamal pemakanan sihat dan seimbang,

Jika terdapat gejala atau tanda penyakit vaskular pinggiran seperti di atas, segera berjumpa doktor.

Jika anda menghidap kencing manis, ambil langkah sesuai untuk menjaga
kaki anda dengan baik. Pastikan kaki dan jari kaki anda sentiasa bersih
dan kering. Jika ada luka, walaupun kecil, segera dapatkan nasihat
doktor.

Walaupun diri berasa sihat, masih wajar untuk
mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini kerana penyakit
yang dikesan pada peringkat awal selalunya mempunyai peluang untuk baik
dengan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya boleh dikawal dengan baik.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini pembaca boleh
menyertai Minggu Kesedaran Pembuluh Darah yang diadakan pada 20 hingga
26 Julai di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Untuk keterangan lanjut
sila hubungi 03-76807000

Similar topics
» Test darah tanpa perlu mengeluarkan darah
» Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang
» GANGGUAN IRITASI USUS
» gangguan seksual driver ambulan di hospital pontian
» Mitos menderma darah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak