Pintasan jantung dengan VMMS (Utusan Malaysia)
Page 1 of 1

ARKIB : 16/05/2010
Kaedah konvensional meninggalkan parut panjang.
Pintasan jantung dengan VMMS
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN
PEMBEDAHAN pintasan jantung dilakukan bagi membolehkan darah mengalir secara normal ke jantung.
Disebabkan salur darah berdekatan jantung tersumbat, maka doktor
akan membuat saluran baru dengan mengambil vena pada kaki atau arteri
daripada lengan dan bawah dada.
Jika vena di bahagian kaki yang dipilih, maka kesannya satu luka
yang panjang akibat pembedahan terbuka. Kepanjangan luka bergantung
kepada berapa banyak saluran yang mengalami masalah. Biasanya ia
bermula dari pangkal paha hingga hampir ke buku lali.
Disebabkan luka panjang itu, proses penyembuhan mengambil masa yang
agak lama dan pastinya meninggalkan kesan parut hodoh pada kaki.
Kini dengan Sistem Penuai Mikro Vaskular 100 (VMMS-100), proses
mendapatkan vena bahagian kaki menjadi lebih mudah, cepat dan
menjimatkan.
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mencipta
sejarah baru-baru ini apabila menjalankan pembedahan pertama penuaian
vena menggunakan VMMS-100 ciptaan Dr. Peter Hjc. Sporen dari Belanda.
Teknologi penuaian vena inovatif itu mengambil masa sekitar 10 minit hingga satu jam sahaja bagi seorang pesakit.
"Berbeza dengan teknik lama yang memerlukan kaki pesakit dibedah
dengan luka yang panjang, teknik baru ini ibarat menebuk terowong
dengan hanya empat kawasan sebesar 2 sentimeter," kata Pakar Runding
dan Bedah Kardiotorasik, Prof. Madya Dr. Mohd. Zamrin Simon.
Beliau yang juga Penyelaras Pusat Paru-paru dan Jantung PPUKM
menjelaskan, luka yang sedikit membolehkan pesakit kembali berjalan
dengan cepat dan keadaan ini membantu proses menyembuhkan salur darah
ke jantung itu sendiri.
Selain itu, vena yang diperolehi melalui kaedah tersebut sangat berkualiti kerana ia masih dilitupi lemak.
Kaedah itu juga katanya, sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes kerana ia mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan kuman.
"Pesakit boleh meninggalkan hospital antara empat dan lima hari
selepas dibedah berbanding antara lima dan tujuh hari dengan kaedah
konvensional," jelas beliau.
Prosedur itu juga secara tidak langsung menjimatkan kos yang
terpaksa ditanggung pesakit sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, Dr. Sporen yang turut berada di PPUKM bagi memantau
proses itu berkata, beliau membangunkan teknologi tersebut 15 tahun
lalu dengan tujuan mendapat vena varikos.
Beliau dan pasukannya mendapati teknologi tersebut sesuai digunakan
untuk penuaian vena, terutama bagi pembedahan pintasan jantung.
Beliau berharap dengan teknologi terbaru itu, lebih ramai pesakit
terutama dari negara membangun mampu mendapatkan rawatan dengan
sewajarnya dan berpeluang sembuh sepenuhnya. - Utusan Malaysia Online

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Pusat Jantung Sabah bantu jimat kos rawatan (Utusan Malaysia)
» Malaysia perlu lebih ramai tenaga jururawat mahir (Utusan Malaysia)
» Penguatkuasaan lemah (Utusan Malaysia)
» Denggi makin membimbangkan (Utusan Malaysia)
» Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak