FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Curah jasa tanpa berkira Oleh Shaidah Shafie (Berita Harian)

Go down

Curah jasa tanpa berkira Oleh Shaidah Shafie (Berita Harian) Empty Curah jasa tanpa berkira Oleh Shaidah Shafie (Berita Harian)

Post by Fieza Thu 20 May 2010, 10:16 am

Curah jasa tanpa berkira
Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2010/05/13


Jururawat bukti prihatin, kemanusiaan atasi kepentingan diri

JURURAWAT dan guru, dua bidang berbeza, tetapi kedua-duanya
mempunyai misi yang sama iaitu menabur bakti kepada masyarakat. Begitu
luhurnya kerjaya berkenaan, membuatkan ramai yang memandang tinggi akan
kepada mereka.

Tidak kira di mana ditempatkan, mereka tetap setia berbakti bagi
insan yang memerlukan. Hakikatnya, walau di bumi mana sekalipun
jururawat atau guru dihantar bertugas, jasa dan bakti mereka dipandang
tinggi oleh masyarakat di kawasan itu yang sudah tentu menghargai
khidmat dicurahkan tanpa mengenal erti penat.

Bahkan, kini tugas jururawat sudah menjangkau jauh ke luar daripada
kepompong tempatan kerana ada jururawat dari negara ini menumpahkan
khidmat mereka di hospital mahupun pusat kesihatan di luar negara serta
tidak kurang juga yang memilih menjadi jururawat peribadi dengan gaji
yang lebih lumayan.

Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Ramziah Ahmad, berkata
kerjaya jururawat menuntut kesabaran yang tinggi kerana selain
menghadapi pesakit, jururawat juga mungkin terpaksa menghadapi keluarga
pesakit pada waktu tertentu.

Sehubungan itu, selain perlu memiliki tahap kesabaran dalam diri,
kemahiran berkomunikasi mungkin adalah antara sifat yang perlu ada pada
jururawat yang bertugas di klinik atau hospital.

“Pesakit sudah semestinya perlukan perhatian daripada individu yang
merawat mereka. Pada masa sama, jururawat harus menerima dan bijak
mengendalikan pesakit yang mungkin mempunyai ragamnya sendiri.

“Kita sebagai jururawat sudah tentu akan sentiasa berdampingan dengan mereka.

Pastikan kita beri khidmat dengan penuh keikhlasan, sabar, senyum
dan layan dengan baik setiap pesakit yang di bawah jagaan kita.
Dedikasi yang tinggi diperlukan kerana tugas jururawat sangat mulia,”
katanya ketika ditemui di pejabat beliau di Bangsar, baru-baru ini.

Ramziah berkata, masyarakat mengetahui betapa pentingnya rutin
jururawat dan keadaan akan menjadi kucar-kacir sekiranya tiada
jururawat yang bertindak merawat pesakit di katil hospital.

Begitupun, senario semasa menyaksikan ramai jururawat terlatih di
negara ini memilih bekerja di luar negara atas alasan gaji yang
ditawarkan mahal, ingin menimba pengalaman dan membina kerjaya di luar
negara.

Beliau berkata, diakui ramai jururawat terlatih memilih meneruskan
tugas dan mencurahkan khidmat mereka di luar negara terutama di Arab
Saudi kerana beberapa sebab.

“Ada jururawat memilih bekerja di sana kerana mereka mungkin
memerlukan wang lebih untuk pendidikan anak selain berpeluang
mengerjakan haji atau umrah berkali-kali.

“Bagaimanapun, kerajaan juga melakukan sesuatu untuk mengawal
pengaliran tenaga profesional ke luar. Sistem pengambilan kerja secara
kontrak untuk jururawat di negara ini sudah dilakukan. Jururawat bersara, boleh kembali bertugas dengan memegang jawatan terakhir mereka sekiranya ditawarkan kontrak,” katanya.


Kontrak berkenaan meletakkan jururawat dalam keadaan selesa kerana
sekiranya jawatan terakhir yang dipegang sebelum bersara adalah
penyelia, sekiranya ditawarkan kontrak bekerja, maka jururawat
berkenaan boleh menjawat jawatan penyelia dan menikmati tangga gaji
yang sama seperti sebelumnya.

Ramziah berkata, skim graduan yang diperkenalkan pada 2005 dan
sudah diluluskan juga secara tidak langsung memberi pengiktirafan
terhadap jururawat, manakala bagi jururawat yang memiliki ijazah dalam
bidang berkaitan, mereka akan menerima gaji setimpal dengan kelulusan
dimiliki.

“Bekerja secara kontrak dan skim graduan antara tindakan dilakukan
bagi mengiktiraf tugas jururawat. Selain itu, pelbagai anugerah dan
sambutan meraikan jururawat juga menjadikan kerjaya jururawat semakin
dihargai.

“Pingat cemerlang, dilantik menjadi pengarah untuk pertubuhan
berkaitan juga adalah antara manfaat yang diperoleh jururawat di
Malaysia,” katanya.

Bagi jururawat yang dihantar bertugas di kawasan pedalaman, beliau
berkata, hakikatnya ia adalah satu kebaikan kepada jururawat berkenaan
kerana sebagai individu yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas
terbabit, wajar menjalankannya dengan penuh kesedaran dan
tanggungjawab.

“Berdasarkan pengalaman, apabila bertugas di kawasan pedalaman,
jururawat akan dianggap sebagai sebahagian daripada anggota keluarga
mereka, dihormati dan diberi penghormatan yang sangat memberangsangkan.

“Keadaan ini berlaku kerana jururawat juga dianggap sebagai
individu yang bertanggungjawab menjaga kesihatan komuniti yang ada di
situ,” katanya.

Justeru, tugas jururawat amat wajar dihargai kerana ada ketikanya
dengan tutur kata dan air muka jururawat yang sejuk mata memandang,
kita sebagai pesakit akan berasa pulih sedikit daripada kesakitan yang
dihadapi.

Pengisian sambutan Hari Jururawat

Selaras dengan kehebatan khidmat dan kesungguhan dicurahkan
jururawat pada setiap masa mereka bertugas, sambutan Hari Jururawat
dianggap sebagai satu pengiktirafan yang wajar diraikan oleh semua
jururawat di Malaysia khususnya.

Ramziah berkata, hari berkenaan yang disambut pada 12 Mei setiap
tahun bermula 2006, pelbagai atur cara disusun bagi mengisi sambutan
berkenaan.

“Sambutan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera
(PWTC) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin.

“Ada bacaan doa selamat, ucapan presiden dan penyampaian hadiah
kepada tiga penerima tokoh jururawat yang dibahagikan kepada tiga
kategori, tokoh Jururawat Pendidikan, Komuniti dan Perkhidmatan untuk
tahun ini,” katanya.

Ketiga-tiga tokoh bakal menerima wang, loket emas dan hadiah
iringan lain, manakala pengunjung berpeluang menyaksikan perjalanan
kegiatan ahli persatuan jururawat sepanjang tahun dari seluruh negara
termasuklah dari bahagian kepimpinan.

“Ada juga bacaan ikrar jururawat dan persembahan koir diikuti acara
persidangan media serta forum yang bakal dikendalikan penceramah dari
dalam dan luar negara.

“Acara perayaan ini dijangka tamat pada jam lima petang dan selain
mengikuti acara yang disusun, pengunjung berpeluang meninjau 12 gerai
yang menawarkan pelbagai jenis produk berkaitan,” katanya. Pengalaman sebagai jururawat

Bermula sebagai guru sementara, Ramziah tidak menyangka beliau akan
bertukar ke bidang kejururawatan kerana desakan daripada dalam diri
yang ingin berbakti kepada kedua-dua orang tuanya sementara mereka
masih berada di sisinya.

“Bapa saya, arwah Ahmad Abdullah, menghidap lelah yang kronik.
Beliau sangat menderita dan saya berasa sayalah orang yang boleh
membantu beliau dalam keadaan beliau diserang asma. Saya bertekad
menjadi jururawat kerana ingin merawat beliau.

“Saya sempat menjadi jururawat kepada beliau ketika hayatnya dan
arwah ibu, Salma Abdul Hamid, juga meninggal di pangkuan saya. Saya
puas hati kerana sempat menjadi jururawat kepada mereka sebelum mereka
meninggal dunia,” katanya.

Peristiwa lain yang berbekas di hati Ramziah ialah seorang pesakit
yang menaruh hati kepadanya dan mengajak beliau berkahwin sebaliknya
ajakan berkenaan ditolak dengan cara baik kerana beliau hanya bertugas
memberikan rawatan saja.

“Pesakit berkenaan rupa-rupanya menaruh perasaan kepada saya
sepanjang saya merawat dia. Namun ketika dia bertanya sudikah saya
berkahwin dengannya, saya menerangkan kepadanya saya bersedia menjadi
kawan dan tidak lebih daripada itu.

“Dia menghilangkan diri selama tiga bulan selepas selesai rawatan
dan kemudian datang lagi bertanyakan soalan sama. Jawapan saya juga
sama seperti tiga bulan sebelumnya. Dia berpusing tidak menoleh lagi
dan sehingga kini saya tidak pernah mendengar khabar beritanya lagi,”
katanya.

INFO

Hari Jururawat Antarabangsa 2010:


<li>Tema Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care

</li><li>Hari Jururawat Antarabangsa disambut pada 12 Mei setiap tahun

</li><li>Malaysia juga meraikan Hari Jururawat pada hari yang sama, 12 Mei

</li>Sambutan Hari Jururawat di Malaysia diraikan di PWTC dengan pelbagai pengisian antaranya ikrar, forum dan koir.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Curah jasa tanpa berkira Oleh Shaidah Shafie (Berita Harian) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum