FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Alzheimer : Jangan ambil mudah Alzheimer (Utusan Malaysia)

Go down

Alzheimer : Jangan ambil mudah Alzheimer (Utusan Malaysia) Empty Alzheimer : Jangan ambil mudah Alzheimer (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Sun 24 Oct 2010, 10:49 pm

Jangan ambil mudah Alzheimer

Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Generasi muda dan belia negara ini mungkin tersepit antara tanggungjawab membesarkan anak-anak dan menjaga ibu bapa yang menghidap penyakit Alzheimer jika tahap kesedaran umum tentang penyakit itu diabaikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Alzheimer adalah sejenis penyakit yang biasanya menyerang golongan melebihi umur 65 tahun dan memberi impak besar kepada pasangan hidup serta anak-anak mereka.

“Peningkatan jangka hayat rakyat akan membentuk populasi yang lebih tua berbanding dahulu dan membawa bersamanya penyakit berkaitan usia seperti Alzheimer.

“Keluarga mungkin tidak bersedia menghadapi situasi ini di mana pasangan pesakit yang juga berusia dan sakit-sakit atau anak-anak yang berkeluarga serta berada di kemuncak kerjaya, terpaksa menggalas tugas menjaga ahli keluarga yang menghidap Alzheimer.

“Ubat tiada makna jika tugas kumpulan ‘pengasuh’ ini tidak dihargai terutamanya di kalangan orang muda yang menjadi ‘generasi sandwich’ kerana menjaga dua generasi iaitu anak kecil dan ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Penyakit Alzheimer Antarabangsa Rantau Asia Pasifik Ke-13, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persekutuan Penyakit Alzheimer Antarabangsa, Dr. Daisy Acosta; Penaung Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM), Puan Sri Wendy Ong dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif ADFM, Datuk Dr. Yim Khai Kee.

Anggaran Kementerian Kesihatan menunjukkan Malaysia kini mempunyai 63,000 pesakit Alzheimer dan jumlah itu dijangka berganda kepada 127,000 pesakit dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dengan jangkaan WHO bilangan pesakit akan berganda setiap 20 tahun, golongan muda kini bukan sahaja tergolong sebagai bakal menjadi generasi sandwich, seorang daripada setiap 85 belia juga bakal menghidap penyakit tersebut menjelang pertengahan abad ke-21.

Dalam pada itu, Tiong Lai menegaskan kerajaan akan terus mendokong usaha untuk tidak mengabaikan kesihatan mental rakyat dan orang ramai tidak perlu malu untuk tampil mendapatkan bantuan termasuk untuk penyakit Alzheimer.

Tambah beliau, Jawatankuasa Penasihat Kesihatan Mental juga sedang merangka satu pelan untuk pihak kementerian bertindak lebih awal dalam mengesan dan menangani masalah mental di kalangan rakyat Malaysia di samping usaha menambah kakitangan dan meningkatkan kesedaran umum.

“Kita akan menambah bilangan Pakar Geriatrik (pengurusan kesihatan warga emas) dari 13 orang kini kepada lebih 560 orang kelak mengikut nisbah seorang bagi setiap 50,000 penduduk,” tegasnya.

Selain itu, Tiong Lai turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengambil mudah tentang penyakit Alzheimer kerana rantau Asia mencatatkan jumlah pesakit tertinggi dunia dengan catatan 61 peratus pada 2001 dan dijangka meningkat kepada 71 peratus menjelang 2040.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Alzheimer boleh melawat laman web www.adfm.org.my atau menghubungi Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia melalui talian 03-79562008.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Alzheimer : Jangan ambil mudah Alzheimer (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum