FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berjimat rawat penyakit kanser

2 posters

Go down

Berjimat rawat penyakit kanser Empty Berjimat rawat penyakit kanser

Post by Fieza Sun 11 Dec 2011, 2:09 pm

Berjimat rawat penyakit kanser


Berjimat rawat penyakit kanser Ne_03.1




KANGAR - Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara
RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas
ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua
tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil
kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia
(USM).

Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui
pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek
Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada
kos jauh lebih rendah.

"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca
ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup,"
katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian
lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus
UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.

Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini
memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser
bertambah 40,000 orang setiap tahun.

Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada
pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan
kanser darah.

Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula
menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh
nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam
menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih
tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut
Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari
seluruh negara.

Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para
pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping
menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.
SUMBER : KOSMO
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Berjimat rawat penyakit kanser Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Berjimat rawat penyakit kanser Empty Re: Berjimat rawat penyakit kanser

Post by farah hani Sun 19 Feb 2012, 11:56 am

rawatan alternatif.. kdg2 mujarab. kdg2 xjd lngsung
avatar
farah hani
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Berjimat rawat penyakit kanser Negeri11
Jawatan : jurujual
Gender : Female
Jumlah Post : 76
Umur : 32
Tarikh Register : 15/05/2011
Reputation : 3
Points : 5040

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum