FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

2 posters

Go down

PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan Empty PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

Post by MaStErMiNd Sat 25 Feb 2012, 11:04 am

24 Februari, 2012 21:32 PM


MELAKA, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan.

"Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan). "Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka di sini, Jumaat.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat yang diadakan dengan CUEPACS semalam berlangsung dalam suasana baik dan mereka (CUEPACS) bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA.

Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri.

Mengenai lawatan kerjanya ke Melaka, Najib berkata beliau berpuas hati dengan kerancakan pembangunan dan pembaharuan di negeri bersejarah itu.

"Pada saya, Melaka sedang menghadapi cabaran menguruskan kejayaan...dan inilah yang saya fikirkan cabaran masa datang bagaimana boleh menentukan tahap kemudahan di Melaka dapat ditingkatkan supaya tidak membantut perkembangan kejayaan Melaka," katanya.

Beliau berkata pengusaha-pengusaha hotel juga menyatakan rasa puas hati dengan pelaburan mereka di Melaka.

Beliau juga berkata Barisan Nasional (BN) Melaka secara keseluruhan sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum apabila tiba masanya kelak.


-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan Empty Re: PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

Post by lisster Sun 04 Mar 2012, 3:21 pm

di harap apa yg pm umum kan nnt mat berbaloi kpd geng2 penjawat awam...
avatar
lisster
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan Sarawa10
Jawatan : staff
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 35
Tarikh Register : 04/03/2012
Reputation : 0
Points : 4646

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum