FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiada Cadangan Kurangkan Cuti Umum - Muhyiddin

Go down

Tiada Cadangan Kurangkan Cuti Umum - Muhyiddin Empty Tiada Cadangan Kurangkan Cuti Umum - Muhyiddin

Post by MaStErMiNd Sun 04 Mar 2012, 11:17 pm

04 Mac, 2012 13:35 PM

Tiada Cadangan Kurangkan Cuti Umum - Muhyiddin Image




KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti
umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu
diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti.

Beliau berkata apa yang penting adalah untuk semua pihak meningkatkan
produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus berkembang.

"Ada beberapa perkara yang kita percaya perlu diberi perhatian kalaupun gaji minimum nanti akan ditetapkan.

"Semua pihak ada peranan masing-masing supaya ekonomi terus berkembang,
rakyat dapat faedah daripadanya dan tidak bawa kesan yang boleh
menjejaskan pertumbuhan dan sebagainya. Itu kita ambil kira sebab kajian
sudah dibuat agak mendalam sejak sekian lama," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran
Merdeka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang
disuarakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
dilaporkan berkata produktiviti rakyat akan menurun memandangkan jumlah
cuti umum yang terlalu banyak di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula dilaporkan
berkata dasar mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka
diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan ini.

Muhyiddin berkata butiran mengenai dasar gaji minimum itu akan diumumkan Najib tidak lama lagi.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak terburu-buru dalam membuat
keputusan tersebut sebaliknya mendapatkan persetujuan dengan pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan tersebut termasuklah majikan dan kumpulan
pekerja.

"Semua faktor, kos hidup, inflasi dan pembelaan dari segi wilayah
seperti Sabah dan Sarawak, Semenanjung, keupayaan majikan untuk bayar
dan kesan kepada ekonomi, itu sudah kita ambil kira. Apapun bila sampai
masanya, perkara ini akan dijelaskan secara terperinci apa yang telah
diputuskan oleh pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa dasar penswastaan yang diamalkan kerajaan
sebagai �privatising profit, socialising losses� (keuntungan
penswastaan, kerugian bersosial), Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai
asas dan pertimbangan dalam melaksanakan dasar tersebut.

Katanya pelaksanaan dasar tersebut telah memberikan impak yang baik
dalam kehidupan rakyat, serta tidak dapat dielakkan kerana kerajaan mahu
pihak swasta memainkan lebih banyak peranan pada masa akan datang.

"Sebahagian daripada pertumbuhan yang kita lihat dalam negara adalah
hasil daripada dasar penswastaan. Bukan sekarang, pada masa lepas pun
begitu.

"Ia bukan sahaja penswastaan, ia merupakan peranan sektor swasta yang
ingin ditekankan dalam ETP (Program Transformasi Ekonomi). Ini akan jadi
pemacu utama sosio-ekonomi negara. Sektor swasta akan menjadi enjin
pertumbuhan. Kerajaan akan menjadi fasilitator dan pemudah.

"Mungkin penswastaan kurang dan peranan sektor swasta ditingkatkan bagi
menyediakan apa jua kemudahan yang diperlukan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata keputusan untuk mendakwa pengarah
Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) terletak di tangan Peguam Negara.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan tidak adil bagi mana-mana pihak
membuat andaian awal tentang sesuatu perkara yang belum tentu akan
terjadi.

"Lebih baik kita tunggu keputusan (Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani
Patail). Bila AG (peguam negara) dah buat keputusan, itu kita akan
terima. Dan lepas itu kalau dia dibawa ke mahkamah atau tidak itu akan
diputuskan, mahkamah pula ada sistem untuk bicarakan.

"Kita tak boleh buat sesuatu ramalan di peringkat yang kita tahu masih
belum selesai. Bagi saya biarkan (perkara) ini diserahkan kepada peguam
negara, nanti beliau akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya
ketika diminta mengulas cadangan polis untuk mendakwa pengarah-pengarah
NFCorp atas tuduhan pecah amanah.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum