FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial

Go down

Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial Empty Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial

Post by Info Bola Sepak Thu 29 Nov 2012, 9:14 am


Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial Heather_-3
Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Menurut pakar-pakar psikologi kanak-kanak, anak istimewa yang mempunyai masalah pembelajaran, memerlukan sokongan emosi selain dari kasih sayang bagi membantu mereka berdepan dengan pelbagai rintangan sosial.

Terang pakar-pakar ini, ibu bapa perlu memberi bantuan pada aspek emosi dan sosial bagi anak istimewa mereka membina kekuatan dan ketahanan terhadap kekurangan yang dihadapi.

Menurut pakar fisioterapi di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC) Ida Yasmine Ahmad, bagi anak yang menghadapi kurang upaya pembelajaran, daya keyakinan diri adalah penting.

"Bantu anak anda bina kekuatan dan kegemarannya".

Katanya ibu bapa perlu bersama dengan anak istimewa mereka dalam melakukan aktiviti melingkungi skop keupayaan si anak. Ini akan membantu anak itu mempunyai perasaan 'mahu berjaya' selain membina kecekapan.

PROAKTIF

Menurut Ida Yasmine, individu yang proaktif mampu buat keputusan dan bertindak bagi mengatasi masalah dan mencapai objektif.

"Bagi mereka yang punya kurang upaya belajar, menjadi proaktif boleh membantu mereka menjadi lebih bertanggungjawab.

"Berkomunikasilah dengan anak istimewa anda tentang bagaimana mahu menyelesaikan masalah, tanya dirinya bagaimana dan cara apa beliau gunakan nak selesaikan masalah. Tanya juga bagaimana dia rasa tentang masalah yang dihadapinya. Apa tindakan yang diambilnya?"

Kata Ida Yasmine kesabaran perlu bagi anak istimewa capai objektif walaupun dibelenggu halangan dan kegagalan. Anak yang kurang upaya pembelajaran perlu berusaha lebih keras dan lebih lama kerana ketidakupayaan mereka.

OBJEKTIF

Keupayaan menetapkan objektif yang realistik serta boleh dicapai adalah penting bagi kejayaan dalam hidup.

Ia juga merangkumi fleksibiliti bagi menyesuaikan diri kepada objektif yang berubah mengikiut keadaan, limitasi, kekurangan dan cabaran semasa.

"Bantu anak anda kenal pasti objektif jangka pendek dan panjang.

"Beritahu dia tentang objektif anda serta masalah dan cabaran yang anda hadapi," nasihat Ida Yasmine.

Belia menasihati ibu bapa agar 'meraikan' apabila anak kurang upaya mereka berjaya mencapai sesuatu objektif. Seandainya sukar bagi mencapai sesuatu objektif, bincang bagaimana objektif itu boleh diubahsuai bagi memastikan ia boleh dicapai.

"Bantu anak anda bina hubungan yang baik. Jadi contoh padanya dan tunjukkan bagaimana dan makna membantu orang lain.

"Juga tunjuk cara bagaimana meminta bantuan dalam suasana keluarga," katanya.

STRES

Jika anak kurang upaya pembelajaran dapat mengawal stres dan menenangkan diri mereka, mereka akan lebih mampu mengharungi cabaran yang dihadapi.

"Guna perkataan yang sesuai dan bantu anak mengenali perasaan dan sentimen yang spesifik.

"Mengenali stres dalam hidup anak istimewa adalah penting. Ibu atau bapa mesti peka terhadap manisfestasi stres dalam anak istimewa. bila dalam keadaan stres, anak itu mungkin berperangai lain dari yang sepatutnya.

"Belajar bagaimana hendak kawal stres dalam hidup anda sendiri, jaga pemakanan anda dan dapatkan rehat yang cukup untuk diri anda," nasihat pakar fisioterapi kanak-kanak itu.

GAYA HIDUP SIHAT

Beliau menasihati ibu bapa supaya memberi fokus terhadap gaya hidup sihat mereka serta anak-anak.

"Pembelajaran serta juga penjagaan badan, minda dan tabiat tidur, makan dan senaman anak anda juga penting.

"Jika anak istimewa mempunyai pemakanan yang mencukupi, selain daripada cukup tidur dan senaman, mereka akan lebih fokus serta memberi perhatian dan bekerja keras bagi mencapai objektif mereka.

"Perlu juga beri perhatian terhadap keperluan fizikal dan emosi anda kerana anda perlu sihat untuk anak anda. Anda tidak berupaya membantu jika anda sendiri keletihan dari segi fizikal dan emosi.

"Bila anda sendiri tenang dan mempunyai fokus, sudah tentu anak anda akan lebih yakin kepada kebolehannya sendiri," tegas beliau.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum