DEKATI HATI ANAK ISTIMEWA
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
DEKATI HATI ANAK ISTIMEWA
Dekati hati anak istimewa
Oleh Siti Aishah Ibrahim
BAGI ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja, tempoh 24 jam sehari
dirasakan tidak mencukupi dan terlalu singkat untuk meluangkan masa
bersama anak-anak.
Justeru, setiap kali ada masa terluang jarang dilepaskan dan ada
saja aktiviti yang dirancang untuk bermesra dan mengikat kasih sayang
bersama anak-anak.
Bagaimana pula bagi anak-anak yang kurang bernasib, seperti 120
orang kanak-kanak istimewa di Pusat Kanak-kanak Cacat Taman Megah,
Petaling Jaya, Selangor, yang dahagakan perhatian dan belaian ibu bapa.
Mereka ini hanya mampu mengharap perhatian daripada masyarakat keliling
yang prihatin.
Keadaan tersebut mengundang simpati di kalangan kakitangan Procter
& Gamble yang sanggup meluangkan masa dua jam sekali dalam seminggu
selama 12 minggu untuk bersama-sama kanak-kanak ini.
Biarpun waktu yang diluangkan cukup singkat, ia sudah memadai dan
amat bermakna bagi kanak-kanak ini yang ada di antaranya diabaikan dan
kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi.
Program yang bertemakan Touching Lives, Improving Life itu,
dianjurkan oleh P&G Malaysia bagi membantu kanak- kanak istimewa
dari segi kehidupan, pembelajaran dan kemajuan mereka.
Pengarah Hal Ehwal Luar P&G Malaysia, Samsabaharani Md. Nik
berkata, kakitangan yang terbabit dengan sukarela akan meluangkan masa
kira-kira dua jam dalam seminggu untuk mendekati hati kanak-kanak ini,
sekali gus membantu mereka tentang asas kemahiran hidup.
Ini kerana, sebahagian besar penghuni pusat tersebut mengalami
kecacatan seperti autisme, celebral palsy, disleksia dan sebagainya.
Katanya, aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif
dalam program Open Mind yang diasaskan oleh P&G Malaysia dalam
usaha membantu meningkatkan kehidupan dan pendidikan di kalangan
kanak-kanak istimewa.
“Harapan saya supaya program ini memberi seribu makna, di mana
sebenarnya masih ada kasih sayang, pembelajaran, persahabatan dan
harapan dalam hidup mereka,’’ ujarnya .
Samsabaharani berkata, program berbentuk khidmat komuniti itu,
telah diperluaskan kepada lebih 5,000 kanak-kanak istimewa di lebih 70
buah pusat di seluruh negara.
Menurutnya, syarikat sangat komited dalam membantu kanak-kanak istimewa di negara ini.
“Sebagai buktinya, melalui Open Mind kami telah memberi sumbangan
berjumlah RM6 juta hasil daripada kutipan alam dan kami juga telah
membangunkan pelan induk pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa,”
katanya.
Dalam pada itu menurut Samsabaharani, program Touching Lives,
Improving Life , yang bermula pada pada awal Mac lau dapat membantu
guru-guru dan penjaga-penjaga di pusat tersebut menyediakan sistem
pendidikan yang istimewa dan penjagaan khas yang amat diperlukan oleh
kanak-kanak istimewa.
Di samping itu, ia bertujuan untuk mendedahkan kakitangan syarikat
dan masyarakat mengenai kanak-kanak ini yang amat memerlukan perhatian
dan bimbingan.
“Perbezaan dan kelainan yang dibuat di dalam program ini ialah, ia
lebih memfokuskan kepada apa yang diperlukan oleh kanak-kanak sama ada
dari aspek kehidupan mahupun pendidikan,’’ katanya.
Sumbangan khidmat komuniti ini telah membantu P&G Malaysia
meraih pengiktirafan apabila ia menerima Anugerah CSR Perdana Menteri
2007 pada November lalu. Sebelum ini, ia juga telah memenangi anugerah
Silver Quil daripada International Association of Business Communicatiors (IABC).

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Membantu Anak Istimewa Atasi Rintangan Sosial
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak