FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lesen pengusaha kantin sekolah dibatal

Go down

Lesen pengusaha kantin sekolah dibatal Empty Lesen pengusaha kantin sekolah dibatal

Post by MaStErMiNd Thu 21 Jun 2007, 11:51 am

Lesen pengusaha kantin sekolah dibatal


Kuala Lumpur 20 Jun – Lesen pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Tandop Besar di Kuala Nerang, Kedah dibatalkan serta merta berikutan kes 39 pelajar mengalami keracunan selepas makan nasi berlauk sambal sotong di kantin sekolah itu, Ahad lepas.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata, kementerian tidak berkompromi dengan pengusaha kantin sekolah yang mengabaikan aspek kebersihan makanan.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Muda di Sungai Ramal Luar, Kajang, dekat sini hari ini, Hon berkata, kementerian sedang mempertimbang tindakan ke atas pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 dekat Kota Bharu, Kelantan; dan SMK Ayer Hitam, Alor Star, Kedah; berikutan laporan keracunan makanan di kalangan pelajar semalam.
Di SMK Zainab 1, seramai 57 pelajar mengalami sakit perut, cirit birit dan muntah-muntah selepas menikmati hidangan makan malam.
Dalam kejadian di SMK Ayer Hitam pula seramai 144 pelajar sekolah tersebut mengalami keracunan makanan, dipercayai berpunca dari sambal nasi lemak.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 15 kes keracunan telah dilaporkan, dengan empat daripadanya melibatkan susu kotak dari Program Susu Sekolah (PSS).
Sementara itu, Hon berkata, pemberian susu di bawah PSS masih dibekukan sementara menanti laporan kajian daripada SIRIM.
“Kami mengharapkan agar ia (PSS) boleh dimulakan kembali bulan depan,” katanya.
– Bernama
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum