FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanya Pihak Pentadbiran FAM, Saya Tidak Perlu Jawab - Tengku Abdullah

Go down

Tanya Pihak Pentadbiran FAM, Saya Tidak Perlu Jawab - Tengku Abdullah Empty Tanya Pihak Pentadbiran FAM, Saya Tidak Perlu Jawab - Tengku Abdullah

Post by Info Bola Sepak Fri 07 Jun 2013, 9:41 am


Tanya Pihak Pentadbiran FAM, Saya Tidak Perlu Jawab - Tengku Abdullah Tengku_Mahkota_Pahang_
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pihak pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberi penjelasan kepada Persatuan Bola Sepak Johor (PBSJ) mengenai isu-isu berbangkit membabitkan persatuan itu, kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Makhota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Mereka mempunyai hak dalam memberi pendapat mereka dan bukan saya yang perlu menjawabnya, terserah kepada pentadbiran FAM untuk menentukanya," katanya ketika diminta mengulas mengenai teguran dan kritikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tengku Abdullah tidak menolak kemungkinan ada kebenaran daripada kritikan yang dibuat oleh Tunku Ismail dalam kenyataannya semalam.

Tunku Mahkota Johor menerusi kenyataanya meminta FAM segera berubah bagi memperbaiki mutu bola sepak negara kerana badan induk bola sepak negara itu dilihat gagal memberi layan adil kepada ahli gabungannya serta pada masa yang sama mempersoalkan hak bayaran siaran langsung televisyen berjumlah RM15,000 yang sepatutnya diterima PBSJ setiap kali menjadi tuan rumah perlawanan Liga Malaysia.

Tengku Abdullah berkata beliau tidak tahu mengenai kontrak dengan saluran televisyen berbayar Astro dan pentadbiran FAM perlu meneliti kandungan kontrak bagi menjawab dakwaan tersebut.

"Sekiranya PBSJ ada hak dalam perjanjian itu, FAM perlu bagi apa yang sepatutnya diterima," katanya kepada ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Kejohanan Piala Gurdwara ke-62 dan Festival Sukan Sikh 2013 di Kelab Aman, di sini, Khamis.

Beliau berkata FAM sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang teguran mahupun cadangan dari mana-mana pihak dan sekiranya terdapat kebaikan, FAM akan mengambil iktibar.

"Teguran daripada Tunku Mahkota Johor mungkin ada kebaikannya, namun sekiranya terdapat fakta yang salah ianya harus diperbetulkan," katanya.

Mengenai program pembangunan FAM, Tengku Abdullah berkata FAM memandang serius perkara tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan kewangan yang terbatas.

"Pembangunan bola sepak negara perlu dilakukan secara bersama oleh semua pihak termasuk FAM sendiri, persatuan dan kerajaan negeri, kerajaan pusat mahupun syarikat swasta.

"Sekiranya beban tersebut hanya diletakkan atas bahu FAM sahaja, dalam jangka masa 100 tahun pun tak cukup," katanya.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Tanya Pihak Pentadbiran FAM, Saya Tidak Perlu Jawab - Tengku Abdullah Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum