FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isu Doping: Tamparan Kepada Bola Sepak Tempatan - Tengku Abdullah

Go down

Isu Doping: Tamparan Kepada Bola Sepak Tempatan - Tengku Abdullah Empty Isu Doping: Tamparan Kepada Bola Sepak Tempatan - Tengku Abdullah

Post by Info Bola Sepak Tue 03 Sep 2013, 8:55 am

Isu Doping: Tamparan Kepada Bola Sepak Tempatan - Tengku Abdullah Doping

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan arena bola sepak tempatan bakal menerima 'satu tamparan' jika terdapat pemain mengambil bahan terlarang bagi meningkatkan prestasi mereka.

"Tunggulah saya siasat dulu perkara ini. Kita harus tunggu laporan yang akan dikemukakan.

"Kalau didapati benar, ia satu tamparanh (kepada sukan bola sepak negara)," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DRB-Hicom di sini Isnin.

Beliau mengulas mengenai laporan seorang pemain pasukan Kelantan didapati positif dalam ujian doping selepas tamat aksi perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lepas.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata setakat ini, FAM belum menerima laporan berhubung pemain bola sepak tempatan yang dilaporkan terlibat dalam kes berkenaan.

Berhubung dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, mengenai gejala rasuah yang dikatakan melibatkan pemain negeri itu sepanjang Liga Malaysia musim ini, Tengku Abdullah mengarahkan agar perkara itu disiasat segera.

"FAM khususnya Setiausaha Agung (Datuk Hamidin Mohd Amin) dapat bertindak ke atas laporan itu. Adakah ia benar atau tidak. Perlu membuat segera tindakan susulan untuk membanteras ini (rasuah) habis-habisan," katanya.

Beliau berkata gejala rasuah adalah perkara amat serius yang memerlukan pendekatan dan tindakan yang efektif agar tidak menjejaskan pembangunan sukan bola sepak tanahair.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Isu Doping: Tamparan Kepada Bola Sepak Tempatan - Tengku Abdullah Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum