FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Johor FA Patut Dipersalahkan Dalam Insiden Membakar Mercun - Tengku Abdullah

Go down

Johor FA Patut Dipersalahkan Dalam Insiden Membakar Mercun - Tengku Abdullah Empty Johor FA Patut Dipersalahkan Dalam Insiden Membakar Mercun - Tengku Abdullah

Post by Info Bola Sepak Mon 04 Mar 2013, 11:00 pm


TEMERLOH, 4 Mac (Bernama) -- Johor FA, selaku penganjur perlawanan antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Negeri Sembilan patut dipersalahkan atas insiden penyokong tuan rumah menyalakan suar dan membakar mercun pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tindakan terhadap penganjur perlu diambil kerana ia melibatkan keselamatan para penonton.

"Ini tamparan kepada Johor FA (selaku tuan rumah) mereka kena bertindak, kita sepatutnya tidak boleh benarkan mercun atau bahan-bahan yang membahayakan penonton dibawa masuk," katanya.

Baginda bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh, Lancang, di sini Isnin.

Penyokong tuan rumah didakwa membakar mercun sebagai meraikan jaringan penyamaan Kamarul Afiq Kamarudddin pada minit-83 selepas mereka ketinggalan 0-1 sebelum jaringan Nurul Azwan Roya yang membawa kemenangan pasukan JDT pada minit akhir perlawanan.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata FAM mungkin akan memanggil penganjur bagi menjawab isu berkenaan.

"Selagi ia berulang kena ambil tindakan, ini kerana penganjur yang bertanggungjawab, bukan FAM, perkara ini telah dipersetujui oleh semua pihak dalam komuniti pertandingan (bola sepak).

"Ini soal keselamatan penonton yang tak berdosa, jadi saya nasihatkan janganlah bawa bahan-bahan yang merbahaya macam mercun (ke perlawanan bola sepak)," katanya.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Johor FA Patut Dipersalahkan Dalam Insiden Membakar Mercun - Tengku Abdullah Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum