FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Manfaatkan Kemahiran Pemain Sedia Ada

Go down

Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Manfaatkan Kemahiran Pemain Sedia Ada Empty Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Manfaatkan Kemahiran Pemain Sedia Ada

Post by Info Bola Sepak Wed 20 Mar 2013, 5:04 pm


Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Manfaatkan Kemahiran Pemain Sedia Ada N_27rajagopal
PEKAN, 20 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pemain sedia ada bagi memantapkan pasukan di arena antarabangsa.

Titah baginda, ini kerana pemain terbabit merupakan mereka yang dibimbing Rajagobal ketika menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

"Pemain-pemain sedia ada sekarang masih lagi yang sama sebelum pemain import datang...(kekurangan pemain berkualiti) itu tafsiran dia (Rajagobal)," titah baginda selepas berangkat pada majlis perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald's yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Pekan, Rabu.

Mengenai kenyataan Rajagobal yang dianggap mengkritik dasar pengambilan pemain import oleh FAM, Tengku Abdullah berkata terserah kepada sekretariat dan jawatankuasa tatatertib FAM untuk meneliti kenyataan jurulatih berkenaan.

Titah baginda jika kenyataan Rajagobal itu mempunyai kebenaran, sewajarnya perlu diterima secara positif oleh FAM, namun jika sebaliknya, satu tindakan perlu diambil terhadap pengkritik.

Sementara itu, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden FAM bertitah kekalahan 1-4 kepada Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini merupakan pengajaran kepada skuad kebangsaan dalam persediaan bertemu Yaman di Shah Alam Jumaat ini, bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.

Susulan kekalahan di tangan Arab Saudi itu, Rajagobal dilapor media sebagai berkata Liga Malaysia kini gagal menghasilkan pemain berkualiti khususnya pemain penyerang, susulan kehadiran pemain import.

--BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Manfaatkan Kemahiran Pemain Sedia Ada Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum