FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Safee Sali Kecewa Gagal Bantu Harimau Malaya Tentang Chonburi Fc

Go down

Safee Sali Kecewa Gagal Bantu Harimau Malaya Tentang Chonburi Fc Empty Safee Sali Kecewa Gagal Bantu Harimau Malaya Tentang Chonburi Fc

Post by Info Bola Sepak Sat 13 Jul 2013, 2:44 pm

Safee Sali Kecewa Gagal Bantu Harimau Malaya Tentang Chonburi Fc Safee-Sali


PETALING JAYA, 12 Julai (Bernama) -- Penyerang Harimau Malaya Safee Sali kecewa kerana kecederaan pada pangkal paha kirinya yang belum pulih menafikannya untuk membantu pasukan negara pada perlawanan persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan (16 Julai).

Penggempur Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata kecederaan yang dialaminya ketika JDT menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lepas itu, belum pulih sepenuhnya.

"Kecewa ada...geram pun ada kerana kemungkinan besar saya tidak dapat bersama-sama rakan sepasukan Selasa ini. Lagi pun, lama saya tidak beraksi bersama skuad kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui Bernama pada sesi latihan pusat pertama skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, dekat sini Khamis malam.

Bekas pemain pasukan Pelita Jaya, Indonesia itu, bagaimanapun berharap akan diturunkan pada perlawanan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam pada 21 Julai, bagi menebus kekecewaannya itu.

"Saya harap dapat segera pulih sepenuhnya daripada kecederaan untuk membantu pasukan negara menentang Chelsea nanti," katanya.

Selain Safee, seorang lagi pemain JDT Safiq Rahim terpaksa menjalani latihan berasingan pada hari pertama latihan pusat pasukan kebangsaan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Mengenai latihan hari pertama Harimau Malaya yang bermula semalam, Safee berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana sebagai pemain profesional, mereka sudah biasa menjalani latihan dalam keadaan berpuasa.

-- BERNAMA
 
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Safee Sali Kecewa Gagal Bantu Harimau Malaya Tentang Chonburi Fc Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum