FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

"Colek" Muncul Hanya Semasa Ramadan Di Kelantan

Go down

 "Colek" Muncul Hanya Semasa Ramadan Di Kelantan Empty "Colek" Muncul Hanya Semasa Ramadan Di Kelantan

Post by Info Bola Sepak Mon 15 Jul 2013, 2:37 pm

 "Colek" Muncul Hanya Semasa Ramadan Di Kelantan 13cole10

KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Kelantan amat terkenal dengan makanan yang mempunyai nama agak pelik seperti 'tahi itik', 'ulat bulu' dan 'che mek', namun itulah makanan tradisi rakyat negeri ini yang tiada bandingan.

Selain makanan tradisional itu, ada sesuatu yang lebih istimewa dan ditunggu rakyat Kelantan pada setiap Ramadan iaitu 'colek', sejenis juadah yang lazimnya dimakan selepas umat Islam menunaikan solat tarawih.

Colek ialah masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah terdiri daripada kuah pedas dan manis.

Selain itu, colek juga merangkumi pelbagai aneka buah-buahan yang dipotong halus yang dipanggil penduduk Kelantan sebagai colek buah tetapi dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.

Harga colek bergantung kepada kandungan dan saiznya malah ada kalanya mencecah ratusan ringgit namun dek kerana keenakannya, ramai yang sanggup membayar.

Peniaga di Jalan Kampung Sireh, Noraini Abdul Hamid, 39, berkata gerai coleknya menjadi tumpuan sepanjang Ramadan sejak hampir 10 tahun lalu.

"Selepas tarawih kira-kira 10 malam, mereka yang baru pulang masjid dan surau akan berkunjung ke gerai untuk menikmati colek sambil santai bersama rakan-rakan," katanya yang menjual pelbagai jenis colek seawal 6 petang setiap hari.

Beliau berkata perniagaan colek itu boleh memberi keuntungan tetapi harga bahan mentah seperti ayam, sotong dan udang tidak menentu.

Bagi secucuk pelbagai sosej, beliau menjualnya antara RM1 hingga RM5 berdasarkan saiz.

Noraini yang dibantu suami, Nurmanto Ariffin, 42, berkata apa pun jenis hidangan yang dijadikan colek itu, beliau akan memastikan ia dihidang secara segar.

Sambutan hangat untuk makanan itu juga dapat dilihat di sebuah gerai menjual colek di Cherang yang padat dengan pelanggan yang terpaksa beratur panjang setiap malam.

Kehadiran begitu ramai pengunjung juga menyebabkan kawasan jalan utama sekitarnya begitu sesak sehingga pemilik gerai itu mengupah pengawal lalu lintas untuk melicinkan perjalanan kenderaan di kawasan gerai itu.

Siti Norlida Mohd Akhir, 42, berkata beliau akan datang sekali sekala ke gerai berkenaan untuk membeli colek yang didakwanya antara paling sedap.

"Saya suka colek di sini kerana sedap berbanding di tempat lain. Kuahnya istimewa...tak kisahlah kena beratur untuk membeli atau mendapatkan tempat duduk di gerai ini," katanya.

Colek turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kelantan untuk mereka yang berkunjung ke negeri ini pada bulan Ramadan menikmatinya.

Seorang pelancong dari Perak, Rosmawati Zawawi, 25, berkata beliau mendapat maklumat mengenai makanan itu melalui agensi pelancongan di negerinya supaya mencuba colek selain bertarawih di tempat terbuka di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

"Memang meriah sungguh puasa di Kelantan dan saya gembira dapat menikmati colek yang sememangnya tidak ada di tempat saya di Kuala Kangsar," katanya yang hadir bersama rakan-rakan untuk bercuti di sini.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :  "Colek" Muncul Hanya Semasa Ramadan Di Kelantan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum