FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala Malaysia: Pertahanan Kelantan Perlu Waspada Dengan Pemain Sayap ATM

Go down

Piala Malaysia: Pertahanan Kelantan Perlu Waspada Dengan Pemain Sayap ATM Empty Piala Malaysia: Pertahanan Kelantan Perlu Waspada Dengan Pemain Sayap ATM

Post by Info Bola Sepak Tue 22 Oct 2013, 9:04 pm

Piala Malaysia: Pertahanan Kelantan Perlu Waspada Dengan Pemain Sayap ATM Su_02.1
KOTA BAHARU, 21 Okt (Bernama) -- Barisan pertahanan The Red Warriors diingatkan agar berwaspada dengan kelincahan dua pemain sayap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke IV Jumaat ini.

Pemain pertahanan Kelantan Nik Shahrul Azim Ab Halim yang baharu pulih daripada kecederaan berkata, Venice Elphi Danny Kaya dan D Christie Jayaselan mampu mencipta kejutan dengan beberapa hantaran menarik kepada tiga penyerang berbisa The Gladiators iaitu Hairuddin Omar, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang baru-baru ini.

"Kedua-dua pemain sayap itu mampu mencipta kejutan dengan hantaran bola yang menarik kepada penyerang mereka, justeru pertahanan dan barisan tengah Kelantan perlu bekerja dengan lebih keras bagi mengekang kemaraan kedua-dua pemain berkenaan.

"Walaupun Kelantan mendahului dengan tiga gol sebelum ini, namun kami tidak boleh terlalu yakin untuk menang walaupun bermain di laman sendiri kerana kekuatan Kelantan dan ATM adalah setara," katanya ketika ditemui di sini Isnin.

Pada perlawanan sebelum ini, Kelantan membenam ATM 2-1 menerusi jaringan kapten pasukan, Mohd Badri Radzi pada minit ke-16 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-79 manakala gol tunggal ATM disumbangkan Christie Jayaseelan pada minit ke-20.

Kelantan kini bergantung sepenuhnya kepada pemain import mereka, Obinna Nwaneri bagi mengemudi barisan pertahanan Kelantan selepas Nik Shahrul Azim dan Daudsu Jamaluddin terpaksa direhatkan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan.

Mengulas perkara berkenaan, Nik Shahrul Azim turut berharap agar ketua jurulatih, Bojan Hodak memberinya peluang untuk beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua itu selepas disahkan pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

"Saya kini hampir pulih sepenuhnya dan berharap agar dapat diturunkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan timbal balik nanti dan berjanji untuk memberi persembahan terbaik dalam perlawanan itu.

"Bagaimanapun, saya serahkan keputusan sepenuhnya kepada jurulatih untuk menilai tahap kecergasan kerana hanya bermain selama 15 minit pada perlawanan pertama baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan mengikuti jejak beberapa rakan sepasukannya untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim depan, pemain kelahiran Cabang Empat Salam, Rantau Panjang itu berkata beliau masih setia dengan Kelantan memandangkan kontraknya masih berbaki setahun.

"Tak dinafikan, saya ada terima tawaran lumayan daripada tiga pasukan lain, namun terpaksa ditolak kerana masih terikat dengan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sehingga musim hadapan," katanya.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala Malaysia: Pertahanan Kelantan Perlu Waspada Dengan Pemain Sayap ATM Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum