FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Solat bezakan Muslim, kafir

4 posters

Go down

Solat bezakan Muslim, kafir Empty Solat bezakan Muslim, kafir

Post by Fieza Wed 02 Jul 2008, 7:55 pm

KATA Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.

Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah.. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.


Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”

Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”

Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Antaranya terkandung dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah: 238)

Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.

Penegasan ini menunjukkan solat adalah perkara yang besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya.

Malah, solat juga adalah syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Kita harus berwaspada dengan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengerjakan solat. Oleh itu sesiapa yang tidak solat, sesungguhnya termasuklah dia dalam hukum orang kafir.”

Al-Quran turut memberikan amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat, seperti dalam surah Maryam, maksudnya: “Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab di dalam neraka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” (Maryam: 59-60)

Ibn Abbas berkata, seperti yang disebutkan as-Syams az-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: “Mencuaikan solat yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan solat sama sekali, tetapi maksudnya, mereka mentakhirkan (melengahkan) solat sehingga keluar waktunya.”

Perkara itu dijelaskan Said bin Musayib, dengan menyatakan: “Orang itu tidak solat Zuhur melainkan selepas masuk waktu Asar (dan seterusnya mengenai waktu lain).

Justeru, sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan dia tidak bertaubat, balasan ditetapkan baginya azab seksa di neraka.

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya) . Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” (al-Munafiqun: 9)

Menurut sesetengah ahli tafsir, mengingati Allah (zikir kepada Allah) di sini ialah solat lima waktu. Sesiapa yang cuai kerana harta benda, anak pinak dan segala urusan hidupnya, jadilah dia orang yang rugi.

Menjadi tanggungjawab bagi Muslim juga mengambil berat terhadap ahli keluarganya, mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat, malah menasihati mereka supaya sentiasa memelihara solat fardu yang lima.

“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya. ...” (Taha:132)

Nabi sendiri sentiasa mengambil berat dan mengawasi keluarganya khusus berkaitan solat. Baginda dan keluarga apabila menghadapi kesukaran, lazimnya mengerjakan solat sebanyak-banyaknya.

Cara seperti ini juga sebenarnya menjadi amalan nabi sebelum Baginda dan ia sewajarnya menjadi sunnah ikutan kita kerana banyak kelebihannya, malah menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Solat bezakan Muslim, kafir Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Solat bezakan Muslim, kafir Empty Re: Solat bezakan Muslim, kafir

Post by ruyd Tue 02 Sep 2008, 2:39 pm

Tq Fieza... Cool
ruyd
ruyd
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pernah Merasa Pengalaman Sbg paramedic Student.
Gender : Male
Jumlah Post : 44
Umur : 47
Tarikh Register : 24/12/2007
Reputation : 0
Points : 6175

Character sheet
Mutiara Kata saya: ADA Seringkali Diabaikan Sehinggalah Ia TIADA.

http://www.kom135.com

Back to top Go down

Solat bezakan Muslim, kafir Empty Re: Solat bezakan Muslim, kafir

Post by tam Sun 26 Oct 2008, 5:42 pm

setengah dari setengah drpd org kita apabila masuk waktu solat barulah nak ingat tuhan....
jadi antara waktu ke waktu tu lupa.....
padahal jarak antara waktu solat tu berapa jam lamanya....
antara zohor dgn asar dah brapa jam lupa pd tuhan....
subuh dgn zohor..brapa jam..?
kita lalai.......sibuk dgn kehidupan dunia.....
itu pon belum tentu solat yg kita buat diterima oleh tuhan......
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Solat bezakan Muslim, kafir Empty Re: Solat bezakan Muslim, kafir

Post by rubaniibrahim Sun 08 Mar 2009, 11:29 am

Islam mempunyaai trademark tersendiri, tak bolih nak ditulis dan dinyatakan kerana ianya terlalu menyeluruh. masalahnya penganut Islam tiada mengikuti trademark itu dan itulah terjadinya rupa Islam tapi tak tau adakah sebenarnya ianya mengikuti landasan yang sebenarnya...
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Solat bezakan Muslim, kafir Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

Solat bezakan Muslim, kafir Empty Re: Solat bezakan Muslim, kafir

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum