FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

07082008

Post 

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi - Page 3 Empty Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi




Pengenalan Tibi

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi - Page 3 Doktor-menulis-logo
Bahagian Pertama

WALAUPUN rawatan perubatan moden untuk penyakit tibi adalah yang paling berkesan dan paling murah untuk sesuatu penyakit yang boleh membawa maut, tibi masih lagi merupakan salah satu punca utama kesengsaraan dan kematian di seluruh dunia.

Tibi adalah suatu penyakit berjangkit. Ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Kuman yang menyebabkan penyakit tibi ialah sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium tuberculosis.

* Sejarah

Penyakit tibi diketahui wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi di mana terdapat kesan-kesan penyakit tibi di tulang belakang mumia Firaun.
Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.

Ibnu Sina di dalam bukunya Kanun Perubatan mengetahui bahawa tibi diumpamakan sebagai suatu penyakit yang berjangkit.

Pada kurun ke-16, tibi dikenali sebagai consumption. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”.

Pada tahun 1950an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).

Pada kurun ke-19, tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Tibi pada masa itu juga dipanggil hawar putih untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch. Beliau menemui bakteria mycobacterium tuberculosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah dijadikan hari memperingati tibi sedunia pada tiap-tiap tahun.
Penyakit tibi tidak mengenal batasan sama ada kekayaan atau kemasyhuran seseorang.

Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun 1984 telah diserang penyakit tibi.
Ahli politik ke ahli falsafah, raja-raja ke orang biasa, pelukis ke paderi, doktor ke ahli muzik, semuanya pernah menghidap atau mati disebabkan oleh penyakit tibi.

* Situasi global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan peningkatan penyakit tibi setiap tahun dan dianggarkan insiden tibi mencecah 12 juta sehingga tahun 2005.
Satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti kuman tibi dan setiap tahun, tibi membunuh hampir dua juta penduduk dunia.

* Tuberkulosis Secara Klinikal

Kuman Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara dan titisan daripada pengidap penyakit tibi aktif.

Selain daripada itu, penyebaran penyakit ini adalah melalui pemakanan di mana pada suatu masa dahulu semasa susu tidak dipasturkan, kuman mycobacterium bovis dari susu lembu diminum dan menyebabkan tibi di bahagian usus.
Tibi juga boleh menjangkiti seseorang di kulit secara terus jika terdapat luka yang terbuka di kulit. Walau bagaimanapun cara yang paling biasa ialah melalui udara yang tercemar dan titisan.

Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.

Kuman tibi akan melalui salur pernafasan dan menghinggap di bahagian atas paru-paru (selalunya paru-paru sebelah kanan). Seseorang yang mempunyai sistem daya tahan (imuniti) yang baik boleh melawan kuman tibi ini secara semula jadi. Jangkitan kuman tibi kali pertama juga boleh diatasi dengan tidak memakan apa-apa ubat.

Bagi mereka yang sistem daya tahan badannya rendah (immunocompromised/immunosuppressed), mereka tidak terdaya untuk berbuat demikian . Mereka ini boleh mendapat jangkitan yang terus menular ke dalam salur darah dan limfa atau kedua-duanya sekali. Ini dipanggil tibi primer (Primary Tuberculosis).

Bagi mereka dengan sistem imuniti yang baik, mungkin terdapat 20 peratus kuman tibi hidup secara dorman (tidak aktif) di dalam klasifikasi granuloma (calcified granuloma).

Jika pada suatu masa sistem daya tahan badan golongan ini terjejas, kuman-kuman yang dorman itu boleh membiak semula secara aktif dan menyebabkan jangkitan tibi aktif semula (reactivation tibi).

Proses yang berlaku ialah pembentukan granuloma, radang paru-paru dan kaviti-kaviti (lubang-lubang) di dalam paru-paru.

Kuman tibi membiak secara aktif di dalam kaviti-kaviti sehingga berjuta-juta kuman berkembang dan apabila pesakit batuk, bercakap atau bersin, berjuta-juta kuman dikeluarkan ke udara seterusnya mencemari udara.

* Rawatan

Rawatan tibi melibatkan pengubatan dikenali sebagai Short Course Chemotherapy (SCC) selama enam hingga sembilan bulan.

Pada dua bulan pertama, iaitu dipanggil fasa intensif, pesakit mengambil ubat pada setiap hari. Pada bulan seterusnya, pesakit mengambil ubat dua hingga tiga kali seminggu yang dipanggil continous atau maintenance therapy.

Pemberian ubat adalah secara DOTS (Directly Observed Therapy Short Course). DOTS adalah kaedah rawatan yang mempunyai lima cabang.

Salah satu cabang DOTS ialah pesakit dimestikan memakan (menelan) ubat di hadapan pemberi rawatan atau di hadapan seseorang yang boleh dipercayai seperti anggota kesihatan, ibu, isteri, ketua kampung dan sebagainya.

Buku rawatan mesti ditandatangani. Ini adalah penting kerana rawatan tibi mengambil masa berbulan-bulan dan pesakit mesti dipastikan memakan ubat tanpa putus.

Jika tidak, penyakit boleh datang semula dan kemungkinan kuman tibi akan menjadi rentan (membentuk ketahanan) kepada ubat tibi.

– BERSAMBUNG minggu hadapan

dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi - Page 3 Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8036

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi :: Comments

noriatul

Post Thu 16 Oct 2008, 9:00 pm by noriatul

tau aje....yang aniq sebok sgt apesal? tak susahkan aniq pun kan....????

Back to top Go down

noor_asmidar

Post Fri 17 Oct 2008, 3:54 pm by noor_asmidar

aniq nagn nori jgn gaduh....
org tua2 ckp kalau gaduh2 cepat berjodoh pulak nnti.... Laughing Laughing

Back to top Go down

angellus_aniq

Post Fri 17 Oct 2008, 7:31 pm by angellus_aniq

noriatul wrote:tau aje....yang aniq sebok sgt apesal? tak susahkan aniq pun kan....????







susah ler....hehehe.da org tanye suh tanye pakar lak....name jerk nurse...ahaks...jangan mara haa...nati kena jual.....hahaha

Back to top Go down

angellus_aniq

Post Fri 17 Oct 2008, 7:33 pm by angellus_aniq

noor_asmidar wrote:aniq nagn nori jgn gaduh....
org tua2 ckp kalau gaduh2 cepat berjodoh pulak nnti.... Laughing Laughing




ni sorang la nak kena ketuk gan aku ni.....hehehe
suke2 dia jerk nak berjodoh2 pulak....
ade jerk yg kena suntut free nati...ahaks...wakakaka

Back to top Go down

noriatul

Post Sat 18 Oct 2008, 5:10 pm by noriatul

angellus_aniq wrote:
noriatul wrote:tau aje....yang aniq sebok sgt apesal? tak susahkan aniq pun kan....????







susah ler....hehehe.da org tanye suh tanye pakar lak....name jerk nurse...ahaks...jangan mara haa...nati kena jual.....hahaha


dh memang asmidar lebih pakar...so, lbh baik tanya dia hehehehehe!!

Back to top Go down

avatar

Post Thu 23 Oct 2008, 10:49 pm by soleha

ok maceh...kami dah tau...dulu ader member cakit tb,masa last2 dia amik tretment dia disahkan ngandung....laa nie dah salin pun...Alhamdulillah...baby dia ok ...cuma nak tau dari yg labih arif la...

Back to top Go down

angellus_aniq

Post Fri 24 Oct 2008, 5:26 pm by angellus_aniq

selamat menimang cahaya mata yg bebas dari TIBI.......

Back to top Go down

PpKp_ Harith

Post Fri 24 Oct 2008, 7:31 pm by PpKp_ Harith

nk batuk tu cover2 sikit...kang anak dlm perut tekejut.
hiiiiiiiiiii

Back to top Go down

unta^selsema

Post Wed 29 Oct 2008, 12:28 pm by unta^selsema

mmber aku pon sakit TB jgk...pas kawin terus kena..kurus kering dia.tp x-ray dia ok..streptomycin pon dia x amik,ubat2 tablet pon x mkn..aku pon heran...slidik punya slidik,rupa2nya bkn sakit TB tuberkulosisi tu..dia sakit TB-Takut Bini....sian dia.. cyclops

Back to top Go down

noriatul

Post Wed 29 Oct 2008, 2:31 pm by noriatul

unta^selsema wrote:mmber aku pon sakit TB jgk...pas kawin terus kena..kurus kering dia.tp x-ray dia ok..streptomycin pon dia x amik,ubat2 tablet pon x mkn..aku pon heran...slidik punya slidik,rupa2nya bkn sakit TB tuberkulosisi tu..dia sakit TB-Takut Bini....sian dia.. cyclops


kesian ar kawan ko hahahahahahahaha!!!!
gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan

Back to top Go down

nyamok

Post Wed 29 Oct 2008, 4:42 pm by nyamok

noriatul wrote:
unta^selsema wrote:mmber aku pon sakit TB jgk...pas kawin terus kena..kurus kering dia.tp x-ray dia ok..streptomycin pon dia x amik,ubat2 tablet pon x mkn..aku pon heran...slidik punya slidik,rupa2nya bkn sakit TB tuberkulosisi tu..dia sakit TB-Takut Bini....sian dia.. cyclops


kesian ar kawan ko hahahahahahahaha!!!!
gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan

nak gelak jugak....
gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan
gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan

agak2 ko jadik cmtue x nnt unta?......

Back to top Go down

unta^selsema

Post Wed 29 Oct 2008, 6:35 pm by unta^selsema

patut le time kuar dgn aku,kejap2 pass report kat bini dia..takut tol dia..hihi..

aku insyaalah x cmtu kot..saper x syg bini oiiiii..hahahahahaaaaa

Back to top Go down

noriatul

Post Wed 29 Oct 2008, 7:12 pm by noriatul

nyamok ada nk x laki yg 'TB'? hehehehehehehehe!!!

Back to top Go down

unta^selsema

Post Wed 29 Oct 2008, 8:59 pm by unta^selsema

nyamok suke le tu kalo laki dia TB..hak3 Cool

Back to top Go down

angellus_aniq

Post Tue 04 Nov 2008, 6:34 pm by angellus_aniq

hmm....ini TB lain sda ni....ahaks

Back to top Go down

noor_asmidar

Post Wed 05 Nov 2008, 8:27 pm by noor_asmidar

aah laaa....
awk org da cter TB lain nie.... Rolling Eyes

Back to top Go down

unta^selsema

Post Wed 05 Nov 2008, 8:50 pm by unta^selsema

noor_asmidar wrote:aah laaa....
awk org da cter TB lain nie.... Rolling Eyes

yela2 makcik...sowy...nori..mok..udah..jgn ckp psl TB yg tu lg ea..ckp psl tuberkolusis jep pasni...hik3 rabbit Razz Razz

Back to top Go down

noriatul

Post Wed 05 Nov 2008, 10:44 pm by noriatul

ayok...asmidar dah marah huhuhuhuhuhu!!
takuttttttttt!!!! wakakakakakaka!!

Back to top Go down

angellus_aniq

Post Thu 13 Nov 2008, 6:05 pm by angellus_aniq

jangan mara....nati kena jual....ahaks... Smile

Back to top Go down

avatar

Post Thu 08 Jan 2009, 11:33 am by eryn

saye nk kan contoh soalan selidk tentang penyakit TIBI bleh x??penyakit ini xde buku khas....penat cari...soalan saye kene reject 5 kali dh bosan btol... Laughing confused

Back to top Go down

noriatul

Post Tue 13 Jan 2009, 8:43 pm by noriatul

cari la buku communicable disease banyak penerangan pasal TB dlm tu..

Back to top Go down

Fieza

Post Sat 17 Jan 2009, 12:33 pm by Fieza

Malaysia belum bebas tibi

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Tuberkulosis / Penyakit Tibi : Pengenalan Tibi - Page 3 Kn_01.1
KONDISI yang dinamakan miliary tibi di paru-paru terjadi apabila tahap imuniti amat kurang pada pesakit. – Gambar hiasan


ADAKAH anda mengalami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan
dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ia, awas kerana
kemungkinan telah dijangkiti kuman tibi.
Mengikut fakta sejarah, tibi atau nama saintifiknya, tuberkulosis telah menyerang manusia sejak zaman Firaun lagi.
Lebih teruk, ia dipercayai menjadi pembunuh utama di Eropah pada kurun ke-16 dan 17 dahulu.
Artikel kesihatan kali ini bertujuan untuk mengimbas kembali
kesedaran pembaca tentang bahaya kuman ini sebagai peringatan dan
nasihat demi mewujudkan komuniti yang sihat sepanjang hayat.
Kalau ada suara yang pernah mengatakan bahawa Malaysia bebas
daripada kuman tibi, kenyataan tersebut boleh disangkal kerana menurut
Pakar Perubatan dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul
Malik Jamal Buhari, negara sebenarnya belum pernah bebas daripada kuman
berbahaya tersebut.
“Tidak dinafikan sejak 15 tahun lalu, kes tibi berkurangan di negara
ini kerana wujudnya kesedaran kesihatan serta imunisasi yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap warga Malaysia,” jelasnya.
Di Malaysia, 85 peratus kes tibi melibatkan paru-paru sementara 15 peratus lagi melibatkan tibi pada anggota badan lain.
Jelasnya, kuman tibi disebarkan melalui titisan udara setiap kali
seseorang pesakit yang telah dijangkiti kuman ini bersin, batuk,
bercakap dan sebagainya.
“Kuman tersebut boleh terapung di dalam udara selama beberapa minit,
titisan halus dalam istilah Inggeris, respiratory droplet yang terhela
di udara boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja yang terhidunya.
“Selain itu, kepadatan penduduk serta sistem pengudaraan yang tidak
baik mendedahkan risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan ini juga,”
jelas beliau.
Dr. Malik berkata, salah satu cara untuk mengurangkan risiko tibi
ialah tinggal dalam kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
“Individu yang duduk di kawasan yang padat dan tidak bersih senang
dijangkiti. Mengikut perangkaan, 10 hingga 20 orang tinggal dalam satu
kawasan yang padat memang berisiko untuk terkena jangkitan penyakit
ini,” tambah beliau.
Bagaimanapun, orang awam yang tinggal atau bekerja berhampiran
kawasan pembinaan yang dipenuhi pekerja asing tidak perlu risau kerana
risiko jangkitan amat rendah.
“Ini kerana kawasan pembinaan adalah kawasan terbuka justeru kuman tidak boleh tersebar dengan mudah,” jelas beliau lagi.
Dr. Malik berkata, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai kuman tibi di dalam paru-paru.
Namun, kuman ini tidak bertindak disebabkan sistem imunisasi yang
kuat. Sebab itulah seseorang itu disarankan menjaga kesihatan ke tahap
yang optimum supaya tidak mudah dijangkiti apa jua penyakit.
“Begitupun perokok berisiko tinggi untuk menghidap tibi kerana adanya pertukaran dalam sistem imuniti mereka.
“Merokok mengurangkan tahap imuniti samalah seperti pesakit yang menghidap diabetes.
“Apabila merokok, lapisan penghalang utama di dalam paru-paru iaitu
mukosa menjadi rosak dan kebarangkalian untuk dijangkiti kuman tibi
adalah tinggi,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Dr. Malik berkata, tibi yang menyerang pada bahagian
paru-paru tidak boleh menyebabkan kematian mengejut kecuali tibi yang
dijangkiti pada bahagian otak.
“Selain itu, kondisi yang dinamakan miliary tibi di paru-paru terjadi apabila tahap imuniti amat kurang seperti yang berlaku pada pesakit HIV dan kanser.
“Pesakit ini berisiko untuk kematian mengejut dalam beberapa hari selepas dijangkiti,” tambah beliau.
Walaupun media cetak tidak pernah lupa untuk mendedahkan tentang
tentang bahaya tibi, kes melibatkannya tetap dapat dikesan setiap tahun.
Untuk info saintifik, tibi sebenarnya adalah sejenis penyakit
sebaran udara yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis
berbentuk rod panjang.
Semua berisiko menghidapinya dan penyakit ini boleh dielak serta diubati jika mendapat rawatan yang tepat.
Rawatan bagi penyakit ini bergantung pada tahapnya. Biasanya pesakit
tibi pulmonari memerlukan masa antara enam hingga sembilan bulan untuk
sembuh.
Pesakit tibi bahagian lain mengambil masa yang lebih lama sehingga dua tahun untuk proses rawatan selesai.
Pengambilan ubat amatlah penting sehinggalah doktor mengesahkan pesakit telah betul-betul sembuh.
sumber utusan melayu

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum