FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Risiko, ciri demam berbeza

Go down

30082008

Post 

Risiko, ciri demam berbeza Empty Risiko, ciri demam berbeza




Risiko, ciri demam berbeza


Risiko, ciri demam berbeza Kn_01.1
Demam memberi kesan berbeza kepada kanak-kanak dan orang dewasa.



DEMAM! Boleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan
besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Demam menjadi antara
perkara yang perlu dilalui semua individu yang pernah mengalami
jangkitan kuman atau penyakit tertentu.
Sememangnya kebanyakan kes demam melibatkan demam biasa yang jarang
sekali mengancam nyawa. Namun, bila sahaja disebutkan terdapat
penularan kes demam denggi, malaria, chikungunya atau kepialu, ramai
pula yang cuak dan khuatir diri menghidap demam yang berbahaya.
Rasa khuatir sebegini timbul akibat rasa cemas yang ditambah
kurangnya kefahaman tentang penyakit tersebut. Di sini, tindakan
sewajarnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar
perubatan, media dan juga Internet supaya punca demam yang dihadapi
dapat ditangani sewajarnya.
* Membezakan
Demam sememangnya satu kebiasaan tetapi kita sebagai manusia biasa,
yang pasti akan demam berulang kali lagi kelak, perlu juga membiasakan
diri dengan maklumat dan cara membezakan demam yang biasa atau yang
berbahaya. Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom (petanda)
kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula
jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti
juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap
jangkitan kuman atau toksin.
Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra
Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz menjelaskan ciri asas demam adalah
peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred
tertentu.
“Biasanya, suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C, dengan suhu
antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah dan suhu melebihi
39°C sebagai gred tinggi.
“Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit,” katanya.
Menurut beliau, suhu demam yang terlalu tinggi atau melebihi 41°C
boleh membawa maut kerana enzim di dalam badan tidak boleh berfungsi
pada suhu terlalu tinggi.
Dalam membezakan antara demam biasa atau yang berbahaya, Dr. Nor
Izham menegaskan tempoh seseorang itu demam lebih penting daripada suhu
badan ketika demam.
“Demam biasa cuma bertahan selama beberapa hari. Sebagai contoh,
demam akibat jangkitan virus dengan suhu melebihi 40°C selama dua atau
tiga hari tidak bahaya.
“Demam melebihi satu minggu pula mungkin berbahaya sementara demam
melebihi 14 hari mungkin petanda masalah lebih serius dan berisiko
membawa mudarat kepada pesakit,” jelasnya.
Beliau memaklumkan bahawa, jika pesakit mengalami demam kronik yang
berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya, ia mungkin petanda kepada
penyakit lebih teruk seperti jangkitan pada jantung (endocarditis),
kanser, penyakit sistem imuniti, tibi atau demam kepialu. Demam juga
dikatakan menjadi antara tindak balas semula jadi badan menentang sel
kanser terutamanya bagi kes kanser buah pinggang, leukemia dan limfoma.
Dr. Nor Izham turut menegaskan demam berbeza dengan hyperthermia
(strok haba) yang menyebabkan peningkatan suhu badan akibat suhu
persekitaran luar terlalu panas.
“Dalam kes hyperthermia, sumber haba datang dari luar, badan akan
kekurangan air dan pesakit akhirnya mungkin maut akibat dehidrasi atau
suhu terlalu tinggi untuk enzim badan berfungsi,” jelasnya.
* Mula dan akhir
Menurut Dr. Nor Izham, peningkatan suhu akan menyekat pembiakan
kuman (jika jangkitan) dan membolehkan sistem imuniti bertindak
membunuh kuman tersebut sebelum ia merebak.
“Demam bermula dengan badan membebaskan bahan dikenali pyrogen yang akan menyebabkan suhu badan meningkat.
“Pyrogen boleh dihasilkan di dalam badan (endogenous) atau datang
dari sumber luar (exogenous), seperti dari lipopolisakarid (LPS) pada
bakteria,” ujarnya.
Tambahnya, demam akan diiringi ciri-ciri berbeza mengikut puncanya, yang turut menentukan tahap bahaya yang dihadapi pesakit.
Mengambil contoh demam denggi, Dr. Nor Izham menjelaskan pesakit
mungkin mengalami kekurangan air akibat muntah, cirit-birit atau
pendarahan.
“Kerosakan pada platelet dalam kes denggi membawa kepada pendarahan
yang boleh merosakkan buah pinggang, paru-paru dan hati pesakit.
“Di sini kematian berlaku bukan akibat suhu demam yang tinggi,
sebaliknya akibat kehilangan cecair badan (air dan darah) melalui
dehidrasi dan pendarahan teruk,” katanya.
Kebiasaannya, demam akan berakhir tanpa komplikasi besar dan pesakit
akan kembali sihat sepenuhnya selepas berehat beberapa hari.
Memandangkan demam membantu pemulihan badan, ia tidak semestinya
`dirawat’ kecuali peningkatan suhu berlaku secara mendadak,
membahayakan nyawa pesakit atau berpanjangan terlalu lama.
Sebagai antara petanda penting badan yang memaklumkan terdapat
kepincangan dalaman, demam juga dapat membantu pemantauan penyakit atau
jangkitan, serta sebagai penanda aras keberkesanan rawatan yang
diberikan. Perkara utama untuk pesakit yang demam adalah mengelakkan
dehidrasi dengan mengekalkan kandungan air badan secukupnya.
* Bahaya pada kanak-kanak
Dr. Nor Izham turut membangkitkan satu risiko besar yang mungkin hadir bersama demam di kalangan bayi dan kanak-kanak.
“Suhu terlalu tinggi atau naik mendadak di kalangan bayi dan
kanak-kanak prasekolah meningkatkan risiko berlakunya sawan (tarik).
“Kejadian sawan (tarik) ini biasa dilihat di wad pediatrik setiap
bulan. Ia mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh
hanya satu atau dua hari selepas demam bermula,” ujarnya.
Menurut beliau, kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak.
Namun, beliau menjelaskan risiko sawan akan hilang dengan
peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang
dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau
kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak.
Dr. Nor Izham memaklumkan kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.
“Jika pesakit muntah ketika sawan, ia boleh masuk ke paru-paru dan menghalang laluan udara dan bekalan oksigen ke otak.
“Oleh itu, jika berlakunya sawan (ketika demam), posisi pesakit
perlu dibetulkan bagi membuka laluan udara dan mengelakkan sebarang
halangan salur pernafasan,” tegasnya.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi demam anak supaya suhu
tidak meningkat mendadak dengan menjelum menggunakan tuala basah,
memberi air secukupnya dan juga ubat bersesuaian.
Beliau turut menegaskan pentingnya anak dibawa ke hospital jika demam menjadi semakin teruk dan gagal dikawal.
“Demam itu sendiri tidak membunuh. Tetapi perlu berwaspada supaya
tidak membawa kepada komplikasi lain yang mengancam nyawa pesakit,”
tegasnya.
dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Risiko, ciri demam berbeza Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum