FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selangor, Kelantan Alami Nasib Berbeza Pada Piala AFC

Go down

Selangor, Kelantan Alami Nasib Berbeza Pada Piala AFC Empty Selangor, Kelantan Alami Nasib Berbeza Pada Piala AFC

Post by Info Bola Sepak Wed 24 Apr 2013, 9:38 pm


Selangor, Kelantan Alami Nasib Berbeza Pada Piala AFC 44813_562570290430722_1838499595_n
SHAH ALAM, 24 April (Bernama) -- Dua pasukan Malaysia yang bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor dan Kelantan mengalami nasib yang berbeza pada perlawanan kelima kumpulan masing-masing, Selasa malam.

Selangor terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum mencatat keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan kelab India, Kingfisher East Bengal FC, dalam saingan Kumpulan H di Stadium Shah Alam manakala Kelantan dimalukan wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation, dengan kekalahan 1-6 di tempat lawan.

Di Shah Alam, skuad Gergasi Merah jelas mempamer aksi hambar pada awal permainan sehingga membuka peluang kepada pasukan pelawat melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Hasilnya, kelab India bimbingan jurulatih dari England, Trevor James Morgan membuka tirai jaringan menerusi penyerang import dari Nigeria, Penn Ikechukwu Orji pada minit ke-22 ekoran kelalaian benteng pertahanan Selangor.

Pendahulu Kumpulan H itu menambah derita pasukan Selangor bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan gol kedua oleh Lalrindika Ralte pada minit ke-53.

Tersentak dengan dua jaringan itu, Irfan memasukkan beberapa pemain utamanya seperti S.Kunalan serta Mahalli Jasuli, dan strategi berkenaan membuahkan hasil apabila mereka berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-79.

Terdahulu, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Manadeep Singh dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan Ng Kai Lam dari Hong Kong kerana melakukan terjahan keras ke atas Kunalan pada minit ke-77.

Pemain pertahanan skuad Gergasi Merah, Adib Aizuddin Abdul Latif muncul wira pasukan tuan rumah dengan menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan separuh masa kedua untuk mengikat wakil India itu dengan keputusan 2-2.

Keputusan itu sudah mencukupi untuk kelab India berkenaan mengesahkan slot ke pusingan kedua manakala Selangor harus menunggu perlawanan terakhir menentang wakil Singapura, Tampines Rovers, di tempat lawan pada 30 April ini bagi memastikan slot ke pusingan berikutnya.

Sementara itu, dalam saingan kumpulan G, Kelantan dimalukan di Stadium Nasional Maldives meskipun penyerang skuad The Red Warriors, Mohd Haris Safwan Kamal, mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh perlawanan, sebelum ditimpa malang apabila Mohamad Zamri Ramli dibuang padang pada minit ke-28 kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-28.

Kelab Maldives bimbingan Mahfooz Ismail mengambil kesempatan dengan menjaring enam gol masing-masing menerusi Ahmed Rasheed (minit ke-40), Abdulla Asadhulla (minit ke-56), Easa Ismail (minit ke-77), Adhuham Hassan (minit ke-82 dan 85) dan Ali Imran pada minit ke-88.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Selangor, Kelantan Alami Nasib Berbeza Pada Piala AFC Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum