FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Strategi tidurkan anak

2 posters

Go down

Strategi tidurkan anak Empty Strategi tidurkan anak

Post by Fieza Sun 21 Dec 2008, 10:13 am

Strategi tidurkan anak


Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.
Strategi tidurkan anak Fa_02.1
LUANGKAN seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur.



MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.
Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa
mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan
oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang
paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada
ibu bapa yang ditemubual.
Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:
*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur
*Perlukan banyak kesabaran
*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling
*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur


Mengapa anak tidak dapat tidur?

Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus
berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin
terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin
meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.
Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk
anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap
orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin
memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.
Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan
dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada
setiap hari.
Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.


Ingatan' waktu tidur

Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda
memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu
tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Nak, sudah
tiba masa tidur' atau 'Selamat malam' atau ayat pujukan lain yang boleh
membantu.
Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.


Selesanya katil

Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan
ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan
katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.
Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran
besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan
perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah
berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.
Strategi tidurkan anak Fa_02.2
SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.



Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD
di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.


Tip-tip penting

*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya
peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan
juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.
*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus
bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan
meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba
yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.
*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk,
mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya.
Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku
cerita, permainan jigsaw atau 'menidurkan' anak-anak patung di katil.
*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau
video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk
terlelap.
*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia
terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan
waktu bermain yang telah 'ditinggalkan' apabila terjaga sebelum ini.
Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil
yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia
memuaskan hati setiap orang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bbc.co.uk/parenting.


dicetak dari kosmo online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Strategi tidurkan anak Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Strategi tidurkan anak Empty Re: Strategi tidurkan anak

Post by rozila Sat 27 Dec 2008, 5:16 pm

betul tu...setuju sangat-sangat dengan artikel ni fieza..

satu lagi kan...kalau anak tak leh tido...kemungkinan dia lapar....jadi bagi dia makan kenyang-kenyang siang hari tu.... pasti malam dia cepat tidur...
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Strategi tidurkan anak Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum