FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Usah halang anak bermain

2 posters

Go down

Usah halang anak bermain Empty Usah halang anak bermain

Post by Fieza Tue 12 May 2009, 7:05 pm

Usah halang anak bermain

Oleh BINTU RASYADA A.RAHMAN
Foto ABDUL NAZIR MOHAMED




MASIH segar di ingatan, ketika zaman kanak-kanak di kampung, kita
menghabiskan waktu petang dengan bermain teng-teng, galah panjang,
pondok-pondok, rounders dan adakalanya menangkap ikan di sungai atau parit.
Waktu itu, kita bermain sepuas-puasnya dan ibu bapa jarang sekali
menegah malah mungkin menjadi rahmat buat mereka kerana tidak
mengganggu tugas mereka di rumah.
Hujung minggu dan cuti sekolah juga banyak dihabiskan dengan
bermain, dari pagi hinggalah ke petang. Tidak cukup dengan itu, ketika
di sekolah kita juga aktif menyertai sebarang kegiatan sukan.
Itu kisah yang berlaku suatu ketika dahulu. Namun atas perubahan
masa dan desakan waktu, kita yang dahulunya tidak pernah tahu duduk
diam tatkala ada kelapangan mengambil pendekatan sebaliknya pula
terhadap anak-anak.
Waktu bermain dan bersukan anak-anak dihadkan. Sebahagian daripada
kita beranggapan sukan dan permainan akan menjejaskan tumpuan anak-anak
terhadap pembelajaran. Kecenderungan untuk mencatatkan kejayaan yang
cemerlang dalam akademik dan sikap berlumba-lumba untuk memperoleh A
dalam peperiksaan menyebabkan kita menegah mereka untuk bersukan dan
bermain.
Tambahan pula dengan persekitaran yang semakin terhad dan tidak
selamat terutama bagi mereka yang tinggal di bandar, kegiatan yang
mengeluarkan peluh tidak lagi dipedulikan dan akhirnya waktu anak-anak
hanya dihabiskan dengan menonton televisyen serta bermain permainan
video di rumah.
Pengarah Cawangan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara, Zaiton
Othman berkata, berdasarkan pengalamannya, sukan dan permainan
memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak.
"Tidak ada cara atau kaedah yang lebih berkesan dalam membantu
mereka mengecap kecemerlangan dalam pelajaran melainkan dengan cara
bersukan dan bermain," ujar beliau yang juga merupakan bekas jaguh
pecut negara suatu ketika dulu.
Menurutnya, mereka yang terlibat secara aktif dalam sukan dan
permainan didapati lebih mudah menerima pembelajaran kerana ia bukan
hanya melibatkan fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap
perkembangan diri secara menyeluruh iaitu kognitif, sosial, rohani dan
emosi.
"Kalau kita lihat negara-negara sedang membangun seperti Jamaica,
Cuba dan beberapa negara di Afrika, penerapan mengenai pentingnya sukan
bermula dari dalam perut ibu lagi.
"Seterusnya ketika kanak-kanak mereka diasuh untuk bersukan. Ini
kerana mereka percaya, kekuatan fizikal boleh memberi sumbangan kepada
negara," kata Zaiton.
Jelas beliau lagi, ketika bersukan dan bermain, seseorang itu secara
tidak langsung belajar untuk memimpin, membuat keputusan dengan pantas
dan tepat, menghormati antara satu sama lain serta menempuh pengalaman
berjaya atau gagal.
"Contohnya, ketika bermain bola keranjang, seseorang itu perlu
membuat keputusan dengan pantas untuk menghantar bola kepada siapa, apa
tindakan yang harus dilakukan seterusnya dan bagi mereka yang bergelar
kapten pula, pastinya permainan ini membantu mereka menyerlahkan bakat
kepimpinan," katanya.
Kesemua tindakan yang dilakukan ini, ujar beliau dapat melancarkan otak sekali gus membantu kebolehan analitikal seseorang.
Dengan bersukan juga katanya, seseorang akan belajar menerima
hakikat kegagalan seterusnya mereka akan bangkit kembali untuk meraih
kejayaan. Ini menjadi motivasi terbaik yang mendorong mereka untuk
bergelar insan cemerlang.
Daripada pengalaman yang dilaluinya, Zaiton kini menggunakan kaedah yang sama untuk anak perempuannya yang berusia lima tahun.
"Saya akan biarkan dia bermain sepuas-puasnya dan tidak memaksa seandainya dia tidak mahu mengulangkaji pelajaran.
"Hasilnya saya dapat lihat anak saya mudah menerima pembelajaran,
menjadi sangat berdikari dan seorang yang berani dalam membuat
keputusan walaupun pada usia yang masih terlalu muda," katanya.
Jelas beliau lagi, peringkat kanak-kanak adalah suatu tempoh yang
sangat penting dalam mencorakkan masa depan mereka. Bagi kanak-kanak di
bawah 12 tahun misalnya, melalui keseronokan seperti inilah yang
membantu mereka mengecap kecemerlangan dalam pelajaran.
Dengan memberi contoh Datuk Nicole Ann David, Zaiton berkata, Ratu
Skuasy Negara itu turut meraih kecemerlangan dalam pelajaran selain
hebat dalam sukan.
"Beliau (Nicole) seorang yang rajin menjalani latihan dan jika
dilihat pada jadualnya mungkin kita menganggap beliau tidak mempunyai
masa untuk menelaah pelajaran," ujarnya.
Sebaliknya kata beliau, bagi atlet yang sederhana pencapaian dalam
sukan pula, mereka juga hanya memperoleh keputusan sederhana dalam
akademik.
Dengan bersukan dan permainan juga kata Zaiton akan membantu
kanak-kanak untuk memperoleh tidur yang berkualiti pada sebelah malam.
Dan ini sekali gus memberi kesegaran kepada tubuh badan mereka untuk
memulakan hari berikutnya dengan penuh keyakinan serta fokus.
Selain itu katanya, sukan juga amat baik untuk kanak-kanak yang
menghidap asma di mana terdapat beberapa kes yang membuktikan penghidap
penyakit ini berjaya sembuh selepas melibatkan diri dalam bidang sukan.
Menjawab soalan mengenai keadaan persekitaran masa kini yang tidak
sesuai untuk kanak-kanak bermain pula Zaiton berkata, ibu bapa perlu
memainkan peranan demi memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka.
"Ambil inisiatif dengan meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya
dua kali seminggu sambil memantau anak-anak bersukan dan bermain di
luar.
"Bawalah anak-anak bermain badminton atau berbasikal misalnya,
biarkan badan mereka berpeluh dan biar mereka berseronok," ujarnya.
Selain itu, beliau juga menyarankan kepada ibu bapa agar memilih
kediaman yang berdekatan dengan padang permainan dan gelanggang sukan
bagi memudahkan penglibatan anak-anak mereka dalam kegiatan ini.
dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Usah halang anak bermain Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Usah halang anak bermain Empty Re: Usah halang anak bermain

Post by azrunia Sun 18 Jul 2010, 12:17 am

Usah halang anak bermain Lol betul2........perkebangan otak tur.......
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Usah halang anak bermain Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Usah halang anak bermain Empty Re: Usah halang anak bermain

Post by azrunia Tue 03 Aug 2010, 10:29 pm

apapun perlu berhati dan pengawasan, jangan kita leka membiarkan mereka bermain......
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Usah halang anak bermain Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Usah halang anak bermain Empty Re: Usah halang anak bermain

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum