FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Koleksi Tips Semanis Kurma

3 posters

Page 5 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:31 pm

tiPs MengOraT!!

Tips Mengorat Wanita Pada Saat Pandangan Pertama


jangan terlalu bergantung pada tips ini kerana ianya hanya sebagai bantuan tidak rasmi sahaja. Sebarang kekacauan dan kegagalan anda untuk memikat wanita atau gadis remaja idaman anda, diRa tidak jamin. Jadi, sila baca yaa..

(Dikereta)
Cowok : Mbak jangan pegangan sama besi kereta..
Cewek : Emang kenapa..?
Cowok : Kayaknya besinya kotor tuh.. pegangan sama aku aja… )

Cowok: Maaf mba, jangan terlalu lama duduk dikursi itu, pindah dideket saya aja
Cewek: Loh?? kenapa??
Cowok: Takut dikerubung semut.. soalnya mba manis..

Cowok : Mbak, orang tuanya pengrajin bantal ya..?
Cewek : Hah..!!!? bukan..Emang kenapa..?
Cowok : kok kalo deket sama mbak rasanya anget yach..

Cowok : Mbak bajunya enggak pernah disetrika ya..?
Cewek : Enak aja… emang kenapa..?
Cowok : biasanya kalo cewek udah cantik enggak perlu lagi nyetrika baju..

Cowok: “kamu itu seperti sendok…”
Cewek: “Kenapa?”
Cowok: “Karena kamu ngaduk-ngaduk perasaan aku…”

Cowok: “Kamu sekali-sekali nyuci piring dooonk”
Cewek: “Hah? emang kenapa ?”
Cowok: “Ini tangan kamu terlalu lembut…”

Cowok: “Kamu pasti enggak pernah maen bola ya..”
Cewek: “Iya laaah.. emang kenapa…?”
Cowok: “Soalnya kaki kamu bagus banget….”

Cowok: “Mbak punya uang koin ? Boleh minta ?”
Cewek: “Buat apa ?”
Cowok: “Aku udah janji sama ibu kalau aku akan menelepon dia bila aku jatuh cinta”

Cowo: Eh eh.. gw ada tebakan neh
Cewe: *excited* .. ok ok.. apa tebakannya
Cowo: Panda apa yang paling imut manis dan lucu?
Cewe: Semua panda mah imut kali..
Cowo: Engga.. ada satu yg paling ga ngebosenin..
Cewe: Nyerah deh..
Cowo: Panda-ngin kamu sepanjang hari..
Cewe: Ah.. abang ah.. (malumalubego)
Cowo: DD (cangengesan kaya kuda nyengir)

Jack : Dewi kok kamu msh marah sih ama aku ? katanya kamu selalu memberikan seribu maaf untukku ?
Dewi : Sapa suruh mau percaya ? kamu @#$% yah…
Jack : Emang aku ini bodoh…tapi aku bukan org @#$% yang menyukai dirimu..
Dewi : ………..

co: kemarin aku liat ada 1000 bintang di langit (ngomong sama cwe)
ce: ah yang bener??
co: iya bener, tapi sekarang tinggal 998 bintang…
ce: lho…kow bisa ilang dua?
co: iya 2 bintang yang ilang itu ternyata ada di dalam mata kamu (sambil liat matanya dalam2)

co: bapak kamu maling ya?
ce: ih….kow jahat sie bapak ku dibilang maling. kow gitu?
co: iya soalnya kamu pintar banget mencuri hatiku..

co: bapak kamu nahkoda ya?
ce: enggak kow….
co: tapi koq aku ingin sekali berlabuh di pelabuhan hatimu….

Lo tatap dia dengan penuh perasaan, trus
ketika dia nanya..
“Lo kenapa sih?”
Lo tanya ke dia..
“Sakit ga sih?”
cewe: Sakit kenapa?
Lo: Bidadari kaya lo, jatuh dr langit..
Sakit ga sih?

Co: “Hey Laura!! (Big Hug), I haven’t seen you FOREVER!!!! (Huge KISS) Wow, you’ve really have changed!!!
Ce: “Wait, I’m not Laura..”
Co: “What? Oh my God, You even changed your name!!!

co : say, 1 + 1 berapa ??
ce : 2 say
co : salah mustinya itu 1
ce : koq isa
co : karena nanti cinta ku dan cintamu akan melebur menjadi 1
ce : ah say bisa aje de :

co : gw lage bingung neh
ce : bingung napa ??
co : iya bingung,aja. .kok lo bisa ada disini ya sekarang ..??
ce : loh maksudnya ??? (tambah bingung juga )
co : iya, soalnya gw pikir bidadari tuh adanya di kahyangan
ce : *&^$^&

ce: bang, kalo aye jadi bunga, abang jadi apa?
co: abang pengen jadi matahari neng…
ce: kok ga jadi kumbang sih bang??
co: kan bunga ga bisa hidup tanpa matahari neng…
ce: mmm,, kalo aye jadi bulan, abang, jadi apa?
co: abang tetep pengen jadi matahari neng…
ce: kan matahari ma bulan ga isa ketemu bang??
co: kan bulan bisa bersinar karena sinar matahari neng..

co : kamu tahu apa definisi dari indah ??
ce : mm..yg jelas indah itu cantik…
co : well bener sih, tp menurut gw…indah itu adalah saat dimana kita ngga merasakan sedikit pun keburukan di dalamnya ..kmu pernah ngerasain yg begitu ???
ce : mungkin kalee ya
co : klo aku sering bgt…dan itu adalah saat….. diriku bersama dengan dirimu
ce : :malu
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:37 pm

TipS MenGhaRgAi PaSaNgan


Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya……….
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:38 pm

Tips Memecah Kebisuan

Bertemu seseorang yang memikat namun tak ada kalimah yang keluar untuk memulakan percakapan? Jangan panik dulu. Tak usah memikirkan kalimat-kalimat berat atau canggih untuk diungkapkan sebagai bahan percakapan dengannya.

Cuba percakapan ringan yang tak perlu memerah otak untuk menjawabnya. Seperti contoh berikut ini:

1. Saya suka nama awk. Darimana awk berasal? Percakapan ini boleh menjadi kalimah pembuka bicara yang akan mendekatkan anda dan si dia untk mengenali lebih jauh.

2. Terakhir awk berkunjung @ bercuti ke negara mana? Jika dia suka pada traveling, dia akan suka menceritakan dengan anda. Bahkan mungkin sehari suntuk!

S1 sudah selesai, ada rencana mengambil S2? Dia akan menerangkan itu-ini yang diminatinya. Bahkan siapa tahu dia akan minta pendapat Anda.

Apa restoran kesukaan kamu? Dia akan senang hati menceritakan tempat kesukaanya. Siapa tahu mungkin dia mengajak Anda di kunjungan berikutnya!

Apakah hal paling spontan yang pernah kamu lakukan kali terakhir? Jika dia tak dapat menjawab, katakan saja Anda juga lupa apa hal spontan terakhir yang pernah dilakukan.

Apa yang sedang kamu baca kebelakangan ini? Ini akan menunjukkan minatnya mengenai bahan bacaan. Siapa tahu kalian boleh saling bertukar buku dan berbicara selanjutnye mengenai bahan bacaan anda..

Siapa di kalangan ahli keluarga yang paling dekat? Dijamin, secara automatic dia bercerita itu ini, mengenai kakaknya yang cerewet atau ibunya..

Apa saja yang ada di iPOD @ mgkn MP3 kamu? Kalau dia tak paham apa itu iPOD,mungkin selera musiknya memang payah.

Apa filem terakhir yang kamu tonton? Mungkin dia akan menyebut filem yg mungkin kamu suka..di situ..kamu telah mendapat peluang untuk mengajaknye keluar..barangkali menonton wayang bersama
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:42 pm

Tip Bersemuka Dengan Bekas Kekasih Suami

Kasih sayang, cinta dan rindu adalah emosi manusia yang sukar untuk diubahkan. Sama juga dengan marah, benci dan dendam. Seolah-olah macam tidak boleh dikawal. Namun, kita semua tahu bahawa mengawal perasaan dan tidak bertindak mengikut perasaan adalah wajib untuk menjadi manusia yang waras dan adil serta lurus di jalan Allah swt.

Dalam kita berusaha menahan diri daripada melakukan perkara tidak sepatutnya, perlu kita memastikan pergaulan dengan suami itu tidak melampaui batasan dalam Islam (sentiasa dalam redha-Nya). Ini kerana, status seorang isteri terhadap suaminya masih seperti sedia kala walaupun hati terluka dengan kecurangan suami.

Apabila ada masalah, cara yang terbaik ialah bawa berunding dan bawa berbincang. Berikut adalah panduan-panduan supaya pertemuan dengan bekas kekasih suami yang bakal diadakan mencapai matlamat dan dapat menemui jalan penyelesaian. Antara panduan-panduan tersebut:

1. Sebelum bertemu, sebaik-baiknya lakukan solat hajat dua rakaat supaya Allah swt memberikan kekuatan kepada kita.

2. Bacalah surah Al-Insyirah dan doa-doa penerang hati supaya niat dan pertuturan mudah difahami dan memberi kesan kepada hati orang yang mendengar.

3. Bawalah orang lain sebagai teman supaya dapat mengawal keadaan sekiranya keadaan tidak terkawal. Maklumlah, ada kalanya masalah yang kecil akan menjadi besar sebab masing-masing ingin mempertahankan tindakan masing-masing dan kedua-dua belah pihak saling tuduh-menuduh atas apa yang terjadi dan cuba menyalahkan satu sama lain di atas apa yang berlaku. Akibatnya, emosi dan perasaan tidak dapat dikawal sehingga menyebabakan berlakunya ugut-mengugut dan boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan bukan penyelesaian yang diharap-harapkan.

4. Sepanjang perbincangan masing-masing boleh cuba bertenang, bersikap terbuka dan bertimbang rasa. Elakkan daripada terlalu emosional, kawal tingkah laku dan perbuatan sendiri supaya tidak menyebabkan pihak lain marah dan hilang sabar.

5. Utamakan nama baik, maruah dan nilai-nilai yang terbaik sepanjang perbincangan berlaku.

6. Kedua-dua belah pihak perlu sanggup berkorban demi mencari penyelesaian. Apabila satu pihak berkorban, pihak yang satu lagi mesti mengambil sikap menghargai pengorbanan tersebut.

7. Jangan bawa orang yang kita tahu adalah kaki gaduh, nanti mereka akan mengapi-apikan supaya kita bergaduh.

8. Jangan tergopoh-gapah, banyakkan bertenang terutama semasa sedang mencari jalan penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah segala usaha dan ikhtiar yang kita telah lakukan, maka hendaklah kita iringi dengan doa kepada Allah swt agar segala konflik serta masalah rumah tangga kita akan berakhir dengan izin-Nya. Anggaplah ini satu dugaan daripada Allah swt di mana kesan daripada kejadian tersebut dapat memberi hikmah yang berguna kepada mereka yang terlibat.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:42 pm

Cinta Lebih Bermakna Tanpa Tekanan

Tidak dinafikan, saat bercinta juga boleh memberikan tekanan apabila timbul perselisihan faham. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh anda elakkan semasa bercinta agar tidak berlaku tekanan, iaitu:

1. Jangan terlalu serius dalam perhubungan

Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.

2. Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda

Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan percintaan.

3. Jangan meletakkan kebahagiaan anda di tangan pasangan anda semata-mata

Menurut Abraham Lincoln, kebahagiaan terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi, jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.

4. Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak

Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagiaan anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.

5. Jangan pendam perasaan

Sesetengah pasangan cuba mengelak untuk membincangkan konflik yang dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati selagi tidak diubati.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:44 pm

Suami Isteri Romantik

Walaupun kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.

Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.

Hari pertama

Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.

Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.

Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua

Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.

Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

Hari ketiga

Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat

Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima

Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.

Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam

Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh

Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.

Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:45 pm

Cemburu keterlaluan boleh bawa padah

KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.

“Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.

Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.

Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.

Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

“Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.

“Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.

“Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.

“Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.

Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.

“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.

“Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.

2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.

3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang

4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.

5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.

6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:50 pm

Petua Rasulullah Membina Keluarga Bahagia

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu juga isteri yangberada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.

Dari Aisyah ra,"Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku."Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.

Membelai antara satu sama lain

Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua" (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri - menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra berkata "Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw." Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:"Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman."

Bersukan

Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit.

Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:51 pm

Secrets To Get To The Heart Of Your Loved One

There are 3 types of Love Language; according to the author, Tracy Cabot (How to make a man fall in love with you), you have the Visual, the Auditory and the Feeling style. We use all of those 3 ways to communication but one is predominant.

How can we identify the styles?

Visual expresses enthusiasm or stress similar to those comments:  Don t you SEE how this is amazing?! "or" You'll SEE. You'll love it "or" "You don't LOOK in a great shape today". An Auditory will say "This SOUNDS good" when a Feeling will say "This FEELS good. I have the IMPRESSION that will work "or" I know how you FEEL "or" "I understand &"

With Visual, it's the look that counts. They usually are well dressed. They take care of their appearance. They relax in a beautiful, well harmonized environment. Things have to be in order around them. They look for partners who take care of their looks too. When visual think, their eyes look up in the air because they are "visualizing" what they will say or the situation in their mind. They will tell you "how things looked". They don't talk about their feelings early in the relationship because they need to "see" where the relationship is leading first. They like to watch television, read, arts, landscaping, etc & anything that stimulates their eyes.

An Auditory are very sensitive the sounds around them. They always have music at home or in their car. They talk a lot because they like to "hear" themselves talk. They are easily distracted by noise. They adore being talked softly in the ear. The quality of the voice of their partner can be a true turn on or a definitive turn off. An Auditory will look on the side when they think because they have to hear the voice in their head. Auditory will tell you "how things sounds". Auditory will have the latest stereo system in town, they prefer going to concerts, they like to talk on the phone and they have a special talent for music.

A Feeling person reacts on intuitions and their guts. They are willing to sacrifice elegance for comfort (no high heels for women and tight collar shirt for men). They want to feel great at all times and in every situation. They look for partners who are great at sharing feelings. They are perceived as people with a great heart. Women are easily seduced by Feeling Men because they have the ability to express their sensitive side and are great listeners, so common to women's needs.

Feeling people like to touch, to kiss and they greatly need a constant physical expression from their partner. Feeling people look down when they think because they need to get the "impression". Feeling people will tell you "how things felt". They like to relax lye in the sun, work out, massage, drink, and dance, and eat great foods. They will most likely do risky activities because of the rush of extreme sensations. They are looking for trills.

If you are with a partner that has the same communication style as yours, enjoy yourselves. If you have two different communication styles, don't conclude that you are not made for one another and it's maybe time to see a counselor (a therapist or & a lawyer!). This article will give you more tools to help communication at the maximum and get a deeper connection with your mate or future mate.

How can we capture the heart of a Visual, an Auditory or a Feeling person?

With Visuals, you need to use visual terms; from my "perspective", I can "see" what you mean, the more I "look" into this, the more it "seems" nice, I "observed" how wonderful you are with kids, etc &...

Visual need to be stimulated with what they see; always have a neat house, with harmonized colors, be dressed elegantly in every situation (wearing jeans can be elegant with a nice matching color and style top). Be sexy. For lovemaking, always have a little light, or candle, because it turns them on to see their partner enjoying sex. Look in the eyes show them that you care for them and you are attentive. Visuals like to make scenarios.

They usually don't rush in the lovemaking because they need to admire first. They need to "see" it. Also, they don't communicate in words their feelings. They show them instead. Be sensitive to their generosity. Don't share your feelings too early in the relationship. Show them instead how you feel and how you are. They'll get the picture.

Auditory will be worried about the noise in the house. Quietness and great music atmosphere sure gets them to come around often. Use a soft voice when speaking to them even when you are fighting. You will need to speak in sound language; your voice "turns" me on, that has a negative "ring", tell me, what do you think? I'm "listening", this sounds "wonderful", the "rhythm" is perfect, etc.. Think verbal reassurance. Looking in the eye won't have the same effect. Auditory often ask if you love them. For lovemaking, use a sensual sweet "radio voice" in their ear.

Describe how you feel during the heat of the passion. Sounds of lovemaking will have a powerful effect on them. They usually don't notice the new dress or new haircut that you just had, but they will gladly listen on how you got that new dress or new haircut, as long as they are in an environment that allows listening. They are really interested in who you are. Not on how you look. They are the best listeners.

With a Feeling person, use feelings word; that "feels" good, I'd hate to "disappoint you", I don't really "connect" with that person, I can't wait to "touch" you, I "feel" that we are going somewhere, let me give you a "massage", etc...They can be perceived a passionate people because they express their feelings so much. They need to know how you feel, very early in the relationship. They expect to be touched by their partner a lot and they do the same.

They often complain about insensitivity of their partners. Play with their hair while you talk to them, in the car, while you are driving, keep one hand on the leg, take walks and hold hands, wear satin underwear, make hot bath, etc...Feeling people can make lovemaking in any situation because they need the touch only. They are not necessarily the neat one or the most elegant either, but they will truly appreciate the complete you.

Pay attention of the dominant type of you and your partner's. Practice the appropriate communication style until it becomes natural. Reducing challenges in a relationship increases the chances of lasting romance. Now, you have a way to capture the heart of anyone that you want, if you are single, and you can re-ignite the fire if you are in an unsatisfying relationship and get what you and your partner wants, because the connection will be deeper. I am a strong believer of ''say anything that you want'' to your partner. But, there are ways of saying things. You just learned on how to make yourself heard and understood properly and receive your partner's needs and caring expressions right.

Believe me. You'll see the difference ;-)
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:52 pm

30 petua kukuh ikatan cinta

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di
dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini
termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia
bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan
bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta
sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu
bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap
perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih
pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada
pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan
akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang
berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah
akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif
terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta
maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan
akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-
bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki
akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,
mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada
diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada
kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk
berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap
pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki
janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan
bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan
sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:53 pm

Isteri Idaman??

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:55 pm

Faktor Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari
pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang
terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup
anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk
membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah
sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi
orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga
mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat
keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang
memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor berikut :

1. TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua
tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan
berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih
pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang
melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa
bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan
kurang berdasarkan hakikat .

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang
lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi
amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira
denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan
keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar
pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan
sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka
impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam
perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi
semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa
bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia
memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda
berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku
pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas
baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri
sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke
akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika
pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki
botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah
diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda
berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang.
Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui
tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita
mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.
Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda.
Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang
sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan
menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat
mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang
ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang
faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan
sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu
hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan
menginginkan orang lain buat selamanya.

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan
memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina
kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak
ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau
lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah
akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi
pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua
miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar ,
tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.
Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami
isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran
bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing
masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang
boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi
berkesan.

9. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan
pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu
cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara
mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh
kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka
berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian
masing masing sebelum berkahwin
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:56 pm

76 tips memenangi hati wanita

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum
anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda
sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan
kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi
tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia
memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila
masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum
itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula
apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam
kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan
beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah
kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati
anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung' .
Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami
yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan
salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan
padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk
berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke
rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan
cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia
tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan
biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan
buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV.
Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu
dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah
dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia
hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa
kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang
patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,
satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang
terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau
kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta
padamu'.

27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang
dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong
buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda
selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika
itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda
menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya,
itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk
dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan
bertujuan untuk jima'.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan
mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak
ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda
kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda
boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya
untuk menentukan di mana hendak makan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:56 pm

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia
suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau
diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-
sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar
pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain
ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-
anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang
lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya
serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda
boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-
tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu
yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan
menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan
selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak
pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang
menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari
ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar
anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah
tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal
dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda
ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara
yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.
Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah.
Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik
minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima
melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan
yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika
hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya.
Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'.
Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata
kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku
yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar
seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal
bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa
anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa
yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu
padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah
melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan
memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil
untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan
cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa
dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk
wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut
gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri
anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:57 pm

Nasihat untuk wanita

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:59 pm

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:00 pm

Tip Suami Isteri - Cari alternatif kekal bahagia

Bercinta sering mengundang pelbagai perasaan. Ada juga yang mengatakan, betapa indahnya percintaan kerana segalanya bagaikan penuh kenikmatan.

Apapun, tidak semua diimpikan akan tercapai apabila dua insan daripada latar berbeza tidak mencapai kesepakatan, kurang memahami selain tiada lagi persefahaman.

Lebih membuatkan hati terluka apabila pasangan berlaku curang. Baik wanita mahupun lelaki, kecurangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:

- Kurang benteng keimanan. Jika sifat mata keranjang tidak dibentengi keimanan, sudah pasti menimbulkan peluang untuk berlaku curang.

- Kadangkala, lelaki jatuh cinta pada wanita yang se akan-akan ibunya. Dia jatuh cinta kerana menganggap wanita itu akan berkelakuan seperti ibunya.

Namun harapan tinggal harapan apabila isterinya tidak seperti yang diharapkan lantas suami cuba mencari yang lain.

- Suami rasa tersingkir. Isteri mungkin tidak cukup masa melayan suami kerana lebih banyak memberi perhatian pada anak lantas suami mungkin berasa dirinya tidak lagi di perlukan.

- Hasrat biologi yang tidak dipenuhi oleh pasangan dalam kehidupan rumah tangga mungkin membawa akibat buruk jika tidak diselesaikan segera termasuk masalah ketidak puasan dalam hubungan seksual.

- Kebosanan boleh menyebabkan suami kadangkala rasa tidak puas dengan rutin hidup seharian. Dia mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru sehingga kadangkala terjebak dalam situasi yang tidak sepatutnya.

Pasangan harus mencari alternatif supaya kebahagiaan dapat dipertahankan. Memberi peluang kedua kepada suami curang mungkin langkah terbaik.

Isteri juga harus berubah sikap kerana tidak semua ke salahan berpunca daripada suami.

- Jika senang bercerita dengan teman, amalkan sikap bercerita dengan pasangan. Jadilah seorang yang suka men dengar, menerima dan menunjukkan minat pada setiap perkara yang diminati pasangan.

- Berkasih sayang antara aspek penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan ka ta-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan.

- Ambil berat. Bertimbang rasa pada pasangan kerana sikap itu akan membuatkan pasangan anda lebih positif.

Luangkan masa menelefonnya biarpun hanya seketika. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:01 pm

Tip mengharmonikan suasana rumah tangga

*** Tenang

Ambil sedikit masa untuk menenangkan fikiran kamu apabila perasaan ingin marah semakin menjelma. Kamu seharusnya pergi ke tempat lain atau ke satu sudut yang dapat mententeramkan jiwa amarah dan lepaskan ledakan itu di sana.

Sekiranya perlu, ambil waktu untuk pulihkan semula keadaan walaupun dalam masa yang lama. Setelah keadaan kembali tenang, temui kembali pasangan dan selesaikan masalah secara profesional dan bukannya dengan cara bertikam lidah.

Paling berkesan, sekiranya pasangan menimbulkan kemarahan atau membuat sesuatu yang boleh mencetuskan pergaduhan seperti mencerca dan berkata kesat kepada kamu, jangan kamu menyahutnya. Sebaliknya, hendaklah kamu berkata: 'saya sedang berpuasa'.

*** Hindari berkata, 'selalu' dan 'tidak pernah'

'Kamu selalu bersikap begini' atau 'kamu tidak pernah sedikitpun memahami perasaan saya'. Ucapan seperti ini seringkali terlontar dari mulut kamu mahupun pasangan pada setiap kali kemarahan memuncak. Padahal, penggunaan kata-kata seumpama ini akan mengeruhkan lagi keadaan kamu berdua. Hindari ucapan sedemikian atau cuba luahkan dengan cara yang lebih spesifik dan jelas.

*** Jauhi kata 'putus'

Walau apa pun masalah yang dihadapi, pertengkaran bukanlah faktor utama berakhirnya sebuah perhubungan. Jadi, janganlah sesekali kamu mengakhiri dengan mudah perhubungan yang dijalin sejak sekian lama atau mendeklarasikan hubungan kamu yang telah berakhir.

Fokus perhatian kamu pada intipati masalah yang sedang berlaku. Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus emosi yang tiada kesudahan dan titik noktahnya.


*** Toleransi

Taktik bagus untuk menenangkan dan mendinginkan suasana adalah dengan berkata lembut dan halus kepada pasangan yang sedang 'panas' hati. Bersikap lebih toleransi, sabar dan tempatkan diri kamu di posisinya. Jika kamu tidak pernah melakukan hal ini terhadap pasangan, jangan harapkan dia akan berbuat perkara yang sama kepada kamu.

*** Jangan akhiri pertengkaran dengan pertengkaran

Ini bermaksud, jangan menjadikan pertengkaran yang berlaku itu berlarutan sehingga memberi kesan mendalam kepada kedua-dua pasangan. Siapa yang mulakannya dahulu bukannya menjadi persoalan penting, jika kamu berdua setuju untuk berdamai. Hentikan tindakan atau ucapan yang boleh mengeruhkan lagi pertengkaran baru.

*** Ucapan 'maaf'

Kata-kata ini sememangnya memiliki kekuatan magis yang amat besar dalam menyelesaikan pertengkaran. Mohon maaf sekiranya kamu menyakiti hati pasangan, selama tercetusnya pertengkaran, meskipun pertengkaran itu bukan berpunca daripada kamu sendiri.

Langkah terbaik daripada sebuah pertengkaran adalah saat menyatukan semula perhubungan. Jadi, titipkan hubungan cinta kamu dengan menyatakan perasaan sayang yang mendalam terhadapnya, bersempena bulan yang penuh keberkatan ini.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:02 pm

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:03 pm

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:04 pm

rahsia di sebalik pergerakan seorang lelaki

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:04 pm

Mengenali lelaki melalui cara ciumannya :-

Panduan-panduan di bawah ini akan membolehkan para isteri mengetahui dan mengenali serba sedikit perangai dan kelakuan si suami melalui cara ciumannya :

a). Mata Tertutup

Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik
dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.

b). Mata Terbuka

Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya.
Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

c). Cium dengan kuat

Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.

d).Cumbuan Lidah

Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.

e). Cium sambil membelai manja

Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.


Perkara-perkara diatas hanyalah panduan , ia tidak semestinya betul kerana ia tidak termaktub didalam Al-Quran dan hadis...
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:06 pm

Tanda lelaki berminat sekejap

Pasti anda pernah mengalami situasi begini. Anda wanita, bertemu dengan lelaki yang secara luaranya nampak sangat berminat pada kamu masa kali pertama jumpa..seolah olah kamu lah gadis impiannya..tapi tahukah kamu ada jenis lelaki yang hanya berminat sekejap??pelik bukan..setelah bersungguh mendapatkan kamu…beberapa bulan selepas itu dia seperti tidak berminat pada kamu.. jadi,buat perhatian wanita yang tidak inginkan percintaan separuh jalan..berjaga jagalah kiranya:

-si dia terus meminta nombor telefon sedangkan dia tidak langsung mengenali kamu,hanya terjumpa ketika sedang lepak-lepak atau waktu lunch.

-kamu mendapat tahu dia mendapatkan kamu kerana di cabar teman-teman..mungkin kamu takkan percaya dan tetap beranggap dia memang gilakan kamu..tapi hakikatnya,dia ingin menang.

-selepas sebulan mengenali nya..dia sering mengetawakan kamu.., dan kamu pula menganggap dia hanya bergurau senda dengan kamu.. dan kamu menerima nya dengan senang hati sebab kamu tahu dia tak bermaksud begitu..tapi hakikat nya..dia sudah mula bosan dengan kamu..

-pada mula perkenalan, hampir setiap hari kamu menghabiskan waktu bersamanya..tapi,selepas kamu mengucapkan kamu memang cinta pada dia…lama kelamaan..kamu dah semakin jarang bertemu dengannya. Banyak alasan di berikan..yang selalu menjadi alasan”…saya sibuk ni,banyak kerja,esok lah”,keesokannya, dia mengulang kembali”owh..sibuk lagi..nanti nanti lah..”

-baru kenal seminggu dia berkata dia akan menyesal melepaskan kamu..tak logik kan…

-kamu bertanya mengenali keluarganya..tapi dia mengubah topik lain..

-baru saja kenal tidak sampai seminggu dia pula dah cakap pasal kahwin..kita pun rasa happy sangat-sangat..siap beritahu family kita..sudahnya,dia senyap begitu saja…

-dia cakap dia amat sayangkan kamu..tapi apabila kamu memerlukan bantuannya…dia hanya mendiamkan diri…dan sudah cukup 24 jam…baru dia menghubungi kamu..di saat masalah kamu telah kamu atasi sendiri.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:07 pm

14 Rahsia Sejauh Mana Pasangan Mencintai..

Jika isteri @ pasangan menunjukkan sikap2 seperti di bawah, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:

1. Isteri yg mencintai suami dgn sesungguh hati & sebaliknya, biasanya perasaannya tetap & stabil terhadap suami. Perasaan isteri tidak berubah2. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai, sedangkan pada masa yg lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru berkahwin.

2. Pasangan yg bercinta iaitu suami & isteri saling memberi perhatian khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat jenaka2 yg lucu. Mereka saling mendorong untuk menjaga badan & kesihatan.

3. Suami & isteri yg saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah laku yg lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan tugasan peribadi & rumah tangga secara bersama.

4. Tidak selesa ketika berjauhan. Walaupun ketika berdua2an mungkin tidak ada apa2 yg ingin dibicarakan tetapi dgn adanya pasangan di sisi, sudah cukup untuk membuatkan hati tenang.

5. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta & kasih sayang selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, spt sayang @ I Love You @pun memanggil sesamanya nama kesayangan.

6. Jika seseorang isteri betul2 mencintai suaminya, dia tidak akan melukai @ menyakiti hati suaminya dan begitu juga sebaliknya. Dia juga tidak mengungkapkan kata2 yg menyinggung perasaan pasangan spt "Awak tidak pandai jaga badan" @ "Awak terlalu gemuk @ kurus" serta ungkapan2 lain yg boleh mendera perasaan.

7. Pasangan yg saling mencintai akan selalu memberikan pujian yg sesuai, sama ada dalam bentuk kata2 mahupun perbuatan.

8. Suami isteri akan berhubungan & berbicara dgn baik, dgn wajah berseri2 & sikap yg menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri ketika berjalan2 & pelukan itu disambut baik oleh isteri.

9. Setiap kejayaan yg dikecap pasangan, selalunya akan mereka rasakan & nikmati bersama. Hal itu misalnya diungkapkan dgn menepuk bahu isteri sambil memeluk & menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

10. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yg baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong kata2 pasangan. Dia hanya akan berbicara hanya apabila diminta untuk memberi pendapat.

11. Suami isteri sanggup menerima kekurangan2 antara mereka. Isteri yg sangat mencintai suami sanggup menerima hakikat keperibadian si suami serta cara percakapan suami. Dia bukan sekadar mencintai suami lantaran suami pandai mencari harta & wang.

12. Orang yang saling mencintai tidak akan berahsia sesama mereka. Sebaliknya, mereka selalu berkongsi suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

13. Pasangan yg bercinta sedar perkara2 yg dapat merosakkan perasaan pasangan. Mereka mengerti perasaan masing2. Misalnya, isteri sedar jika dia bercerita masalah rumah tangga ketika suami sedang letih, akan menimbulkan kemarahan suami.

14. Sentiasa dapat membaca isi hati pasangan melalui bahasa badan, pancaran mata & nada percakapan. Tanpa bertanya @ berterus terang pun, mereka sudah tahu rasa hati pasangan, sama ada mereka gembira @ sebaliknya.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 9:08 pm

Membina Rumah Tangga Bahagia

Kebahagiaan dalam sesebuah hubungan selalu menjadi idaman setiap pasangan. Mahu tahu rahsia pasangan bahagia? Anda mungkin sudah tahu sebenarnya, tetapi kurang menyedarinya. Semak tip berikut:

1. Lakukan sesuatu bersama-sama

Pasangan yg selalu melakukan sesuatu aktiviti bersama2 selalunya akan kekal bersama. Memang penting pasangan memikirkan aktiviti yang dapat mereka lakukan bersama2 di luar waktu biasa, spt olahraga @ memasak. Apa pun aktivitinya, perasaan senang yg dirasakan bersama2 pasangan, dapat memperkuatkan tali hubungan antara anda berdua.

2. Berdikari

Katakan anda sedang mengalami kesulitan, umpamanya berselisih faham dgn pasangan - maka jangan sekali-kali 'lari' @ mengadu pada ibu & ayah. Memanglah berhubungan dgn anggota keluarga itu baik, tetapi bertahanlah untuk tidak melibatkan mereka dalam masalah penting. Berbincang dahulu dgn pasangan, sebelum bertindak melibatkan orang lain dalam masalah anda berdua.

3. Kecil tapi bermakna

Banyak hal yg dapat dilakukan bagi menunjukkan kasih sayang sesama pasangan. Contoh kecil, spt saling berpegangan tangan, memberikan ciuman @ hanya dgn memanggil nama panggilan sayang untuk menunjukkan kasih sayang. Tindakan2 kecil ini mungkin nampak remeh & bersahaja, tetapi sebenarnya ia dapat membina keakraban hubungan pasangan.

4. Jauhkan fikiran negatif

Jika ada fikiran negatif merasuk anda, segera gantikan dgn hal yg positif. Kunci agar hubungan dapat berjalan lancar adalah dgn menyedari betapa jauh anda saling mencintai & menyayangi dari hari ke hari.

5. Berikan 100 peratus

Siapa yg harus membersihkan meja setelah makan malam? Siapa yg berbelanja untuk membeli barang dapur? Siapa pula yg paling bertanggungjawab menjaga anak2? Perlukah segala2nya dibahagi 50/50? Daripada mempertikaikan siapa yg patut melakukan apa, tentu lebih baik kalau suami isteri dapat memberikan segala2nya 100 peratus demi sebuah kebahagiaan perhubungan
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 5 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 5 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum