Koleksi Tips Semanis Kurma
3 posters
Page 8 of 8
Page 8 of 8 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Re: Koleksi Tips Semanis Kurma
Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

sweetcouple- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender :
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988
Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.
Re: Koleksi Tips Semanis Kurma
Tips Cinta Suami Isteri
Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah.
Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2ā€¦melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.

Bertengkar Erat Kasih Suami Isteri
KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadang kala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.
Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.
Pertengkaran juga membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.
Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda dalam segala aspek.
Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.
Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.
Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.
Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian.
Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia memburukkan keadaan.
Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.
Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.

Tip Mertua-Menantu
Tip hari ni adalah mengenai hubungan anda dengan mertua. Macam mana untuk anda menghadapi suasana keluarga baru disebelah pasangan anda. Tengok kat bawah ni saya ada berikan sedikit tip yang berguna untuk kita amalkan.
Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua, yang baru kahwin dan juga yang dah lama kahwin.
Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut:
1. Cuba bermesra
Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.
2. Dahulukan keluarga anda
Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.
3. Usah babitkan anak-anak dalam masalah
Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.
4. Dapatkan nasihat
Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.
5. Terima seadanya
Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga

Panduan Elak Wanita Dianiaya Suami
Kenapa berlaku penceraian atau masalah setelah hidup bersama sebagai suami isteri? Adakah wanita tersebut dianiaya atau teraniaya disebabkan perangai suami yang tidak bertangungjawab? Kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama lain.
Terdapat tujuh petua atau panduan untuk si isteri supaya kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia.
Pertama
Beli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami? Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya. Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul. Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!
Kedua
Anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja. Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.
Ketiga
Jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri. Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.
Keempat
Kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.
Kelima
Jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan. Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.
Keenam
Jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan kecewa. Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat. Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.
Ketujuh
Jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.
"Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah pasti akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.''

Tips Pikat Hati Suami
Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk mengecapi kebahagian itu? Di sini terdapat beberapa tips untuk para isteri memikat hati suami supaya kebahagiaan rumahtangga sentiasa melimpahi keluarga anda.
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

sweet ada juga satu buku tips untuk menjadi seorang atau pasangan yang romantik..
nanti sweet uploadkan disini yer..
nanti sweet uploadkan disini yer..
sweetcouple- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender :
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988
Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.
Re: Koleksi Tips Semanis Kurma
sweetcouple wrote:Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?
Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.
mcmana pula kalo dia kata tak blh lupakan exgf dia even exgf dia dah berkahwin dan mempunyai anak ya?
zunairah- AHLI FORUM
- Jawatan : IT Officer
Gender :
Jumlah Post : 1
Umur : 43
Tarikh Register : 21/04/2010
Reputation : 0
Points : 5329
Re: Koleksi Tips Semanis Kurma
jgn disempitkan jalan yg sedia ader.......keterbukaan tu mesti wujud dlm diri kita.......keterbatasan itu haruslah ditangani dgn jujur serta sifat ikhlaas kita......nafsu amarah itu perlu kekangan yg kuat dari hati yg murni......
Page 8 of 8 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Similar topics
» Ingin mengetahui tips-tips temuduge..
» TIPS-TIPS SEMASA BERCINTA
» GULAI KURMA TELUR
» Koleksi Minuman
» Koleksi Masakan Melayu
» TIPS-TIPS SEMASA BERCINTA
» GULAI KURMA TELUR
» Koleksi Minuman
» Koleksi Masakan Melayu
Page 8 of 8
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak