FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Koleksi Tips Semanis Kurma

3 posters

Page 4 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:08 pm

Tentang Tarikh Lahir Anda

Adakah anda ingin tahu apakah yang berlaku, berapa lama sudah anda dilahirkan dan pelbagai lagi maklumat yang anda boleh dapat berkaitan dengan tarikh lahir anda?

Di sini saya ingin berkongsi satu laman web yang akan memberikan butiran-butiran yang berkaitan dengan tarikh lahir anda. Dalam banyak-banyak itu, saya lebih suka dengan berapa lama saya sudah hidup di dunia ini. :d

Ni link dia: http://www.paulsadowski.org/BirthDay.asp

Dan bolehkah anda teka berapakah umur saya berdasarkan bilangan saat ini?
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:09 pm

Ingin mengetahui tentang Lelaki?

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para wanita sekalian, apa yang anda perlu tahu tentang lelaki.

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..Smile
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:10 pm

Tidak macho kalau guna duit wanita

Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke?

Owh…saya amat menolak pandangan seperti ini. [-( Ini kerana dalam berpasangan, memang perlu ada sikap berkongsi dan tiada langsung sikap macho ataupun tidak. Ini termasuklah dari segi berkongsi pendapat, berkongsi perasaan, masalah dan sebagainya. Tetapi perkongsian kali ini dalam konteks, duit. Kenapa anda perlu berkongsi menggunakan duit teman wanita anda? Ok, mari saya berikan anda satu situasi.


Setiap kali keluar dating, asyik lelaki ini sahaja yang mengeluarkan duit untuk teman wanitanya. Pergi makan, duit si lelaki ini. Menonton wayang, duit lelaki ini lagi. Duit minyak kereta atau tambang bas, duit lelaki ini lagi. Semuanya lelaki ini sahaja yang bawa keluar duit. Kalau menara KLCC tu dia yang punya, tidak mengapalah. Tetapi kalau gerai pisang goreng pun dia tidak mampu nak singgah, memang payahlah. #-o

Ditambah lagi kalau dalam sebulan pasangan ini keluar dating setiap hujung minggu, agak-agak anda la, lelaki ini boleh tahan tak dengan perangai teman wanita dia? Lagi-lagi teman wanita dia yang ajak keluar dating. Kalau tidak keluar dating, teman wanita ini merajuk. Bila dah merajuk, berkemungkinan akan berlaku pertengkaran. Itu ini, semua tidak kena. Bila dah berlaku pertengkaran, mula la isu ungkit mengungkit berlaku. Kemudian? Anda sendiri fikir-fikirkan. /Smile

Tetapi di sebaliknya, sekiranya anda berkongsi duit dengan teman wanita anda, sudah mesti anda berasa senang untuk keluar dating. Kerana separuh dari perbelanjaan sudah ditanggung oleh teman wanita anda. Kalau tidak separuh pun, sebahagian. Sebagai contoh sekiranya anda keluar dating, duit makan, anda yang belanja. Untuk duit tiket wayang pula, teman wanita anda yang belanja. Dengan ini, kedua-duanya berasa senang dan gembira.

Kalau tidak pun, anda buat la selang seli. Minggu ini keluar makan, anda yang belanja. Minggu depan keluar makan, si dia pula yang belanja. Tetapi jangan la anda “tikam” pasangan anda. Jangan la bila turn dia yang belanja, anda ajak dia pergi makan dekat tempat-tempat yang mahal. Tempat-tempat yang ekslusif. Memang berpeluh la kawan tu nak membayarnya. Kasihani la dia. Anda sayang dia kan? Bukan duit die kan? Wink)

Jadi, adakah lelaki tidak macho sekiranya lelaki menggunakan duit wanita? Anda tanyalah diri anda sendiri. Kepada yang lelaki, anda ingin menunjuk macho atau diri anda sendiri yang akan sengsara. Semuanya terpulang kepada anda.

Yang penting, anda jujur pada diri dan pasangan anda. Jika tidak mampu, katakan tidak. Jangan biarkan ia melarat.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:11 pm

Apa itu Cinta?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi @#$% kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:12 pm

Pantang wanita kalau lelaki sebegini…

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ā€buka pintuā€™, ā€buat kopiā€™,’angkat kasutā€™ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ā€boleh tolong buatkan kopiā€¦ā€™ dan ā€tolong buka pintu tuā€¦ā€™.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ā€gurau pun tak boleh.ā€™

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ā€™syok sendiriā€™ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ā€buat dekā€™ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:13 pm

10 Tips Pikat Lelaki

Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya!

Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
Jujur dan sentiasa merendah diri.
Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Jangan terlalu mengokong.
Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:14 pm

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaanā€™ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:15 pm

Adakah si Dia meminatimu…

Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.

Langkah si dia cuba mendekatimu…
si dia membelanja anda makan @ minum…
si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

Teruskan hubungan dengan si dia jika…
si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa @ si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.
Hati2 dengan si dia jika…
si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 4:16 pm

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. Wink)

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:08 pm

Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, iaitu kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda, ada orang permainkan Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuat Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:09 pm

Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang

1 Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2 Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3 Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4 Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5 Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6 Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7 Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8 BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9 Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10 Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:13 pm

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Cool Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Alwayswitu
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:15 pm

Tanda-tanda si dia curang?

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

• Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

• Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

• Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

• Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

• Terlalu kuat berahsia
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

• Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:17 pm

Bagaimana Mengembirakan Hati Yang Sengsara Sedih Dan Kecewa

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda.Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang.

Saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, Kita mulakan dengan

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:18 pm

20 tips BahaGia SeLamanYa

Kebahagian dalam rumah tangga takkan datang begitu saja. Perlu ada usaha untuk meraihnya. Usaha itu juga tidak boleh dilakukan sebelah pihak sahaja, suami dan isteri perlu sama-sama melakukannya. Berikut adalah 20 petua yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga mereka.

1. Jaga perasaan pasangan.
Jangan melakukan sesuatu yang diketahui menyakitkan hati pasangan.

2. Beri Perhatian.
Jadilah pendengar yang baik namun sekiranya anda sedang sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik dari anda mendengar acuh tak acuh.

3. Berkongsi kegembiraan.
Lewati waktu-waktu sedih, sukar atau bahagia bersama-sama dengan pasangan.

4. Menjaga sopan santun.
Jangan lupa mengucapkan kata terima kasih, tolong dan maaf. Ungkapan ini akan membuatkan pasangan rasa dihargai.

5. Senangkan hati pasangan.
Selalu berikan senyuman manis kepada pasangan agar dia senang dan berasa bahagia menjalani harinya.

6. Saling menghargai privasi.
Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian jadi hormatilah privasi pasangan. Selain itu jagalagh rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan.

7. Elakkan pernah mengucapkan kata-kata ini "Dulu lagi saya dah cakap.."
Kalimah ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuatkan pasangan berasa rendah diri.

8. Penyelesaian masalah.
Cari jalan terbaik bagi anda berdua bila berhadapan denagn masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.

9. Pertahankan bara cinta.
Selalu terbuka dn saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar hubungan selalu mesra.

10. Jangan suka membanding-bandingkan.
Trimalah pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya.

11. Ungkapkan dengan kata-kata.
Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan atau perasaan anada dengan kata-kata.

12. Awas bila mengkritik.
Jaga kata-kata andabila membuat kritikan jangan sampai menghiris hati pasangan.

13. Perhatikan masalah pertama muncul dalam rumah tangga.
Dua tahun pertama adalah masa yang penting bagi sesebuah perkahwinan. Belajarlah bekerjasama dan membinasakan diri dengan kehidupan rumah tangga.

14. Meminimukan konflik kewangan.
Sekiranya boleh usahakan untuk membuka akaun simpanan masing-masing dan juga satu akaun bersama. Bahagikan perbelanjaan rumah tangga dengan saksama agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati.

15. Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik dan masalah.
Pastikan waktu itu anda dan pasangan berfikiran tenang dan tidak lagi beremosi.

16. Saling memaafkan.
Pasangan anda juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan terlalu lama.

17. Jangan menoleh kebelakang.
Cuba menerima dan melupakan masa lalu pasangan terutama sekali yang negatif.

18. Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan.
Segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjejaskan hubungan.

19. Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan didalam konflik.
Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutaman di saat "genting" boleh mengaibatkan keadaan semakin keruh.

20. Cari bantuan pihak ketiga.
Jika rumah tangga terjebak dalam konflik yang serius dan anda tidak lagi dapat menanganinya jangan ragu mencari bantuan pihak ketiga saa ada penasihat rumah tangga profesional atau teman anda yang anda percayai.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:19 pm

TipS MenJadi SeoraNg Yg RomAntiK!!

1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi 'soft-spoken'.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9 Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:20 pm

Menambat Hati Lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang,anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulen terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:21 pm

Kalau Lidah Kelu Untuk Berbicara

Ramai lelaki yang kadangkala menjadi kelu untuk berkata-kata bila
berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Usah hendak bertanyakan
khabar, mengeluarkan perkataan `Hai' sekalipun terasa berat. Hairan
ya perkara ini boleh berlaku pada lelaki sedangkan sikap asalnya
cukup peramah dan suka berbicara. Inilah dikatakan panahan cinta. Ia
akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi berdebar dan gelisah
hingga tidak mampu mengucapkan kata-kata.

Namun seharusnya masalah kekeluan ini tidak berlarutan terutama pada
temujanji bersama si dia yang anda minati. Sikap anda yang senyap
sunyi mungkin akan disalah erti oleh pasangan. Pada fikiran mereka
anda mungkin tidak berminat dengan dirinya ataupun ada sesuatu yang
tidak kena dengannya.

Jadi sebelum anda kehilangan wanita yang diminati pelajarilah teknik-
eknik untuk memecah kesunyian sewaktu pertemuan atau temujanji
pertama bersama si dia. Sebenarnya tidak sukar memulakan perbualan.
Tak perlu memikirkan kalimat yang serius atau berat untuk diungkap
sebagai bahan bicara. Cukuplah dengan memulakan dengan bahan bualan
ringan yang tak perlu memerah otak untuk menjawabnya. Antaranya
adalah seperti berikut:

1. Puji namanya.
" Saya suka nama awak, sangat sesuai dengan awak". Kata-kata
tersebut mungkin boleh menjadi kalimat pembuka yang paling berkesan
untuk mendekatkan diri anda dengannya. Setelah itu, tanyakan pula
dari mana asalnya untuk mengenali dirinya dengan lebih jauh.

2. Berkongsi cerita percutian
"Awak suka bercuti?" atau "Kali terakhir negeri mana yang awak
kunjungi?". Jika si dia memang suka melancong, dia pasti akan
berkongsi cerita dengan anda. Bahkan sehingga sehari suntuk.

3. Apa minatnya
Setelah bertanya dua soalan di atas, anda boleh terus bertanya akan
minatnya yang lain-lain. Dia sudah tentu akan senang hati
menjawabnya bahkan tanpa diminta si dia mungkin akan bercerita dan
bersoal balas dengan anda sendiri. Hah! Sekarang suasana mungkin
lebih mesra bukan?

4. Cerita tentang makan
"Di mana awak selalu makan?" Atau "Di mana restoran kesukaan awak?"
Selalunya hal makan si dia akan senang hati menceritakan pada anda.
Mana tahu setelah berkongsi informasi ini, dia akan mengajak anda ke
tempat kesukaannya pada temujanji akan datang. Ini sudah tentu
peluang keemasan untuk anda mengenalinya dengan lebih dalam.

5. Bahan bacaan
"Awak selalu baca buku apa ya?" Kalau si dia suka membaca, ini akan
menjadi topik pembuka bicara yang paling menyenangkan. Siapa tahu
selepas itu anda boleh bertukar buku sehingga hubungan terus
berlanjutan.

6. Paling rapat
"Siapa yang paling rapat dengan awak dalam keluarga" Dijamin si dia
akan terus bercerita itu dan ini. Sama ada mengenai kakaknya yang
cerewet atau ibunya yang paling hebat ataupun adiknya yang terlalu
manja.

7. Telefon canggih
Telefon bimbit yang canggih juga boleh menjadi topik perbualan
antara anda dan si dia. Tanyalah kalau si dia memang suka dengan
kecanggihan teknologi komunikasi. Kalau jawapannya ya, model telefon
bimbit saja sudah jadi topik menyeronokkan untuk dibualkan bersama.

8. Tidur lewat
"Adakah awak seperti saya, suka berjaga malam?" Dia tak akan curiga
dan menjawabnya dengan jujur. Kalau anda tahu si dia suka berjaga
malam, ini mungkin peluang anda untuk menghubunginya di sebelah
malam pula.

9. Filem yang ditonton
"Awak dah tengok filem Transformers? " Kalau filem terkini sudah
ditonton kemungkinan besar si dia memang suka ke panggung wayang.
Sekiranya anda turut punyai hobi yang sama, kenapa tidak mengajaknya
menonton sekali pada temujanji berikutnya.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:22 pm

Cara Si Dia Menguji Kamu

OOOOPPPPPSSSS!!!!!

Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.

ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

* Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu. Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:24 pm

gadis pilihan lelaki

TERLALU MANJA
mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap kamu yang terlalu manja.lelaki ini adalah kaum adam yang mudah menjadi bosan. awas, sikap kamu yang terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain. jangan menyesal di kemudian hari

BUAT-BUAT MANJA
Sifat manja sebegini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati saja.kamu perlu tahu kalo lelaki merajuk lagi susah nak pujuk


MANJA SEPERTI KEANAK-ANAKAN
Pasti teman lelaki kamu akan cbut lari sekiranya kamu mempunyai sifat begini.sikap kamu yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia meninggalkan anda begitu saja

MANJA BERTEMPAT
Sifat inilah yang paling digemari oleh lelaki.mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama tau situasi atau waktu yang sesuai untuk bermanja. bagi orang lelaki, mereka suka perempuan yang boleh berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan lebih diburu lelaki. Lelalki memang terkenal dengan sifat ego. mereka hanya akan memanjai kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai

JANGAN SELALU MINTA DIMANJAKAN
Perempuan memang mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. apabila menghadapi masalah, gadis mengharapkan pujukan daripada lelaki. sayangnya tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus fahamsituasi ini. jika si dia berusaha memujuk jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya. kebanyakan laki akn angkat bahu,, angkat tangan dan menggeleng tidak tau. jika kamu berdegil. sesekali tidak mengapa tetapi jang diamalkan selalu. kamu hanya membuatkan teman lelaki pening pale melayan karenah kamu


ASYIK MINTA DIMANJA
lelaki agak berbeza berbanding perempuan. biarpun dia mencintai kekasihnya, ini bukan alasan untuk lelaki memmanjakan kekasihnya setiap saat, setiap minit dan setiap hari. mungkin ada perempuan yang mengharapkan kekasihnya melakukan semua ini bagi membuktikan rasa cinta. jika ingin menjadi kekasih yang baik, perempuan ataupun lelaki perlu memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk melakukan kegiatan hariannya atau kegemarannya bersama kelompok sejantina. bayangkan tentu lelaki akan rimas dan malas melayan jika perempuan asyik mahu berkepit apatah lagi mahu dimanja selalu
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:25 pm

~tanda lelaki benar- benar jatuh cinta~

~TANDA LELAKI BENAR- BENAR JATUH CINTA~
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:26 pm

Bagaimana Memperoleh Kepercayaan Pasangan?

Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan.

Justeru tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya meskipun sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkenalan, perasaan sangsi sentiasa merajai hati masing-masing.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan dalam membina kepercayaan antara pasangan. Mungkin ia bukanlah perkara yang terlintas di fikiran anda tetapi realitinya cara tersebut amat diperlukan bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak terlerai di tengah jalan.

Untuk wanita yang masih lagi buntu memikirkan cara, langkah-langkah di bawah boleh dipraktikkan untuk memperbaiki hubungan, khususnya untuk mempertingkatkan tahap kepercayaan dalam diri masing-masing.

1. Anda perlu menjadi individu yang boleh diramal kerana percintaan atau ikatan perkahwinan sebenarnya tidak memerlukan sesuatu yang 'thrill' untuk membuatkan ia bernyawa. Namun, itu bukan bermakna anda tidak boleh melakukan kejutan buat pasangan sekali-sekala tetapi pastikan ia dilakukan dengan tenang dan konsisten. Ini kerana sikap yang sentiasa konsisten banyak membantu dalam membina sebuah kepercayaan.

2. Seterusnya anda perlu mempercayai kebolehan dan kecekapan pasangan anda. Dalam apa jua perkara atau situasi anda perlu mempercayai kemampuan si dia, dalam memahami apa yang terjadi di sekeliling anda. Tidak perlu terlalu melulu atau bergantung sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar dalam beberapa hal dan situasi kerana perasaan itu akan membolehkan anda melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina kepercayaan dalam ikatan kalian.

3. Berlaku jujurlah dalam apa sahaja situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan. Percayalah, dengan bersikap jujur anda bukan hanya akan memperoleh kepercayaan daripada pasangan sebaliknya anda juga akan lebih dihargai.

4. Cubalah untuk bersikap matang dalam menjalinkan hubungan. Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutama tidak cemburu membabi buta akan membuatkan si dia lebih menghormati anda. Sikap tersebut juga menunjukkan bahawa anda mempunyai kepercayaan terhadap dirinya. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si dia turut menaruh kepercayaan terhadap diri anda.

5. Jangan melakukan sesuatu yang boleh meragut kepercayaan pasangan terhadap anda. Sekali anda melakukan kesalahan, dia pasti akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku sesuatu di masa akan datang. Walaupun lelaki mungkin akan melupakan apa yang berlaku dengan mudah berbanding wanita namun tidak mustahil, si dia akan mengingatinya apabila perkara yang sama berulang lagi.

6. Bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan di antara pasangan. Oleh itu, pastikan bahasa tubuh yang disampaikan bersesuaian dengan tutur kata yang dilontarkan memandangkan bahasa tubuh lebih mudah tersemat dalam ingatan berbanding kata-kata yang diucapkan. Namun begitu, nada suara juga perlu dititikberatkan kerana ia mewakili perasaan dan emosi anda. Dan jika anda berjaya melakukannya dengan sempurna, si dia akan turut belajar mempercayai kata-kata anda.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:27 pm

~30 PeRkArA RoMaNtIk~

menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama
berduaan berjalan di dalam hujan
berjalan berpegangan tangan
bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan si dia
kenalpasti wangian atau perfume kegemaran si dia dan memakainya setiap kali bersama
berjalan menyusuri pantai di tengah malam
menulis puisi cinta buat si dia
pelukan penawar kesedihan yang paling mujarab
saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap kali bertemu
katakan padanya si dia adalah kekasih yang kamu impi-impikan
sentiasa meluangkan waktu bersama
dengan penuh mesra angkat dagunya, pandang matanya dan katakan kamu menyintainya
letakkan sekeping nota di poketnya tanpa dia sedari
belikan dia seutas cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
menyanyikan lagu cinta untuk sidia
makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
pegang tangannya, pandang tepat pada matanya, cium tangannya dan letakkan dihati kamu
menari bersama-sama
pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
satu hari cuba kamu hubungi lima minit sekali dan katakan kamu terlalu merinduinya
berkongsi impian bersama si dia
jadi prince charming untuk orang tuanya
keluar dengan teman-temannya
bawa si dia menonton filem romatik kegemarannya
sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulang kesilapan yang sama kedua kali
sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika si dia disisimu
sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
belajar meluahkan perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa lain dan tunjukkan perkataan tersebut untuk si dia
sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
tidak pernah lupa untuk memberi kucupan selamat malam dan ucapan sweet dream.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:29 pm

17 Cara Tambat Hati Suami

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan oleh si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menambat hati suami? Berikut adalah 17 cara yang boleh dipraktikkan oleh isteri di luar sana.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun terlebih dahulu lihat mood suami. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

3. Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mertua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Sekali-sekala cuba hidangkan resepi ibu mertua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.

8. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.

9. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

12. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

13. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

14. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

15. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

16. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

17. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple Thu 30 Jul 2009, 8:30 pm

Tip Berhadapan Dilema Memilih Kekasih Atau Keluarga

Perasaan dilema untuk memilih kekasih dankeluarga seirng menjadi cabaran bagi orang yang bercinta. Mahu berpisah kasih dah tumbuh, mahu ditinggal sayang dah segar. Tip kali ini akan memberi panduan kepada anda untuk membuat penilaian mana yang baik untuk dijadikan pedoman kehidupan.

1. Perasaan dan pemikiran sering berselisih faham dalam membuat sesuatu keputusan untuk dijadikan tindakan. Bak kata pepatah, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Sebaiknya, berfikir secara rasional akan membantu anda membuat keputusan sebelum melakukan sesuatu.

2. Pada logiknya, perasaan lebih cenderung kepada keinginan yang memenuhi kehendak diri berbanding dengan berfikir akan lebih banyak menajamkan akal yang dapat membantu diri bertindak dengan sewajarnya

3. Perasaan cinta dan sayang kepada kekasih lahir apabila kita diberkan layanan perasaan tetapi cinta dan kasih kepada keluarga terutama ibu bapa pula lahir bersama kelahiran kita di dunia ini.

4. Kasih seorang kekasih akan terasa apabila adanya perasaan saling berbalasan antara satu sama lain dan akan hilang apabila puas mengecapinya tetapi kasih ibu bapa kepada anak akan berpanjangan dan sukar untuk dipisahkan kerana pertalian darah yang mengalir.

5. Pasangan yang hidup tanpa ada permulaan berkasih sayang tetapi direstui ibu bapa dan keluarga akan lebih berpanjangan berbanding hidup yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang kerana percintaan semata-mata.

6. Alam percintaan bukanlah syarat utama untuk membina kebahagiaan kehidupan berumahtangga sebaliknya doa restu dan jalan yang diredhai Tuhan menjadi mutiara berharga untuk mengecapi erti kehidupan.

7. Berkorban kerana ibu bapa lebih besar nilainya dan diganjari dengan seribu kerahmatan dari Ilahi daripada berkorban untuk kekasih yang mungkin ditinggalkan apabila apa yang dihajati telah diperolehi dan dinikmati.
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Koleksi Tips Semanis Kurma - Page 4 Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6991

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum