FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

anak berdengkur

Go down

anak berdengkur Empty anak berdengkur

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 2:32 pm

DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi
tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada
pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di
dalam bilik darjah.


Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga
hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi
secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami
gejala lain.


Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12
peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga
sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga
empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.


Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur
ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu
satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah
kelakuan di kalangan kanak-kanak.


Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah
dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak
mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada
siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea
tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti,
mendengus atau tercungap ketika tidur.

Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah
laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam
bilik darjah.


Punca


Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:


<li> Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.


</li><li> Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan
tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran
pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.


</li><li> Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)


Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?


Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain
keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak
kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka
‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’.


Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan
kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu
diperiksa.


Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?


Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa.
Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara
yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi.
Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas
yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.


Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran
udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah
sama, sama ada ketika tidur atau jaga.


Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius
seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas.
Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun
mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.


Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas


Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan
atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran
itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon
dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang
lain.


Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’
sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak
biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk.


Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida
meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada
kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk
bernafas dan kembali tidur.


Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?


Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan
perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang
pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia
menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan
saluran pernafasan yang perlu dirawat.


Risiko apnea tidur


Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan
banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah
berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil.


Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea
tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom
Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit
neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding
kanak-kanak lain.


Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak
menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan
menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma
mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun
mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai
ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.


Kesan berdengkur


Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan
anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad,
sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan
kerap mengantuk.


Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih
penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi
buruk.


Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar
menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti
kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya
kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif,
mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam.


Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan
duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah
hiperaktif ini akan hilang.


Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur,
otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya.
Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan
terjejas.


Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak
cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan
kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ
kanak-kanak menjadi rendah.


Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada
sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia
mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami
tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.


Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang.
Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan
harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula).


Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan
menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi
perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko
sakit jantung pada usia yang lebih muda.


Rawatan


Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa.
Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti,
rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif
berlarutan) boleh membantu.


Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil
dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka
berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90
peratus kes berjaya diselesaikan.


Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka
dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di
hospital.


Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada
kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan
positif saluran pernafasan dua paras).
</li>




anak berdengkur Sleep
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : anak berdengkur Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum