FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Susu ibu perisai kesihatan terbaik

2 posters

Go down

Susu ibu perisai kesihatan terbaik Empty Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Post by Fieza Sun 11 Dec 2011, 2:14 pm

Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Oleh NURUL IZZA ROSLY

Susu ibu perisai kesihatan terbaik Ps_01.1





SETIAP ibu bapa tentu akan bimbang, gundah dan tidak dapat tidur
nyenyak apabila anak kecil mereka diserang demam dan selesema malah,
lebih buruk jika sehingga perlu ditahan di hospital.

Bagi mereka, kesihatan si kecil menjadi keutamaan melebihi
segala-galanya. Namun, tidak ramai ibu bapa yang menyedari bahawa
kesihatan anak mereka juga boleh terjejas gara-gara kemerosotan imuniti
tubuh berpunca daripada nutrisi yang tidak mencukupi.

Nutrisi merujuk kepada pemakanan baik yang membina kesihatan tubuh bagi seseorang.

“Makanan adalah punca tenaga bagi tubuh badan yang membina dan
membaikpulih semua bahagian badan kita daripada rambut, kulit, otot dan
kuku. Tidak ketinggalan juga untuk organ dalaman seperti jantung, ginjal
dan hati.

“Unsur nutrisi dibahagikan kepada yang utama iaitu protein, lemak dan
karbohidrat yang diperlukan dengan jumlah yang banyak diikuti dengan
vitamin-vitamin A,B, C, D, E, K dan unsur-unsur lain seperti zat besi,
zink, kalsium, selenium dan sebagainya,” kata Pakar Perunding Pediatrik
dan Kardiologi Hospital Tawakal Kuala Lumpur, Dr. Zarin Ikmal Zan Mohd.
Zain.

Imuniti si kecil

Dalam pada itu, imuniti pula merujuk kepada pertahanan semula jadi
yang dijana oleh badan terhadap penyakit. Pertahanan terhadap penyakit
bagi seorang bayi bermula ketika bayi berada di dalam rahim ibu lagi.

Susu ibu perisai kesihatan terbaik Ps_01.2

DR. ZARIN IKMAL ZAN (kanan) berbincang dengan stafnya mengenai nutrisi dan imuniti dalam diri kanak-kanak.




Ketika dalam rahim, antibodi daripada darah ibu dibekalkan kepada
bayi melalui tali pusat. Antibodi daripada ibu akan melindungi seseorang
itu untuk jangka masa enam bulan pertama hidupnya selepas lahir.
Kemudian bayi tersebut akan mula menjana antibodinya sendiri.

“Ini menjelaskan mengapa seorang bayi itu lebih terlindung daripada
penyakit pada enam bulan pertama hidupnya dan mudah mendapat jangkitan
kuman selepas umur enam bulan.

“Bagaimanapun, sudah tentu seorang bayi terdedah kepada
bermacam-macam jenis kuman selepas dilahirkan berpunca daripada keadaan
dan individu sekelilingnya. Walaupun dibekalkan antibodi daripada
ibunya, bayi akan masih sakit sekiranya pendedahan kuman terlalu banyak.
Contohnya apabila kerap dicium oleh adik-beradik lain yang kebetulan
menghidapi selesema dan batuk,” ujarnya.

Jelas Zarin Ikmal Zan lagi, imuniti yang dihasilkan oleh badan
merupakan tindakbalas terhadap pendedahan yang berterusan seorang
kanak-kanak itu sepanjang tumbesarannya.

Berjuta jenis virus dan bakteria wujud di udara, air mahupun di kulit
badan sendiri dan sistem imun di dalam badan seseorang sentiasa bekerja
keras menghasilkan antibodi untuk setiap jenis kuman yang diterima
badan.

“Sungguhpun begitu, bukan semua kuman itu sama kerana ada kuman yang
lebih kuat sehingga boleh menembusi dan melemahkan sistem pertahanan
badan manusia.

“Kerana inilah anak-anak kita akan jatuh sakit dan kadang-kadang
pulih dengan sendiri tetapi adakalanya memerlukan ubat,” jelasnya.

Dengan adanya ilmu perubatan moden, saintis telah mencipta dan
menghasilkan ribuan jenis ubatan untuk melawan kuman-kuman yang
merbahaya itu malah, ada yang dianggap sudah lupus di dunia contohnya
penyakit polio. Namun, berjuta-juta kuman baru muncul setiap masa dan
setiap.

Selain itu, salah satu penghasilan perubatan moden yang telah
menyelamatkan berjuta nyawa dan melindungi kanak-kanak daripada
mengalami kecacatan berkekalan ialah vaksin.

Proses imunisasi adalah satu kaedah memasukkan suatu komponen kuman
yang diketahui ke dalam badan manusia untuk merangsang sistem imun
manusia menjana antibodi yang spesifik kepada kuman tersebut tanpa
menyebabkan penyakit kepada penerima.

Apabila antibodi telah dihasilkan secukupnya, maka individu tersebut akan terlindung daripada penyakit itu hampir 100 peratus.

“Sudah tentu seorang kanak-kanak yang menerima nutrisi yang seimbang
akan membesar dengan baik serta menghasilkan antibodi yang mencukupi
untuk melindungi dirinya daripada penyakit.

“Tetapi perkembangan seorang kanak-kanak itu bukan hanya dari segi
fizikal malah, dari segi sosial dan mental juga. Seseorang kanak-kanak
memerlukan nutrisi lengkap dengan pemakanan serta kasih sayang untuk
menjadikannya seorang yang sihat secara keseluruhannya,” katanya.
Susu ibu perisai kesihatan terbaik Ps_01.3

IBU BAPA perlu pandai menyediakan
pemakanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan anak-anak mereka
mendapat nutrisi yang secukupnya.




Khasiat susu

Nutrisi sangat penting terhadap kesihatan kanak-kanak. Susu ibu
merupakan nutrisi terbaik untuk seorang bayi baru lahir sehingga umurnya
lima hingga enam bulan yang memerlukan makanan tambahan kemudiannya.

Pemakanan tambahan selain susu ibu ialah dari unsur beras atau gandum
akan ditambahkan lagi dengan sumber lain sehingga makanan diet yang
terdiri daripada nasi, daging , sayuran dan buah-buahan menjadi lebih
utama daripada susu.

“Sepanjang tumbesaran seorang kanak-kanak, keperluan pemakanannya
berbeza dan bertambah. Enam bulan pertama hidupnya, susu badan ibu atau
susu formula sudah cukup untuk membina dan menambahkan berat bayi.

“Susu mengandungi jumlah protein, lemak, karbohidrat yang tinggi
serta vitamin dan elemen lain yang lengkap. Apabila seorang bayi mula
merangkak, berdiri dan berjalan sudah tentu keperluan pemakanan
bertambah bukan hanya untuk tulang dan otot malah, untuk tumbesaran otak
serta organ dalaman badan,” ujarnya.

Katanya lagi, jumlah keperluan kalori, protein, lemak, vitamin serta
elemen lain telah dikira secara saintifik bagi setiap individu dengan
umur dan saiz berbeza. Dengan mengambil kira faktor tersebut, susu
formula dihasilkan untuk menyumbang kepada pemakanan lengkap seorang
kanak-kanak yang membesar.

Nutrisi yang lengkap kepada seorang kanak-kanak memberikan peluang
baginya untuk mencapai status keupayaan mental dan fizikal yang baik.

Seorang kanak-kanak yang sihat tubuh badan boleh menghadiri sekolah setiap hari, bersenam dan beriadah bersama ibu bapa.

“Apabila nutrisi berkurangan, peluang kanak-kanak itu berbeza
daripada kanak-kanak lain tetapi keupayaan mental dan fizikal juga
datangnya daripada kegigihan, semangat, asas agama dan keluarga yang
baik,” terangnya.
Susu ibu perisai kesihatan terbaik Ps_01.4

IBU BAPA perlu bijak dalam
menyediakan pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang
bagi mengelakkan anak-anak mereka menghadapi masalah kekurangan nutrisi
mahupun obesiti.




Faktor lain

Terdapat empat tonggak dalam memelihara kesihatan anak-anak iaitu nutrisi, persekitaran, ubat-ubatan dan imunisasi.

“Selain nutrisi, persekitaran juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.

“Persekitaran taska, tadika, pengasuh dan adik-beradik yang ramai
menyebabkan jangkitan virus yang berterusan dan berubah-ubah merupakan
punca kanak-kanak yang berada dalam persekitaran tersebut kerap
menghidapi jangkitan kuman walaupun menerima nutrisi yang lengkap,”
katanya.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, ibu bapa perlu berani
merawat anak-anak mereka sendiri pada tahap awal penyakit termasuk
mempunyai stok ubatan mudah seperti ubat demam, selesema dan
cirit-birit. Dengan rawatan awal, anak berpeluang untuk pulih lebih
cepat.

Akhir sekali, imunisasi perlu diberikan untuk melindungi anak-anak
daripada penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian atau
kecacatan kekal.

“Sekiranya suatu kelompok masyarakat memilih untuk tidak
mendapatkannya (imunisasi), maka mereka akan mudah dijangkiti penyakit
tersebut dan akan mengancam nyawa anak-anak kecil lain yang belum sempat
mengambilnya.

“Pemahaman terhadap isu vaksinasi ini amat penting. Penghasilan
antibodi secara semula jadi telah dibuktikan secara perubatan tidak
cukup untuk penyakit tertentu dan inilah sebabnya vaksin itu
dihasilkan,” ujarnya.

Bagi ibu bapa yang mahu bertanyakan pelbagai soalan mengenai masalah
kesihatan anak-anak mereka, boleh berbuat demikian menerusi Facebook Dr.
Zarin Ikmal Zan di https://facebook.com/zarin.zain.




SUMBER: KOSMO
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Susu ibu perisai kesihatan terbaik Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Susu ibu perisai kesihatan terbaik Empty Re: Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Post by azrunia Tue 03 Jul 2012, 2:47 pm

bagus susu ibu ni, direct antibodi kepada bayi........ekslusif penyusuan sampai 2 tahun.....dalamsirah nabi pun ada menceritakan kebaikkan penyusuan ibu ni........ Very Happy
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Susu ibu perisai kesihatan terbaik Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum