Insiden Amri & Ghaddar | FAM tunggu aduan rasmi KAFA
Page 1 of 1
Insiden Amri & Ghaddar | FAM tunggu aduan rasmi KAFA
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata, pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu. "Selepas menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azzudin berkata, FAM akan menyiasat kes ini secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Amri jika terdapat bukti kukuh.
Sementara itu, Pengurus KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar laporan dan bantahan secara rasmi kepada FAM secepat mungkin.
"Kita masih menunggu salinan rakaman perlawanan sebagai bahan bukti dan akan membuat analisis sebelum membuat laporan dan bantahan kepada FAM," katanya.
Beliau berkata, isi laporan dan bantahan juga mempersoal sikap pengadil yang seolah-olah tidak mempedulikan insiden yang berlaku di depan matanya, katanya. - BERNAMA
SUMBER : BERITA HARIAN
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Insiden Amri & Ghaddar | FAM tunggu aduan rasmi KAFA
KAFA cari bukti sebelum kemuka aduan
Foto - ammboi.com
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam proses mendapatkan rakaman video perlawanan sebelum membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor ketika bertemu The Red Warriors, Jumaat lalu.
Dua pemain terbabit, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar didakwa melakukan kekasaran terhadap penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar, namun gagal dikesan oleh pegawai perlawanan yang bertugas pada malam berkenaan. Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, berkata pihaknya kini sedang berurusan dengan Astro bagi membuktikan secara tepat insiden sebenar yang berlaku pada malam perlawanan berkenaan selain menghantar surat aduan terhadap kelakuan dua pemain Selangor itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selepas video dan surat aduan dihantar kepada FAM, pihaknya berharap badan induk bola sepak itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemain terbabit yang mempamerkan kekerasan melampau ketika perlawanan.
--- BERITA HARIAN

Last edited by Info Bola Sepak on Wed 04 Jul 2012, 11:36 am; edited 1 time in total
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Insiden Amri & Ghaddar | FAM tunggu aduan rasmi KAFA
Kafa dakwa Amri, Bunyamin
Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengambil tindakan terhadap dua pemain Selangor yang melakukan kekasaran melampau dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.
Dua pemain terbabit adalah Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar yang didakwa melakukan kekasaran terhadap penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar namun gagal dikesan oleh pegawai perlawanan yang bertugas pada malam berkenaan.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan semula rakaman video perlawanan daripada Astro bagi membuktikan secara tepat insiden sebenar yang berlaku pada malam perlawanan berkenaan selain menghantar surat aduan terhadap kelakuan dua pemain Selangor itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selepas video dan surat aduan dihantar kepada FAM, pihaknya berharap badan induk bola sepak perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemain terbabit yang mempamerkan kekerasan melampau ketika perlawanan.
“Kita sedang berusaha mendapatkan video rakaman bagi membuktikan secara tepat mengenai masa kekasaran yang dilakukan malah surat aduan akan dihantar dalam masa terdekat supaya FAM boleh menyiasat insiden ini.
“Kita juga kesal kerana pegawai perlawanan pada malam itu tidak berjaya mengesan insiden ini malah Ghaddar juga boleh dikatakan menjadi mangsa buli dalam perlawanan Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Ketika perlawanan itu, Mohd Amri didakwa menumbuk anggota badan Ghaddar manakala Mohd Bunyamin menumbuk muka bekas penyerang Lubnan itu.
Insiden berkenaan gagal dikesan pegawai perlawanan sekali gus menimbul kemarahan penyokong The Red Warriors yang berada di stadium.
Sementara itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa melalui khidmat pesanan ringkasnya (SMS) berkata Azman akan membuat aduan rasmi.
--- HARIAN METRO

Similar topics
» Piala Malaysia 2012 | FAM tunggu laporan penuh insiden baling botol
» Mohd Amri Yahyah
» Mohamad Ghaddar
» Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin
» Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives
» Mohd Amri Yahyah
» Mohamad Ghaddar
» Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin
» Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak