Ikan Patin Masak Asam Tempoyak
Page 1 of 1
Ikan Patin Masak Asam Tempoyak
Ikan Patin Jadi Pilihan Untuk Juadah Berbuka Di Pahang
Gambar HiasanOleh: Harun Sahrifuddin Mohamed
TEMERLOH, 2 Julai (Bernama) -- Biarpun harganya mencecah puluhan malah ada sehingga ratusan ringgit, ikan patin liar seperti patin buah dan patin muncung tetap menjadi pilihan sebagai juadah berbuka puasa rakyat di negeri ini.
Bagi penggemar ikan spesis berkenaan, harga patin buah dan patin muncung yang mencecah RM80 hingga RM100 sekilogram bukanlah halangan untuk mereka menikmatinya.
Ditambah lagi apabila ikan patin tersebut dimasak asam tempoyak dan pais tempoyak, sudah cukup membuatkan mereka yang menggemari hidangan tersebut melupakan soal harganya yang mahal.
Bagi Saadiah Mat Lazim, 45 tahun yang bekerja sebagai seorang penjawat awam di Temerloh, hidangan berbuka mereka sekeluarga bagaikan tidak lengkap jika tidak dapat menikmati masakan ikan patin.
"Ikan patin dan lain-lain ikan Sungai Pahang sememangnya mahal, tetapi ia enak dan lazat serta membuka selera. Biar pun mahal tetapi bila dimakan ia memberikan kepuasan.
Patin buah dan patin muncung, dagingnya halus dan sukar diperolehi. Hanya di Sungai Pahang di daerah Temerloh, Pekan, Jerantut, Bera dan Lipis sahaja yang terdapat ikan jenis tersebut," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, seorang nelayan sungai di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Halim Mad Saad, 56, berkata permintaan untuk ikan patin liar di dalam bulan puasa ini meningkat berbanding hari-hari biasa.
"Sebelum bulan puasa saya hanya beroleh pendapatan antara RM100.00 hingga RM145.00 sahaja sehari, tetapi sejak bulan puasa ini pendapatan berganda dan setiap hari ada sahaja tempahan daripada pelangan," katanya.
Katanya untuk menangkap ikan jenis itu, nelayan biasanya akan menggunakan jaring kerana peralatan lain seperti jala dan pukat sukar mengena memandangkan ikan patin suka bermain di tepi lubuk dan pokok buluh.
Sementara itu, pengusaha ikan patin sangkar turut mendapat tempias rezeki di bulan Ramadan apabila permintaan untuk ikan itu yang biasanya dijual dengan harga RM15 sekilogram meningkat setiap hari.
Bagi Halim Mat Diah 37 tahun yang mengusahakan ikan patin sangkar di Semantan, Temerloh, sebelum bulan Ramadan beliau biasanya menjual antara 20 hingga 25 kilogram sahaja ikan patin sehari.
Namun kini, ia meningkat kini lebih 40 kilogram dan kadang-kala hingga 80 kilogram sehari, katanya.
Beliau mempunyai 30 sangkar ikan sungai dengan 15,000 ekor ikan patin dan talapia untuk di pasarkan pada bulan puasa dan hari raya nanti.
-- BERNAMA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Similar topics
» Ikan Patin Kukus
» jom......cuba sendiri
» Khasiat rebusan asam gelugur
» KETAM MASAK CILI
» Koleksi Masakan Melayu
» jom......cuba sendiri
» Khasiat rebusan asam gelugur
» KETAM MASAK CILI
» Koleksi Masakan Melayu
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak