FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

+25
mala
imzal82
nori
afiq82
hius2007
cemas
okebakaloko
hedzma
SUZI
UnderTaker@Manjung
MLT_hidayah
Jin Tenfung
Amelia
zhuloongza
NustRule
nurida
topup
penawar
daniomar56
gurlses
Wan
dhiyamirza
zulk
s2678
princess_pirates
29 posters

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Tue 01 Jul 2008, 12:18 pm

Hi dhiyamirza,

Kalau tak silap saya mulanya nama penolong pegawai adalah di kenalkan oleh PPKP yg sebelum
namanya Inspektor Kesihatan. Oleh tu semua ketogeri paramedik mengikuti jejak langkah PPKP.
Cuma jika tukar nama ada baiknya juga tetapi jika tak dapat pengiktirafan perkhidmatan bersepadu
rugi juga kerna tak boleh jadi pegawai seperti paramedik yag dapat pengiktirafan untuk menjadi
pegawai sekiranya mempunyai kelulusan Universiti seprti jawatan PPKP, Jururawat dan lain-lain paramedik
yang diiktiraf oleh JPA.

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 956-40
daniomar56
Saya tidak nafikan komen daniomar itu betul dan tepat. Kepada PPF janganlah kecewa di atas komen tersebut tetapi kita tidak perlu gusar sebenarnya apa yang telah diberikan oleh JPA kepada kumpulan paramedik itu memang telah lama ada didalam sistem perjawatan sekarang ini. Saya masih ingat lagi sewaktu aktif union dahulu saya pernah hadir satu dialog antara Menteri Kesihatan dan Kesatuan dan Persatuan berdaftar, kami telah dimaklumkan yang jawatan didalam perkhidmatan ini yang bermula dari dari SPM & Diploma akan berada pada skim U29 hingga U40 (U5 )skim gaji dulu, dan yang berijazah bermula dengan U3(U41 Sekarang). Apa yang diberi sekarang semamangnya telah ada didalam sistem itu bukan perkara baru. Bagi PbF/PPF kita telah ada mereka di U41 iaitu Ahli Farmasi ( pegawai lah ) jadi skim kita dari U29 - U40 sahaja. Jadi siapa yang hendak duduk U41 mestilah berijazah. Bagi lain-lain paramedik selain jururawat siapa sahaja yang ada ijazah berkaitan kaedah perubatan, kesihatan dan paramedik boleh duduk di U41 yang tidak semestinya dari golongan paramedik yang sedia ada. Jadi tidak perlulah sangat PPF gusar, kita ada skim dari U29 - U40 dan saya dimaklumkan Kesatuan dan Persatun sedang berusaha untuk mendapatkan pemegang diploma farmasi sekarang untuk boleh meneruskan ke ijazah Farmasi dan lantas boleh dapat U41 tanpa kehilangan dua skim yang telah lama diperjuangkan oleh semua paramedik. Jadi tidak perlulah rungsing kaitan sepadu ini, bagi PPF kita tahu siapa yang akan duduk di U41 tapi bagi lain kumpulan saya kurang pasti mereka akan tahu siapa yang akan duduk di U41 dimasa yang akan datang.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by daniomar56 Tue 01 Jul 2008, 12:54 pm

Hi Penawar,

Bukankah selepas skim bersepadu kenaikan pangkat ke U38 -U40
telah dimansuhkan sebagaimana yg saya faham terutama untuk
paramedik PPKP dan jururawat. Tapi saya rasa terkejut jika PF tidak terlibat dalam hal ini. TQ
daniomar56
daniomar56
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan (U32)
Gender : Male
Jumlah Post : 32
Umur : 68
Tarikh Register : 29/06/2007
Reputation : 0
Points : 6350

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Tue 01 Jul 2008, 2:49 pm

Daninomar, jika kita memilih cara meneruskan pelajaran dengan pengiktirafan diploma untuk kursus ijazah farmasi warga PPF tetap mengekalkan 5 grade yang sedia ada. Ini adalah disebabkan jawatan U41 itu adalah kerana memperolehi ijazah. Oleh itu mana-mana PPF tidak ingin meneruskan pelajarannya tetap akan sampai kepada U40 dan mana yang ingin meneruskan pelajaranya jadilah U41 tetapi mereka sedang usahkan supaya diploma farmasi menjadi landasan ke program tersebut. Pada akhirnya kami tetap dapat apa yang diberikan oleh skim sepadu tanpa kehilangan apa-apa. Fahami perkeliling JPA berkaitan dengan Skim Bersepadu pasti sdra faham maksud saya. Perkeliling itu tidak menentukan yang mereka yang menduduki U41 yang berijazah mesti dari golongan paramedik malahan sesiapa sahaja yang memperolehi ijazah dari program kesihatan dan perubatan yang bukan doktor boleh duduk di U41. Jadi besar kemungkinan paramedik akan dapat ketua yang bukan dari kumpulan mereka.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by dhiyamirza Tue 01 Jul 2008, 6:05 pm

yang pasti sekarang ni memang pf tidak termasuk dalam skim bersepadu. dan yang pasti setakat ni pf yang memegang ape2 degree selain dari degree in pharmacy tak kan duduk u41 dalam perkhidmatan farmasi. melainkan ade yang menjadi tenaga pengajar farmasi. oleh itu, setakat yang hari ini, pf masih mempunyai gred sehingga u40.
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6368

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by princess_pirates Wed 09 Jul 2008, 9:45 pm

dhiyamirza wrote:yang pasti sekarang ni memang pf tidak termasuk dalam skim bersepadu. dan yang pasti setakat ni pf yang memegang ape2 degree selain dari degree in pharmacy tak kan duduk u41 dalam perkhidmatan farmasi. melainkan ade yang menjadi tenaga pengajar farmasi. oleh itu, setakat yang hari ini, pf masih mempunyai gred sehingga u40.

ye betul tu Smile
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 6025

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by gurlses Sat 19 Jul 2008, 11:28 am

Berkuatkuasa 1 Jun 2008. Jawatan Pembantu Farmasi telah ditukar kepada Penolong Pegawai Farmasi. Harap maklum kpd semua PPF
gurlses
gurlses
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pharmacist asst
Gender : Female
Jumlah Post : 62
Umur : 44
Tarikh Register : 22/07/2007
Reputation : 0
Points : 6323

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyumlah Seikhlas Hati..Kerana Senyum itu Penawar Segala Kedukaan..

https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by dhiyamirza Sat 19 Jul 2008, 11:49 am

gurlses wrote:Berkuatkuasa 1 Jun 2008. Jawatan Pembantu Farmasi telah ditukar kepada Penolong Pegawai Farmasi. Harap maklum kpd semua PPF

dhiya tau lama dah gurlses cumanya tu lah yang dibincangkan...mana arah tujuan profession kita nih. kita ni ikan bilis jek..cakap pun bukan nak dipandang. tapi tak pe tak lama lagi kesatuan kita nak join balik dengan ceupacs..so insyaallah kita akan lebih dikenali selain PPK dan SN..dua kesatuan ni memang kuat.
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6368

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by topup Tue 22 Jul 2008, 11:14 pm

Buat masa ini topup bersetuju dengan skim yang ada sekarang ni iaitu PPF hanya setakat U40, manakala Pegawai bermula pada U41.
Saya cuma berharap agar perjuangan Kesatuan/Persatuan untuk pengiktirafan Diploma Farmasi yang ada sekarang ini untuk kemasukan ke Izajah Farmasi. Jadi kita PPF ada pilihan samada nak kekal sebagai PPF sehingga pencen atau nak sambung study 4 tahun untuk dapat Degree dan jadilah Pegawai. Peluang ini tidak ada pada jawatan paramedik lain. Satu lagi berkenaan kenaikan pangkat secara Time Base, iaitu service 7 tahun akan automatik ke U32 manakala level seterusnya melalui penilaian prestasi atau KPSL atau mungkin ada cara yg lebih baik. Kalau kedua2 matlamat ini dapat dicapai maka tidak ada sebab kita merasa terpinggir.
topup
topup
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : WatchingMyStep
Gender : Female
Jumlah Post : 27
Umur : 41
Tarikh Register : 20/03/2007
Reputation : 0
Points : 6467

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Sat 26 Jul 2008, 1:58 pm

Jangan rungsing Pembantu Farmasi @ PPF tidak pernah di pinggirkan. Sdra kena ingat profesion ini kalau dibandingkan dengan dua atau tiga kumpulan paramedik yang utama kita masih muda usianya dan banyak lagi yang perlu diusahakan untuk berjaya. Lima puluh atau enam puluh tahun dahulu orang tidak kenal Pembantu Farmasi atau pun Pegawai Farmasi kerana semua kerja-kerja di Farmasi ( Dispensari ) di buat oleh Kumpulan paramedik lain. Kita patut bersyukur dalam masa 50 tahun banyak dah yang sdra/sdri capai. Apa yang perlu di lakukan buktikan kemampuan warga PbF/Ppf adalah satu profesion yang relevan bukan hanya menjadi jurucakap satu biji sekali sehari tiga kali. Kita jangan menjadi hakim kepada profesion sendiri biarlah masyarakat menjadi hakimnya.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Sun 27 Jul 2008, 11:02 am

Bila bercakap berkaitan halatuju PbF@PPF saya setuju dengan dihya profesion ini mesti ada hala tuju yang tepat. Walaubagaimana pun banyak telah berubah dari masa saya menjadi PbF dahulu. Pada pandangan saya kelemahan disini sebahagiannya dari diri PbF/PPF juga. Amat sukar mencari tokoh kepimpinan dari kalangan PbF, kalau ada pun tidak mahun diri di ketegahkan. Hanya berasa cukup untuk memajukan dan meyakinkan diri sendir sahaja. Contohnya kita boleh lihat pada peringkat organisasi jabatan amat kurang PbF yang terlibat di dalam pelbagai Jawatankuasa untuk kemajuan dan perkembangan sesautu jabatan. Kita hanya dapat melihat kumpulan paramedik lain yang memain peranan. Untuk kesatuan dan persatuan juga pencalonan untuk memimpin organisasi ini juga tidak memersangkan. PbF/PPF harus lebih aktif dan agresif untuk menempa nama seperti orang lain. Kita jangan selalu salahkan organsasi kalau kita tidak bersunggoh-sunggoh menengahkan profesion ini. Kesatuan dan Persatuan hanya sebagai alat. Saya lihat mereka yang memegang jawantan pun tidak begitu aktif, hanya dua tiga kerat sahaja yang aktif. Masa saya kerja dahulu saya lihat pemegang-pemegan jawatan organisari aktif itu sebab banyak yang telah dapat diusahakan dalam masa 50 tahun ini. PbF jangan merasa rendah diri dan luahan kecewa sahaja kena tampil kedepan seperti mana lain-lain kumpulan. Dulu saya didalam sekarang saya melihat dari luar. Selamat berjuang.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty hehe

Post by nurida Mon 28 Jul 2008, 4:34 pm

so aper faedah nyer ea
avatar
nurida
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : aku budak famasi
Gender : Female
Jumlah Post : 7
Umur : 41
Tarikh Register : 21/07/2008
Reputation : 0
Points : 5972

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nurida Mon 28 Jul 2008, 4:50 pm

kalau nama je ubah baik tak payah!
avatar
nurida
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : aku budak famasi
Gender : Female
Jumlah Post : 7
Umur : 41
Tarikh Register : 21/07/2008
Reputation : 0
Points : 5972

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Mon 28 Jul 2008, 6:02 pm

Assalamulaikum Nurida,jangan terlalu memperkecilkan usaha dan perjuangan kesatuan. Memadangkan umur nurida 25 tahun, mungkin sekarang gaji telah hampir dua ribu rm ataupun telah melepasi tahap itu. Pada waktu saya joint dulu gaji lepas confirm hanyat RM198 + cola +campur rumah dapat RM202 sedang gaji paramedik yang terutama dengan cola dan elaun rumah RM350. Walaupun pada masa itu kos murah tetapi dari prestijnya kita tiada. Perjuangan untuk samarata ini terlalu lama berjalan sehinggakan ada pegawai-pegawai kesatuan yang tidak pernah merasai akan perjuangan mereka itu. Kita jangan selalu merungut, pandang kebelakang sekali sekala dan berusaha untuk terus mendapat yang terbaik untuk profesion ini. Itu yang saya dapati kelemahan PbF/PPF sekarang banding masa saya kerja dahulu usahanya kurang merintihnya yang banyak. Kalau tidak percaya tanya bekas S/U Kesatuan sekarang sesiapakah mereka-mereka dahulu yang berjuang dan tidak pernah bersungut kerana tidak merasai nikmatnya.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by NustRule Tue 05 Aug 2008, 1:14 pm

samada nama ditukar itu bukan soal yang penting sngat. jangan kita nak bertekak tentang nama jawatan kita. tapi yg pnting adalah tnggjwb kita kpda msyrakat. adakah kita dh laksanakannya dngan sebaik mngkin. tnya diri masing2. muhasabah diri kita. jdkan pertukaran nama jwatan kita ni sebagai pemangkin semngat kita untuk lebih berbakti kpda bngsa agama n negara. mana tau suatu hari nnti apa yang kita nk akan tercapai. yg paling penting teruskan perjuangan. jd semua pf perlu main peranan n bersama2 dngan persatuan n kesatuan membela hak n nsib kita.
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5963

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by NustRule Tue 05 Aug 2008, 1:17 pm

btul kata nurida kalau nama je berubah baik xpayah kalau mentaliti kita xberubah, masih di takok lama. Crying or Very sad so smua pf perlu lbih pro-aktif k!
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5963

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by dhiyamirza Wed 06 Aug 2008, 9:47 am

kita semua mestilah menghargai dan mengenang jasa pf sebelum ni...kerana tanpa perjuangan mereka, kita tak kan berada di tahap ini. mungkin kita merasakan kita jauh ke belakang dari paramedik yang lain, namun kalau kita tanyakan kepada paramedik yang lain pun, mereka juga merasakan diri mereka tertinggal di belakang juga..sebenarnya semua manusia secara semulajadi memang akan sentiasa inginkan lebih dari apa yang kita ade sekarang..tak ada yang lama tak ada lah yang baru..dan kalau masih di takuk lama maknanya tidak adalah perubahan dan kalau sentiasa berpuas hati dengan apa yang sedia ada, maknya tak ada wawasan la pulak..maka, kita sendirilah yang menentukan hala tuju kita bukan menunding jari ke mana2 pihak tanpa melakukan apa2 sumbangan pun..
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6368

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty pembantu farmasi >>>> ppf

Post by zhuloongza Thu 07 Aug 2008, 4:57 pm

saya sangat setuju. kita patut lebih berfikiran positif jika ingin melangkah jauh ke hadapan. Very Happy
avatar
zhuloongza
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : ppf
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 47
Tarikh Register : 07/08/2008
Reputation : 0
Points : 5956

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by Amelia Fri 08 Aug 2008, 3:29 pm

dah tukar nama
Amelia
Amelia
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Selang10
Jawatan : Cucuk orang
Gender : Female
Jumlah Post : 90
Umur : 39
Tarikh Register : 07/08/2008
Reputation : 0
Points : 5942

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by Jin Tenfung Sat 09 Aug 2008, 8:20 pm

tahniah laa korang dah tukar nama...
Jin Tenfung
Jin Tenfung
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 64
Umur : 41
Tarikh Register : 26/07/2008
Reputation : 0
Points : 5963

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by MLT_hidayah Sat 09 Aug 2008, 8:55 pm

nak tanyalah kn?
betul ker kalu kt hospital penolong peg farmasi hanya packing ubat jer,,
pegawai farmasi yg bg ubat?
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 6030

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by Jin Tenfung Sun 10 Aug 2008, 3:09 am

tak kira laa... nati profesion korang akan lebih terjamin...
Jin Tenfung
Jin Tenfung
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 64
Umur : 41
Tarikh Register : 26/07/2008
Reputation : 0
Points : 5963

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by princess_pirates Tue 19 Aug 2008, 9:34 pm

MLT_hidayah wrote:nak tanyalah kn?
betul ker kalu kt hospital penolong peg farmasi hanya packing ubat jer,,
pegawai farmasi yg bg ubat?

ish..ish..ish..ish..sape yang kata ni??
klu dah kat hospital,yang packing ubat dah tantu la PPK.
kami ni bak kata org back up je pegawai farmasi tu.
yang peliknya kat hospital ni,klu PPF ni x de,or x cukup org,jd masalah jer kat kaunter.
tapi bila cik2 peg ni x de,ok jer.bukan la nak bangga, riak atau berlagak.tapi mmg kenyataan.
cuba la klu ade sediaam ekstemporeneus,peg or prp blm tentu dpt buat.baik bg pelatih PPF,segala jenis sirap depan ni leh wat.On cal lak,mmg la ada nama peg yg on cal.Tp yg dtg ke Hospital,supply ubat,bkn nye peg tu pun.PPF ni la jugak yg kena g spital pg2 buta tu.Klu srh cik2 peg ni pegi ke spital tuk supply,alamatnya mmg x jmpa la ubat tu.
aku bercite ni dr ape yg aku lihat dan aku alami skang Very Happy
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 6025

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Penolong Pegawai Farmasi.

Post by penawar Wed 20 Aug 2008, 4:57 pm

Betul lah MLT hidayah membekalkan ubat ( dispensing ) itu tugas Ahli Farmasi yang bertugas samaada dengan kerajaan, swasta atau mengelolakan farmasi sendiri. Tugas dispensing itu sememangnya tugas Ahli Farmasi seperti termaktub di dalam piagam mereka di seluruh dunia. Mereka kena buat dipensing dengan profesional bukan macam mahu jadi boss sahaja. Mereka mesti jadi macam doktor atau pakar perubatan mereka lebih mementingkan merawat pesakitnya dari boss around, saya rasa semua orang faham apa maksud saya. Sememangnya tugas memberi ubat ini penting kerana ianya melibatkan akta racun berjadual dan kehidmat nasihat. Di negara barat jika orang yang tidak ditauliahkan memberikan ubat mereka akan menyaman tempat rawatan tersebut kerana mereka aggapkan pemberian tersebut bukan dari seorang pakar. Tugas Pbf/PPF adalah sebagai penyokong kepada perkhidmatan tersebut bukan budak pejabat atau hamba. Ini sebenarnya tidak di fahami oleh warga ini dari semejak saya kerja dahulu sehinggalah saya tinggalkan perkhidmatan ini. PPF haruslah aggota sokongan yang berwibwa, berilmu dan berpengetahuan. Ahli Farmasi juga mesti berilmu bukan setakat di U sahaja tetapi mesti ada rapport dengan pelanggannya. Semasa saya kerja dahulu saya lihat ada yang tidak pandai berintraksi dengan pelanggan pun. Apa bila kita faham semua ini tidak timbul masalah siapa ambil tugas siapa tetapi lebih kepada teamwork untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana nama baik akan diperolehi oleh organisasi bukan orang perseorangan.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by dhiyamirza Wed 20 Aug 2008, 8:55 pm

sebenarnya, kita ppf ni lebih kepada teknikal yang mana kami ini adalah di khidmat sokongan yang menyokong perkhidmatan farmasi. malahan di sesetengah negara, ppf(pharm tech) tak boleh nak bagi kaunseling pun. ini adalah tugas pharmacist. so mereka lah front line, kamilah yang di belakang. bukan pharmacist kat belakang(dalam bilik) dan ppf kat depan. dah terbalik plak..mungkin senario ini akan berubah sedikit demi sedikit. sekarang pun PRP dah pun ramai. maka profession dan perkhidmatan farmasi semakin berubah dari yang sedia ade. cume persoalannya, mahukah kita menerima perubahan ini?....
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6368

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Penolong Pegawai Farmasi

Post by penawar Fri 22 Aug 2008, 5:00 pm

Betul kata dhiya, memangnya PPF kena terima hakikat yang tugas dispensing ubat-ubatan itu memangnya tugas ahli farmasi. Tugas PPF dan begitu juga dengan nama jawatannya telah melalui perubahan demi perubahan dari mula ianya diujudkan 50 tahun dahulu. Pada waktu itu pelanggan tidak sofiskated seperti sekarang. Manusia makin berpelajaran makin kuat menuntut hak-haknya jadi kita tidak perlulah rungsing. Sekarang perpektif betul kerja-kerja PPF sedang menjelma. Lain halnya dengan nurses sejak Florence Nigthingale dan perang Crimea lagi memang itulah kerjanya, merawat pesakit cuma sekarang dia bertambah komplikated jadi mereka tidak pernah melakukan kerja orang lain melainkan kerja-kerja kejururawatan. Untuk lain-lain kumpulan semuanya bermula dengan membuat kerja-kerja profesional orang lain sebelum di ambil alih oleh yang berhak. Oleh itu kita tidak perlu berkecil hati atau lain-lain kumpulan berasa bangga dengan kerjanya. Lihat urutan sejarah dan kita akan tahu hakikat sebenar. PPF kena belajar menerima hakikat tersebut dan berusaha bersunggoh-sunggoh melengkapkan diri dengan pengetahuan kaitan kerjanya.
avatar
penawar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : selfemployed (dulu PbF )
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 71
Tarikh Register : 01/07/2008
Reputation : 0
Points : 5988

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 2 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum