FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

+25
mala
imzal82
nori
afiq82
hius2007
cemas
okebakaloko
hedzma
SUZI
UnderTaker@Manjung
MLT_hidayah
Jin Tenfung
Amelia
zhuloongza
NustRule
nurida
topup
penawar
daniomar56
gurlses
Wan
dhiyamirza
zulk
s2678
princess_pirates
29 posters

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by topup Sun 01 Feb 2009, 12:22 am

gurlses wrote:tp mcm gurl kt kk smua kna wat sndiri...ppk x diberi, ppf sorang, peg.farmasi xda pos...sapa pernah kja sorang tau je la btapa pyhnye nk handle...pt ramai tp ppk n par ada 4 org smua prasan nk wat kja kerani...kalau nk ubat pndai plak masuk farmasi...mcm2 alasn kononya kita staff pmpuan nti org ckp blakang...

1. Memang kat KK PPFU29 kena handle semua, kitalah PPK, kitalah PPF U29 dan kita jugalah PF U41, lebih2 kalau PPF sendiri ada perasaan rendah diri, X berani/segan bersuara. Kalau kita bersuarapun kena tengok juga (maaf cakap) Y/M KK, kalau Y/M KK yg mempunyai 'personal trait' yg credible tinggi memang boleh bincang ttang agihan tugas PRA atau PPK (Att. Kesihatan). Cadangan saya try bincang secara personal dgn Y/M KK tu dulu sebelum bawak ke Staff Meeting. Perlu di catit dalam minit mesyuarat agar dapat tindakan. Minta salinan minit dan forward kpd Peg Farmasi Y/M Pej. Kesihatan (sekiranya PF U41 tak hadir Staff Meeting tu).

2. Dulu masa saya kat KK juga mempunyai problem yg sama. Mula tu memang rasa 'overload' dan 'tension'. Selepas pemerhatian dan pemantauan, saya dapati PAR dan PPK hanya bz time pagi shj petang bila pt dah kurang memang 'ada masa'... So saya minta jasa baik Y/M KK tu supaya buat jadual giliran setiap hari supaya seorang (PPK/PAR) membantu saya untuk Prepack sebelah petang. Memang kat kaunter pendaftaran kena ada juga org jaga sebelah petang kot ada pt yg datang, sambil tu susun balik kad pesakit. Driver pun boleh juga pinjam tenaga mereka sementara tunggu arahan.

3. Kat KK tak payah lah ikut sangat SOP prepack nanti staff yg bantu kita tu jadi 'meluat', cukup sekadar hasil prepack tu selamat untuk dimakan/diguna.

4. Nasihat saya kalau nak request ape2 perlu ikut prosedur. Dalam carta organisasi boleh tengok kepada siapa kita harus mengadu masalah unit kita...elakkan krisis dalam organisasi.
topup
topup
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : WatchingMyStep
Gender : Female
Jumlah Post : 27
Umur : 41
Tarikh Register : 20/03/2007
Reputation : 0
Points : 6467

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by dhiyamirza Mon 02 Feb 2009, 4:42 pm

aku duk KK...bak kata HIUS kalau tak nak bersuara...tak reti nak bersuara...sah2 kene buli...akhirnya dapat gak satu PRA permenant bantu aku...alhamdulilah...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6368

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by hius2007 Thu 05 Feb 2009, 9:58 am

Untuk makluman semua, pertukaran nama tersebut adalah dari segi gelaran jawatan sahaja. Skim masih sama iaitu Pembantu Farmasi. Jika nak jadi Skim bersepadu, tu yg kena ramai jadi ahli PPFM/Union dan mohon. Bila lulus baru dapat. Kita boleh buat seuatu yg di luar jangka jika kita bersatu. Jika ramai yg tak jadi ahli, faham2 aje le.
he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6079

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by afiq82 Fri 06 Feb 2009, 3:39 pm

kadang2 nama jawatan pon buleh mempengaruhi pertukaran skim kot.
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5928

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by hius2007 Sat 07 Feb 2009, 11:19 pm

Negeri Perak adalah negeri yg bertuah, sebab dah pakai 2 MB. Satu MB yang dilantik oleh Sultan dan lagi satu MB yg guna akal sendiri untuk tafsir undang-undang. Jika smart, rujuk je ke Penasihat Undang2 Negeri, tentu akan dapat jawapan .

Bab PPF, dahulu semasa Mesyuarat MBJ, Wakil PPF ada membawa usul PPF byk kerja. Pengarah Kesihatan Negeri , yg mempengerusikan mesyuarat tersebut beri jawapan, minta lah jawatan tambahan. Beliau arahkan TPKN Farmasi mohon berapa jawatan PRA yg di perlukan. Hasilnya byk KK dapat PRA.

Masaalah mulai timbul apabila PRA lelaki melapor diri di PKD, semua di ambil oleh unit Bakas. Lepas tu PPF buat saranan agar ambil PRA perempuan, dan semuanya bertugas di farmasi sebab unit Bakas pun tak mahu. Selamat PPF di Neg Perak.

Jika nak ambil PRA, bukannya susah pun. Stat boleh ambil PRA Sambilan secara gaji harian.Tetapi kena pastikan PKD ada RM utk bayar gaji PRA tersebut. Dan jika jawatan PRA berjawatan tetap, KKM akan bayar gajinya.

RM beli ubat ada, takkan RM nak ambil PRA Sambilan tak ada. Itu pun utk kebajikan pesakit juga. Lagi satu ialah semasa membuat ABM 8 iaitu anggaran belanja mengurus. jika tak mohon jawatan, mana boleh dapat. jawatan bukannya datang secara bergolek. Perlu mohon dua tahun lebih awal. Semasa buat bengkel ABM 8 tempoh hari, seramai 8 PPF je yg hadir. PPF yg lain buat ABM 8 di Internet je. Itu lah sebabnya tak dapat jawatan tambahan.

Pada 2009 ni, PPF akan ada AGM PPFM/Union dan ambillah peluang tu utk menyuarakan hasrat di hati secara ilmiah dan terancang serta teratur. Tetapi kena jadi ahli dahulu. Dgn gaji PPF Skim Diploma , tak kan tak mampu nak bayar yuran PPFM/Union yg tak seberapa tu.

Sebab jika Pem Far dah jadi PPF, tetapi keadaan masih tak berubah, jadilah PPF Versi lama ( Masih Pem Far ).

Kalau di PKD tu, EO tu, dah mcm MOH, jika MOH tak ada. Tetapi PPF ni, lu pikir lah sendiri. Perubahan nama jawatan tak kan merubah apa2 selagi yg empunya diri tidak berubah. Takkan PPF masih nak pakai selipar jepun ke kantin utk minum pagi. Rasanya tak sesuai dgn gelaran nama jawatan. he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6079

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by hius2007 Fri 13 Mar 2009, 12:53 pm

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6079

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nori Thu 19 Nov 2009, 10:00 am

Saleh bin Ibrahim

Sabariah bt Md Johor

Khairiah Md Yamin

Syamala Devi a/p Velayutham

Rosni Abd Wahid

Ahmad Azam Zabikin

Nazirah Awang Teh

Normah Mohd Salleh

Fauziah Mohd Noor

Mohd Rasidi Mat Zain

Halimah Mohd Salleh

Katijah Shaik Abdul Kadir

Leo Siew Ping

Maimunah Othman

Salmah Saidan

Chithra a/p Letchumanan

Noraini Maidin

Jamelah Ahmad

David Wong Peng Seng

Low Mooi Ling

Chiew Guat Hong

Arokiasamy Nereus a / l Peter

Idris Uda Saidi

Bakeri Songep

Tan Lye huat

Bong Siew Choon

Nor Azwa Mohd Isa

Rabiatun Adawiah Hussin

Heng Kin Heok

Rosnah Hamidon

Zarina Alaudin

Rosmah Mahmud

Santhi a / p Jayaraman

Tuan Alidin Tuan Ismail

Chan a / p Eh Kiow

Umi Kalsom Mat Isa




Siapakah mereka ini. Jawabnya ialah mereka adalah PPF yang naik KUP dari U29 ke U32 bagi kali ke 4 tahun 2009. Bil 1, Bil 2 dan Bil 3, mereka itu amat sebok sekali sehinggakan tak sempat untuk berkongsi maklumat di ICT. Apa pun sebagai batch U32 yang baru, masih banyak persoalan yang masih belum terjawab. Contohnya, apakah mereka ini boleh ambil peperiksaan PTK PPF TK 3, macam U32 yang lain tu, dan berapakah lamanya mereka KUP, tak kan seumur hidup, kot. Tetapi biasalah, PPF, tepuk dada, tanya selera, sebab apabila ada perjumpaan PPF, balik-balik muka tu sahaja. PPFM dan KKPFKMB harap terus berusaha bagi menjaga kebajikan PPF.

TAHNIAH mulai 1 Julai 2009.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by imzal82 Fri 18 Dec 2009, 8:57 pm

hanya namer jer tukar sebenarnya sama jer mcm aku atenden kesihatn turn to ppk..heehehe..xker sama jer.gaji xnaik2pn ..syukur
avatar
imzal82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Special Gred
Gender : Male
Jumlah Post : 113
Umur : 41
Tarikh Register : 27/04/2007
Reputation : 3
Points : 6544

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by mala Mon 05 Apr 2010, 2:23 am

sepatutnya jawatan kita ialah juruteknologi farmasi. kerana kita terlibat dengan kerja2 teknikal, whereas pegawai farmasi terlibat dengan keje2 klinikal.
avatar
mala
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : penolong pegawai farmasi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 44
Tarikh Register : 26/03/2009
Reputation : 0
Points : 5731

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by azrunia Mon 05 Apr 2010, 3:49 am

hehehheheheheheheheeee
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by IXZDIE92 Tue 20 Apr 2010, 2:16 pm

sy ade interview rabu depan..boleh tak kongsi2 ckit pengalaman korg yg prnh kena interview dulu??
avatar
IXZDIE92
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 2
Umur : 32
Tarikh Register : 16/04/2010
Reputation : 0
Points : 5336

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by azrunia Tue 20 Apr 2010, 6:32 pm

ramai betyl nak g temuduga yer............
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by mala Fri 23 Apr 2010, 11:16 pm

cian ppf... dulu kita digelar 'dispenser', bermakna kita lah yang mendispens ubat. sekarang kita hanya buat kerja "filling". baik tukar je nama jawatan kita kepada "filler". :-)
avatar
mala
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : penolong pegawai farmasi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 44
Tarikh Register : 26/03/2009
Reputation : 0
Points : 5731

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by azrunia Sat 24 Apr 2010, 12:00 am

saya setuju, kerja senang skit......gaji mcm biasa gak......hehehehhehehehee
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by mala Sat 24 Apr 2010, 1:41 am

hehehe sorrylah kalau saya dianggap demotivate / demoralize others kat sini.

but bagi saya, ppf akan pupus tak lama lagi. ditelan oleh pf. satu hari nanti mungkin jawatan ppf akan dijumudkan/ dihapuskan.
avatar
mala
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : penolong pegawai farmasi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 44
Tarikh Register : 26/03/2009
Reputation : 0
Points : 5731

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by toyol85 Sat 12 Jun 2010, 10:52 am

Ala...sabor jerla...kita dah dapat kije nie patut bersyukur jer...cuba banding ngan orang yang kais pagi makan pagi...sume berebut2 nak jawatan kita nie.. jadi jangala terkejar2 sgt ke gaji ataupun elaun ataupun pangakat. Cuba anggap yang bekerja nie satu ibadah... Bagi yang nak kejar jugak...kejarla...dunia nie jap jer...seminit dua jer lenyap.. cuma kalau sesiapa yg nak meningkatkan mutu kerja tue baguslah....belajar la lagi sambung degree master ker... dan jgn fokuskan pada satu bidang... semoga berjaya....
avatar
toyol85
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penolong Pegawai Farmasi
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 38
Tarikh Register : 14/02/2009
Reputation : 0
Points : 5763

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by NustRule Tue 27 Jul 2010, 10:08 pm

Pada pendapat saya untuk selamat, PPF perlu ada identiti sendiri. identit yang sebenar yang tidak dibayangi oleh PF. Kita semua perlu membuka minda kita seluas-luasnya untuk berubah. kita dah tak boleh berada di takok lama lagi. zaman dah banyak berubah. nama jawatan kita pun dah berubah. tapi sedarkah kita yang kebanyakan kita masih di buai mimipi indah yang belum pasti kenyataanya.
Jangan sempitkan fikiran kita. kita perlu bergerak seiring dengan PF sambil MEREBUT PELUANG YANG ADA. Mungkin kenyataan saya ini terlalu subjektif dan sukar difahami. tapi sama2 la kita renungkan apakah sumbangan kita kepada kemajuan dan perkembangan profession kita ini.. thanx
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5963

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nori Tue 27 Jul 2010, 10:51 pm

agm KKPFKMB dah berlalu, byk suara telah keluar, tp jk tak berubah, jadilah pf kembali, semua kerja ada date line, kita tengok PPF ni pandai kira masa ke tidak, semua wakil negeri di lantik semasa agm, KKPFKMB beri tempoh 7 hari kepada semua negeri utk lantik wakil, kita tengoklah nanti, malas dah nak bersuara, nanti ada yg merajuk dan terus menghilangkan diri, agm tu sebagai permulaan je, 2010 setiap individu PPF kena bertindak, semua problem blh selesai, hanya mati je yg tiada ubat, lain2 bisa di atur, begitu juga perlantikan ketua PPF, jika di Indon di panggil Bapak, lagi atas di panggil Ketua Bapak, lagi atas di panggil Kepala Bapak, bersatu kita teguh, bercerai kita berai,
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nori Tue 27 Jul 2010, 11:01 pm

KKM ada mengeluarkan pekeliling Langkah Langkah Jimat Cermat, salah satu elemen yg perlu di ikuti ialah mengurangkan perbelanjaan setem. Semua urusan di galakkan dgn e mel, web, dll. Harap PPF sudah bersedia dgn teknologi tersebut sebab lepas ni semua urusan PPF akan menggunakan teknologi tersebut, paramedik lain dah lama terkehadapan, jk PPF ingin seperti mereka, perlulah bergerak 360' sebab jika cara biasa, PPF akan terus ketinggalan.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by NustRule Wed 28 Jul 2010, 6:48 pm

jadilah ahli persatuan dan kesatuan.
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5963

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by NustRule Wed 28 Jul 2010, 6:55 pm

berfikirlah kehadapan untuk teruk terus maju. rajin2 lah mencari ilmu baru untuk kemajuan diri dan kerjaya
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5963

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by ppfkkpa Tue 03 Aug 2010, 7:21 pm

Memang PPF telah di latih untuk berdikari, apa pun kerja yang di beri pasti beres, terutamanya di kesihatan awam, masaalah mulai timbul apabila, bilangan PPF yang bertugas untuk pesakit adalah sama sahaja sejak 15 tahun lepas, KSKB hanya boleh tampung PPF yang bersara sahaja, PPF pun apa lagi, gunakan jalan pintas, prosedur ada 10, pakai satu sahaja, ISO, 5S dll, hanya atas kertas je, nak pergi kursus pun susah nak cari orang ganti, harap RMK 10, PPF boleh lebih maju lagi,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5611

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nori Fri 25 Feb 2011, 7:39 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas kepada semua PPF di negara ini, tak kira samaada di hospital ataupun kk. Kerja tetap kena teruskan juga walaupun seribu persoalan masih melanda dan belum ada sinar yang menyinar, kerana dengan bekerja, barulah di akhir bulan gaji akan dimasukkan ke dalam akaun. Dan usaha menuntut ilmu perlu dipergiatkan demi kejayaan PPF sendiri. Perubahan nama jawatan telah berlalu, dan ada PPF berasakan segalanya telah berubah, tetapi sebenarnya ialah perubahan dari segi gelaran jawatan sahaja. KKM juga telah berusaha dalam menyediakan senarai tugas generik PPF, tetapi tugasan PPF di biro telah terkecuali. PPF pada hari ini perlu memberi cadangan kepada pihak atasan, tentang persediaan PPF dalam menghadapi status negara maju pada 2020, iaitu lagi 9 tahun sahaja. Jika boleh pada 2020, biarlah PPF ada bertugas di JKN, KKM, dan ada unit sendiri yang boleh memantau perjalanan kerjaya PPF tampa di bayangi oleh PF dan berdikari dengan sendirinya. jk teknikal PPF pun di pengerusi kan oleh PF dan PPF hanya jadi s/u sahaja. Mungkin pada masa ini masih belum ada PPF yang layak dari segi akademik dan pengalaman dalam menjayakan jk teknikal tersebut dan ianya adalah amat berbeza dengan lain-lain paramedik.

Pada hari ini semua PPF akan di dedahkan dengan perkembangan dalam dunia ict. Semua bahan dalam forum paramedic dan forum ppfmy.com boleh di copy dan paste kedalam bentuk mudah alih. Oleh itu, seharusnya tidak akan ada PPF yang masih ketinggalan dalam mengetahui maklumat-maklumat terkini dan isu-isu yang di timbulkan, kerana segalanya boleh di tokok tambah. Juga seharusnya semua PPF telah maklum tentang perkara ini dan juga perlu sentiasa bersedia berkongsi idea, pendapat, pandangan dengan lain-lain PPF dalam mempertajamkan daya tindakan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan itu.

Suasana telah berubah, tahun juga telah berganti setiap masa, senior telah bersara dan junior telah menjadi senior. Jika tahap pemahaman dan pemikiran PPF tidak berubah dengan cara yang drastik, maka PPF hari ini akan mewarisi segala kepayahan PPF zaman dahulu. Kalau belajar ABC, PPF pada hari ini baru belajar M, sedangkan lain-lain paramedik sudah belajar Z.

Perjuangan dalam memartabatkan ilmu dan pengetahuan terhadap kerjaya PPF dan kehidupan yang sebenarnya adalah amat sukar, ditambah pula dengan kurang nya minat di kalangan PPF sendiri, tetapi jika ada 1% PPF yang terus berminat untuk menambahkan ilmu, program transformasi kerjaya PPF boleh di teruskan.

Apapun ianya perlu di teruskan. Fakta-fakta kerjaya sebagai PPF rasanya paling tak menarik di sektor awam kerana :

Antara sebab-sebab kerjaya PPF tidak menarik dan menyeronokkan ialah suasana kerja yang terkurung sepanjang masa, do the same thing everyday until retirement/die, terpaksa pakai uniform tak boleh nak melaram dgn pakaian berjenama, uniform yang langsung tak menarik, terpaksa melayan pelbagai karenah pesakit, terpaksa layan karenah PF, Dr, SN dan PPP, peluang kenaikan pangkat yang perlahan berbanding paramedik lain, susah nak cuti kalau ditempatkan di kk, PPP yg jadi boss kat kk, tak berpeluang menjawat U41 samada melalui KPSL atau sambung belajar, risiko tersalah beri ubat dan disaman, tak berpeluang meeting pengurusan dan perancangan PTJ kerana unit/bahagian diwakili oleh PF, tidak menonjol dan tidak dipandang tinggi oleh paramedik lain cthnya cuba bandingkan peranan PPP U32, SN U32 berbanding PPF U32, cuba buat soal selidik dikalangan PPK siapakah yg mereka pandang lebih tinggi antara PPF dengan PPP dan SN, jarang sangat diberi peluang oleh PTJ untuk mewakili PTJ dalam apa2 aktiviti walaupun ramai PPF yang boleh buat kerja atau diberikan peranan.

Lain-lain paramedik yang lebih menonjol mengikut keutamaan berbanding PPF ialah
INSPEKTOR KESIHATAN - kerja luar
JURUPULIH ANGGOTA/CARA KERJA - pro dalam bidang, dr pun rujuk.
JURU X RAY - pro dalam bidang, dr pun rujuk.
JURUTEKNOOGI MALMAL
JURURAWAT PERGIGIAN
PEMBANTU PERUBATAN
JURURAWAT
JURUTEKNIK PERGIGIAN
PEMBANTU FARMASI

Salam to all Pem.Farmasi.....Saya bekas Pem. Farmasi (servis 5 tahun shj 1993 - 1998). Maaf la kalau kehadiran saya ni tidak menyenangkan saudara/ri...sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup.

Setelah saya menghabiskan training di MUSPJ (Batch 31), saya ditempatkan di sebuah kk di Perak. Tahun ke 3 saya ditempatkan di sebuah hospital daerah juga di Perak. Tahun 1993, saya posting sebagai Pem. Farmasi U8 di sebuah kk, di Terengganu. Setelah bekerja, saya mula berasa rendah diri kerana gaji saya lebih rendah berbanding dengan 2 rakan baik saya dan serumah, Inspektor Kesihatan dan MLT, sedangkan gred gaji dalam kumpulan yang sama.

Dari sinilah saya mula kehilangan minat untuk bekerja sebagai Pem. Farmasi. Tahun 1994, saya mohon ditukarkan ke KL kerana tunang saya bekerja sebagai tutor UPM. Saya ditempatkan di Hospital Kajang. Bila bekerja di hospital, kawan semakin ramai dan rasa rendah diri semakin kuat. Disinilah saya mula nampak perbezaan peranan antara U7 Pem. Farmasi dan U7 Pem. Perubatan di hospital . Saya mula nekad untuk berhenti tetapi memandangkan kontrak 5 tahun dengan kerajaan belum cukup, maka saya terpaksa teruskan. Tambahan pula nak kumpul duit nak kawin. Setelah 4 tahun bekerja, saya berkahwin.

Pada suatu hari, isteri saya mencadangkan supaya sambung belajar dalam bidang farmasi di UKM. Pada masa tu ada satu program khusus yang dipanggil "kemasukan melalui saluran ke 2" untuk paramedik menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Saya setuju tapi terpaksa menangguhkan permohonan kerana servis belum cukup 5 tahun. Setelah cukup 5 tahun servis, memohon ke UKM. Masa tu umur dah 30 tahun. Malangnya pengambilan melalui saluran ke 2 tersebut telah dihentikan oleh HUKM kerana dari 10 orang Pem. Farmasi yg menyertai program tersebut, hanya 2 orang yag berjaya menamatkan pengajian sebagai pegawai farmasi. Saya juga nekad meletak jawatan kerana banyak faktor yang menyebabkan saya kehilangan minat. Antara faktor2 tersebut ialah mata gaji, persekitaran/cara bekerja, uniform, peluang kenaikan pangkat dsb.

Saya kemudiannya memohon dan bekerja di hospital swasta. Malangnya gaji yang diberikan amat berbeza dengan jururawat yang berpengalaman lebih kurang dengan saya. Hampir sekali ganda. Dari situ saya mula sedar bahawa value utk Pem. Farmasi di swasta rendah. Sekali lagi perasaan rendah diri menyelubungi saya. Setelah berbincang dgn isteri dan saya berhenti bekerja setelah 3 bulan bekerja (masa tu dah ada 2anak) .

Saya kemudian memohon program PJJ USM. Pada masa itu kelayakan sijil Pem. Farmasi tidak diterima untuk terus ke tahun 1. Kelayakan masuk ke tahun 1 PJJ USM ialah samada diploma/stpm. Memandangkan saya hanya ada spm saja, terpaksalah saya masuk program sains pemulihan (mcm pra.sains) selama 2 tahun. Saya berjaya menamatkan dalam tempoh 2 tahun dan ditawarkan ke tahun 1 dalam bidang sains (kimia). Selepas bertungkus lumus saya akhirnya berjaya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang kimia. 7 tahun di PJJ USM (sepatutnya 6 thun iaitu 2 tahun sains pemulihan dan 4 tahun degree tapi extend jd 5 tahun...kimia ni susah) sambil melakukan pelbagai pekerjaan. Hidup masa tu amat terasa susahnya. Saya terpaksa menjual kereta proton wira saya dan pakai proton saga buruk kerana tak mampu nak bayar installment bulanan. Tamat pengajian umur dah masuk 38 tahun. Masa tu memang dah tak mengharap akan dapat kerja tapi Tuhan maha kaya....Alhamdulillah, selepas 8 bulan menamatkan pengajian dan bergraduat saya di panggil temuduga oleh UKM untuk jawatan Peg. Sains dan berjaya. Setelah 3 tahun bekerja, saya sambung master dalam bidang entomologi. Sekarang umur saya 42 tahun.

Walaupun saya tidak lagi bekerja dengan KKM, saya masih lagi berhubung dengan beberapa orang kawan lama yg masih bekerja sebagai Pem. Farmasi. Saya lihat tidak banyak kemajuan yang berlaku dalam karier Pem. Farmasi sejak saya meninggalkannya 1998. Saya bersetuju dengan saranan Sdr. Husni Mubarak kepada para Pem. Farmasi yang berumur bawah 30 tahun supaya sambung belajar. Insya Allah berkat pengorbanan, kegigihan dan kesabaran akan ada rezeki untuk saudara-ri nanti. Usahlah difikirkan tentang peluang pekerjaan, apa yang perlu difikirkan ialah menuntut ilmu.

Jika dilihat dari coretan di atas, apa yang pasti ialah, sejarah lama berulang kembali. Dahulu KKM menghantar 10 PPF bagi mengikuti Bac in Pharm ( Hons ) di usm, tetapi hanya 2 orang sahaja grad. Dan yang berkerja sebagai PF hanya seorang sahaja kerana seorang lagi meninggal dunia dalam kemalangan. Di ukm juga perkara yang sama telah berulang. Tetapi PPF jangan lupa bahawa pensyarah di ukm tu, pastinya adalah ahli Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) .

Semua PPF perlu bersatu hati dalam mempertingkatkan akademik sendiri agar boleh berdiri sama tinggi dengan lain-lain paramedik di KKM. Pernah di coretkan di sini dahulu iaitu, sejarah PPF adalah bermula di KKM dan agensi-agensi lain akan mengikuti apa sahaja yang di gariskan oleh KKM. Maka jika PPF KKM maju, barulah lain-lain PPF di agensi lain / swasta akan maju. Sebab, sekatan, silibus, garispanduan, laluan kerjaya, pendaftaran, akta, dll bagi PPF, menteri kesihatan yang berkuasa.

Sebagaimana sedia maklum, pada 2011 ini, biro pendidikan PPF akan membuka langkah seribu, bagi mengejar kemajuan dan kejayaan yang masih jauh untuk di capai. Apa pun setiap bulan biro pendidikan PPF akan mengadakan kursus/ perjumpaan bagi mempertingkat ilmu, mempertajamkan tindakan, mencari ruang, berkongsi idea dll, dan pada Mac ini tarikh 5 Mac telah di pilih. Jumpa di sana.

Jika di halusi perjalanan menuntut ilmu ini ialah memerlukan pengorbanan usaha, tenaga, kewangan, dan akhirnya barulah beroleh kejayaan. Komen terakhir ialah ramai PPF yang ada double / triple qualification, tetapi masih gagal mengumpulkan para pemegang qualfication tersebut untuk berpadu tenaga dan usaha, dan hasilnya ialah semua pengurusan PPF di lakukan oleh PF yang very junior, dan selepas tu, PPF salahkan diri sendiri. Dan kesimpulannya ialah ramai PPF yang ada extra qualification tersebut masih belum menonjol dalam kerjaya PPF dan amat berjaya apabila menyertai profesyen lain.

Segala pendapat, padangan, cadangan, coretan dan nukilan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara yang sama dari sudut yang sama juga,

Tamat : 25 Feb 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by nori Sat 02 Feb 2013, 11:37 am

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan selamat bertugas kepada semua PPF serta meneruskan kesinambungan memberikan perkhidmatan yang mempunyai daya saing yang tersendiri kepada bangsa, negara dan tanah air yang tercinta dan dicintai.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.



Perjalanan kehidupan sebagai PPF memang amat mencabar dan sukar setiap hari, dahulu, kini dan selamanya. PPF telah menyumbangkan bakti selama lebih dari 50 tahun di negara ini. Kadar bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) ialah 10% dan jika PPF inginkan BIPK, maka perkhidmatan PPF perlu di tingkat sebanyak 10% dari pada yang di berikan pada masa ini. Dan yang amat penting ialah mendapat sokongan PF.


KURSUS PENGURUSAN SISA KLINIKAL FARMASI




Merujuk perkara di atas, adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa JK Teknikal PPF Daerah Perak Tengah akan menganjurkan kursus yang akan di adakan seperti berikut :-



Tarikh : 9 Februari 2013 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Bilik CME, KK Bota Kiri, Perak.



Sehubungan dengan itu, semua PPF yang ada kelapangan dan berkemampuan dari sudut emosi, rohani , fizikal, spiritual dll, adalah di jemput untuk menghadiri kursus tersebut .Kursus tersebut akan membentangkan lapan kertas kerja. Satu masaalah mulai timbul apabila seorang penceramah masih belum dapat di hubungi. Beliau adalah seorang Exco kesatuan PPF. Bantuan dari semua PPF di perlukan bagi mengirim no hp dan alamat e mel beliau ke urusetia bagi di majukan surat jemputan kursus.Sepatutnya semua PPF perlu menyimpan no hp dan alamat e mel beliau. Nama beliau ialah Rosefazila. Sila sms alamat emel dan no hp beliau ke urusetia di talian 012 9680929. Jika semua PPF tidak dapat membantu, kursus perlu diteruskan,



Rancangan Malaysia Kesepuloh (RM10) telah di bentangkan dan dalam masa 5 tahun yang akan datang, Malaysia memerlukan pekerja yang mempunyai kebolehan berfikir taraf tinggi (high order thingking ability) dan juga akan terdapat peningkatan yang signifikan dalam keupayaan modal insan di sektor kesihatan. Nisbah professional penjagaan kesihatan terhadap penduduk akan berubah. Ini termasuklah Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Ahli Farmasi, Jururawat dan PPF.



PPF perlu mengatur langkah dalam menjayakan hasrat tersebut dengan cara mengadakan aktiviti setiap bulan bermula Januari 2013. Di samping merancang ke arah kecermerlangan PPF aktiviti tersebut juga bertujuan bagi memperkukuhkan PPPFM / Kesatuan, MBJ, MBK, dan meningkat modal insan di kalangan PPF. Segalanya memang terdapat di dalam Tongkak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam yang perlu di hayati oleh semua PPF. Apapun hasrat akhirnya ialah kesempurnaan PPF seluruh Malaysia terjaga dan akan menanamkan sifat menghargai jasa-jasa PPF terdahulu menghargai jasa-jasa PPF pada masa masa kini dan mendidik agar semua PPF mempunyai pelapis masa kini, masa akan dating dan selamanya.



Sudah sampai masanya untuk PPF mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion PPF yang kita sayangi dan meluaskan lagi lingkup bidang perkhidmatan yang di berikan, Jika hanya mengharapkan PPFM / Kesatuan sahaja yang bertindak tampa penglibatan semua PPF, pasti ianya tidak akan berjaya. Kalau Berjaya pun hanyalah sekitar 30 peratus sahaja. Mohon 10 perkara, hanya tiga perkara sahaja yang akan menjadi kenyataan yang memungkinkan.



Perjuangan oleh organisasi PPF yang mewakili profesion ini perlu berubah. Ianya sudah tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. PPF masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik KKM dan sepatutnya PPF lah yang mendahului semua paramedic dalam segalanya.



PPF juga harus bersedia untuk berubah (ready for change). PPF perlu mengwujudkan satu identiti baru yang lebih kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang teramat penting kepada perkhidmatan farmasi dan KKM. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dan usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana untuk mencapainya, inilah reality nya seperti mimpi menjadi kenyataan.



Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari BPF KKM sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan, PPF boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap dan dimensi baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan farmasi yang menyeluruh ( total pharmaceutical care ) .Tetapi seperti kebiasaanya segala masaalah akan ada jalan penyelesaiannya samaada berliku ataupun tidak, ianya adalah bergantung kepada masa, keadaan dan cuaca.



Untuk setaraf dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini dilupakan satu hari kelak dengan pembanjiran PF di segenap sudut Kesihatan Awam / Hospital, semua PPF harus bersedia untuk menambah ilmu, terutama dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi dan libatkan diri juga dalam aktiviti R&D bidang tenaga manusia dan pembangunan , yang mana penglibatan PPF dalam bidang ini amat sedikit pada masa ini tetapi jika PPF masih berbangga dengan pencapaian pada masa ini, ianya adalah sebagai galakkan sahaja.



Bidang R&D juga akan membolehkan PPF mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu PRA ( Farmasi ) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan dan Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah Teknologis Farmasi atau Ijazah Sains Farmaseutikal (sama seperti di USA). Tetapi jika semua PPF beranggapan, dua Negara tersebut terlalu laju ke hadapan dan amat sukar untuk di kejar, maka cukuplah sekadar apa yang ada pada hari ini, sebab pada masa ini pun PPF masih jauh lagi menuju kejayaan.



Dengan KERTAS CADANGAN yang lengkap, pasti KKM akan meneliti perkara membabitkan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, Pastinya kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para PF dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikal kepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian, sedangkan PPF meneroka bidang baru yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi.



Persidangan PPF beberapa tahun yang lalu juga, telah menunjukkan jalan bagaimana nak mencapai hasrat tersebut. Antara tajuk yang di sentuh pada persidangan tersebut ialah Prepairing & Enhanced Quality Service , Pembangunan Kesihatan Primer dan Halatuju PPF, Update Profesion PPF, Occupational Safety in Pharmacy , Teknik Aseptik, Perolehan & Pengurusan Stor, dan Pengujian Produk Farmaseutikal, Pengawalan Ubat Pasaran, ADR & Product Recall. Di akhir persidangan juga terdapat pembentangan Kertas Kerja oleh PPF atas tajuk Expanded Role PPF dan Extended Role PPF, Tu belum termasuk lagi pencapaian PPF semasa Simposium tempoh hari.

BPF KKM juga sedang dalam usaha pendaftaran PPF di KKM dan Swasta, iaitu mengikut AKTA FARMASI 2010. Ini adalah bagi memboleh kan PPF mendapat “ Annual Practicing Certificate (APC) “ dan “ Practicing Certificate (PC) “ dan usaha ini disambut baik oleh 23 IPTA / IPTS yang menawarkan program Dip in Pharm di seluruh Malaysia. Dan PPF juga perlu berganding bahu dan bekerja sama dalam menjayakannya.



Aktiviti berkala secara formal dan tidak formal PPF juga akan dapat mengumpulkan semula semua PPF lama dan baru, yang mana antara mereka ini pernah membentangkan Kertas Kerja Halatuju PPF suatu masa dahulu.

Dan akan banyak juga perbincangan sesama PPF secara formal dan tidak formal akan menjurus kepada perkembangan laluan kerjaya PPF yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.



Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Hospital Cameron Highland pada bulan April 2013 akan mengumpulkan semua PPF baru dan lama dalam suasana yang santai di ,



Satu cadangan pembaharuan telah di majukan kepada JK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM JPA atas tajuk CADANGAN SKIM BARU PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MULAI 1 JAN 2012 YANG TELAH DI HANTAR KE JPA . Dan isinya adalah seperti berikut ,PENOLONG PEGAWAI FARMASI MEMOHON AGAR SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG DITERIMA PAKAI PADA MASA INI DI BERI PENAMBAHBAIKAN KEPADA SKIM YANG LEBIH KOMPREHENSIF BAGI PERKEMBANGAN KERJAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN.





Pada masa ini Skim Penolong Penolong Pegawai Farmasi adalah mempunyai Gred seperti berikut iaitu U29, U32, U36, U38, U40Semasa pembentangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Penolong Pegawai Farmasi telah di berikan Gred seperti berikut, iaitu Gred UF2-1, UF2-2, UF2-4, UF2-5, UF2-6. Bagi tujuan cadangan penambahbaikan , Penolong Pegawai Farmasi memohon agar Skim Penolong Pegawai Farmasi mempunyai Gred seperti berikut,

iaitu Gred UF2-1, UF2-4, UF2-5. Dan ini akan membolehkan Skim Penolong Pegawai Farmasi adalah diiktiraf oleh kerajaan dan ianya adalah sama seperti Skim-Skim lain,

iaitu seperti berikut :

Penolong Pegawai Seni Bina

Penolong Arkitek Lanskap

Penolong Jurutera

Penolong Juruukur Bahan

Penolong Juruukur

Penolong Juruukur Bangunan

Penolong Perancang Bandar dan Wilayah

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera



Skim Penolong Pegawai Farmasi yang dicadangkan ini hanya mempunyai tiga gred sahaja dan perkhidmatan yang di berikan akan lebih bersepadu dan lebih menyeluruh. Antara kebaikan cadangan skim baru ini ialah, secata otomatik PPF setaraf Penolong Jurutera . Selepas 15 tahun, KUP ke U36, sedangkan lain-lain paramedic perlu bertungkus lumus, barulah dapat U36 dan ianya static bagi mereka, melainkan jika mereka mempunytai ijazah.



Keputusan pada Januari 2013 ialah JPA telah menerima 1600 cadangan yang melibatkan pertambahan perbelanjaan, dan pada dasarnya JPA hanya menerima cadangan yang tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Apa pun ianya masih belum di umumkan dan PPF masih mempunyai harapan, walaupun tipis.



Tahun 2013 akan ada AGM persatuan dan tahun 2014 akan ada AGM kesatuan dan calon yang layak bertanding telah mengatur strategi bagi mencapai kejayaan. Dasar perjuangan PPF perlu berubah sebab cara bertindak pada masa lalu, memerlukan jangka masa yang terlalu lama bagi mencapai kejayaan. Perubahan yang perlu di lakukan ialah semasa AGM persatuan, pastikan tiga Ahli Majlis adalah dari Hospital, tiga Ahli Majlis adalah dari Kesihatan Awam, dua Ahli Majlis adalah dari Biro, satu Ahli Majlis adalah dari BPF KKM dan satu Ahli Majlis adalah dari sector swasta. Begitu juga AGM kesatuan sebab pada masa ini semua Ahli majlis dan Exco adalah berasal dari Hospital KKM dan kita lihatlah kejayaan PPF di semua Hospital tersebut sedangkan lain-lain usol, cadangan, saranan, dll dari lain-lain katogeri memang tak pernah di bincangkan dan pencapaian mereka adalah sekadar cukup makan sahaja. Segalanya terletak di bahu masing-masing, tepuk dada dan Tanya selera kerana pada masa ini banyak terdapat restoran yang beroperasi 24 jam, segalanya di hujung jari sahaja dan tertakluk kepada cuaca dan suasana.



Secara ringkasnya semua PPF perlu menerima emel / sms sebanyak minima 10 kali setahun. Ini adalah kerana perlembagaan PPF kesatuan dan persatuan mensyaratkan semuanya perlu mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali. MBJ juga perlu bermesyuarat pada bilangan yang sama dan mesyuarat pengurusan farmasi peringkat negeri di adakan setiap 6 bulan. Ini adalah bagi membolehkan semua PPF mengusulkan apa-apa saranan dan inovasi bagi di majukan ke pihak atasan. Tetapi jika tiada emel / sms, PPF hanya perlu membawa perkara-perkara membujur lalu melintang patah sahaja dan apa-apa yang terlintas. Jika termasuk mesyuarat semua biro PPF, bilangannya adalah akan meningkat secara drastik . PPF pernah menyuarakan bahawa segalanya perlulah di bawa ke mesyuarat, tetapi apabila tarikh mesyuarat pun tidak di tetapkan, samalah seperti mencurah air ke daun keladi.



Perkembangan semasa hubungan antara PPF dan PF adalah bergantung kepada beberapa factor. Pertama ialah nama PPF memang tiada dalam hati PF, sebab itulah segalanya PPF selalu tertinggal dan terpinggir. Kedua ialah PF merasakan diri mereka telah lengkap, dan tidak memerlukan PF, dan nasib PPF hanyalah seperti melukut sahaja. Ketiga ialah segalanya telah tertulis di kitab yang tinggi Lau Mah Fuz dan sememangnya tidak boleh di rungkaikan. Keempat ialah perkhidmatan farmasi adalah hak dan kepunyaan PF dan mereka boleh beri sahaja kepada sesiapa yang mereka mahukan dan ianya pernah berlaku iaitu pada suatu masa dahulu PF memohon jawatan Pembantu Penguatkuasa bagi penguatkuasaan farmasi, tetapi JPA tidak luluskan kerana masaalah budget. Kelima ialah segala yang ada pada masa ini adalah sebagai ujian kepada PPF, yang mana jika lulus ujian, tersebut mereka yang berkenaan akan di naikkan ke U40, dan PPF yang prihatin bolehlah mengemukakan agar PPF U40 di berikan kepada semua PPF.sebab pada masa ini hanya 12 orang sahajaPPF yang bernasib baik. Dan yang keenamnya ialah dll.



Hasrat PPF bagi menjadi GRED U29, U36 dan U38 bolehlah di mulakan sekarang ataupun tunggulah sehingga JPA luluskan. Kebaikkannya ialah akan ramai U36 secara KUP dan ramai rakyat Negara ini dapat perkhidmatan yang baik dan keburukkannya ialah budget KKM tahunan akan meningkat.



Masa berlalu amat pantas, sehinggakan tidak dapat mengejarnya secara tersusun, sebab itulah pada 2012 terdapat 52 forum iaitu purata satu setiap minggu dan apabila masuk tahun 2013, Cuma akan ada 12 forum sahaja iaitu satu setiap bulan. Walaupun elaun kritikal PPF tak dapat, beban tugas dan kehendak pelanggan memang bertambah, dan pada Mac 2013, akan beroperasilah lagi sebuah KSM di sini dan bilangan PPF masih sama, juga, siapa nak pesan, siapa nak paking, siapa nak rekod, dll dan setor pun akan di simpan sehingga syiling.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.



Sekian



Tamat



31 Januari 2013
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi - Page 4 Empty Re: Pembantu Farmasi ---> Penolong Pegawai Farmasi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum